Skip to main content

Pas dan DAP 2009 : Pintu Masuk Masalah


PASDAP 2009
Pintu Masuk Masalah




Apabila melihat senario politik nasional ketika ini, saya agak sedih dengan sikap sesetengah individu yang terang-terang tidak bersyukur dengan apa-apa yang telah dikecapi oleh negara kita selama ini. Saya membidas sesetengah orang Melayu yang secara membuta-tuli menyokong DAP, malah apabila saya mengkritik DAP, saya dilabelkan sebagai orang yang cuba memainkan isu perkauman. Jika golongan ini hidup di Singapura, maka mereka akan tahu sama ada apa-apa yang saya katakan sebelum ini betul atau pun tidak. Oleh yang demikian, saya mencadangkan kepada orang Melayu, khususnya PAS agar segera menyahut cadangan saya ini :


1. Cuba orang-orang PAS yang menyokong DAP tinggal dan hidup di Singapura, dan lihat sama ada mereka akan tahu atau pun tidak makna sebenar "perkauman" yang diamalkan di negeri republik kecil itu. PAS juga disaran sebelum bersengkongkol dengan DAP, mereka harus bertanya bagaimanakah kehidupan komuniti orang Islam-Melayu di Singapura. Cuba belajar dan tanya di mana kedudukan mereka sekarang.


2. PAS jangan banyak cakap. Mulai hari ini, PAS harus letakkan KPI kepada parti mereka, yakni tiga tahun dari sekarang, seramai 10, 000 ahli DAP masuk Islam. Barulah PAS boleh mendabik dada bahawa mereka benar-benar "Membangun Bersama Islam". Kita tidak mahu melihat PAS hanya berupaya menghimpukan 10, 000 orang semata-mata untuk tujuan demostrasi sahaja, tetapi kali ini Islamkan ahli-ahli DAP pula. Buat macam Al-Arqam, berpuluh-puluh orang Cina masuk Islam di tangan Ashaari Muhammad. Malah, ada yang masuk Islam semata-mata tertarik dengan cara dakwah Ashari Muhammad. Inilah yang kita mahu. Bukan ceramah politik 24 jam. Sanggupkah PAS menerima cabaran ini? Tak sanggup?. Jika tidak sanggup berjihad untuk Islamkan ahli-ahli DAP, maka jangan terlalu sibuk merebutkan kuasa, takut-takut diperkudakan oleh orang lain.


3. PAS terlalu sayangkan DAP. Jika kita mengkritik DAP, maka PAS akan naik angin. Apa-apa yang DAP buat semuanya betul, sekali pun parti tersebut bersikap biadab dengan Sultan Perak dan menentang negara Islam. Apabila Tuan Guru Harussani, Mufti Perak meminta rakyat agar taat dengan Sultan, mereka labelkan Harussani sebagai anjing. Ada pemimpin PAS yang mahu menegur penyokong mereka berkenaan isu tersebut? Apabila Tuan Guru Harussani berkata bahawa orang Islam harus bersatu padu dan taat kepada pemerintah, tiada seorang pun ulama PAS membelanya. Semua senyap sepi. Sekali pun apa-apa yang dikatakan oleh Harussani itu betul, tetapi PAS tidak mahu menerimanya. Ikhlas ke PAS selama ini? Mahu menegakkan kebenaran atau pun hanya mahukan kuasa? Jika ulama seperti Tuan Guru Harussani boleh dilabelkan sebagai anjing, apatah lagi orang UMNO seperti saya ini. Jadi bagaimana PAS boleh dakwa bahawa mereka parti yang mengamalkan ajaran Islam? Jika hal seperti ini pun tidak boleh diatasi. Dan bagaimanakah parti seperti ini mahu mendaulatkan Islam, jika ada ahli partinya sendiri yang tidak beramal dengan akhlak Islam? Cuba-cubalah kita renungkan.


Lantaran itu saya cadangkan PAS harus menjadi Badan Dakwah dan menumpukan kepada kerja-kerja dakwah, bukan hanya berceramah dan mengejar kuasa. Selagi PAS terus berwajah seperti hari ini. PAS akan tewas buat selama-lamanya. Sekali pun mereka menang, mereka akan saling bercakaran dan tuduh-menuduh sesama mereka. Jika ulama boleh dilabelkan sebagai anjing, maka saya bimbang akhlak seperti ini akan merosakkan imej PAS sedikit demi sedikit. Akhirnya, PAS akan hancur bukan kerana politik wang, tetapi disebabkan akhlak kotor para penyokongnya yang tidak dididik oleh ulama-ulama PAS agar mereka berakhlak mulia seperti mana yang disarankan oleh nabi kita. Jika dengan DAP pun PAS sanggup berkasih sayang, maka tidak mustahil jika Yahudi mahu bekerjasama dengan PAS untuk menjatuhkan UMNO, PAS akan bersetuju, hal ini bersesuaian dengan kata-kata Nik Aziz dahulu, "Jika syaitan nak bekerjasama dengan PAS pun, kita terima." Jika UMNO dikatakan akan hancur kerana politik wang, maka PAS juga akan hancur dengan akhlak kotor para penyokongnya. Sebab apa saya kata akhlak kotor, kerana apabila Tuan Guru Harussani menasihati para penyokong PAS agar taat kepada raja, tiada seorang pemimpin PAS pun mahu membela, walaupun kata-kata Harussani itu benar mengikut al-Quran dan As-Sunnah. Jika PAS rosak kerana akhlak para penyokongnya, dan UMNO rosak kerana politik wang, maka apakah yang tinggal untuk bangsa Melayu-Islam di Malaysia ini?


Tuan Guru Harussani sudah menegur PAS agar jangan berkasih sayang dengan DAP. Mengikut pengamatan Harussani dalam Majalah Milenia Muslim Bulan Mei, PAS sekarang bukat setakat bekerjasama dengan DAP, malah menunjukkan kasih sayang dengan parti kafir tersebut. Menurut Harussani hal ini haram di sisi Islam. Tetapi, adakah ulama-ulama PAS yang sanggup menegur para pemimpinnya? Jadi di mana keikhlasan ustaz-ustaz mereka? Oleh sebab itu, PAS harus segera berubah jika mereka benar-benar ikhlas berjuang kerana Islam.

Comments

Anonymous said…
asyik nak salahkan pas dan dap. tak sedar diri umno dan nazak penakut bertanding dipenanti
Anonymous said…
umno penakut dipenanti
KHAIRUL NAZRI said…
Tak habis-habis dengan Penanti. Bodoh sungguh kalau kita asyik sepanjang masa memikirkan siapa kuat atau siapa yang berani semata-mata kerana kuasa dan kekayaan.

Cubalah kita semua berfikir bagaimana untuk memperkuatkan kembali orang Melayu terutama dari segi ekonomi dan ilmu pengetahuan yang merupakan teras kuasa hari ini.

Tidak kira siapa yang menang di Penanti ini atau mana-mana pilihanraya kelak, kita rakyat terutama kepada oembayar-pembayar cukai tetap seperti biasa menghadapi hari-hari dengan bekerja keras siang dan malam semata-mata untuk memenuhi komitmen hidup.

Enuf with politics. Its to work !!
najamarine said…
ade 2ekor dubuk menyalak di belakang bukit dalam komen saudara..

penakut ke??kalau takut kenape nak adakan pilihanraya??adakah pilihanraya alat mainan untuk menjatuhkan maruah seseorang ataupun parti ataupun menggadai hak rakyat??

jika ada masalah dalaman parti,selesaikan dengan bijak sana..kenapa perlu mewujudkan PRK kunun2 bersifat demokrasi..

dan jika permainan ANWArIbrahim tiada sambutan,adakah perlu untuk menyalak memanggil org yg di cabar penakut??selesaikan dengan bijaksana krisis dalaman PKR,bukan sesuka hati menukar calon dengan adakan pilihanraya semula!!kemudian tidak mendapat sambutan menuduh orang penakut!!
memalukann.

kesian sungguh...
Frodo Baggins said…
apakah banggang nyer dua org "anon" atas nih!!! asyik2 penakut jer yg korank tau nak sebut!!!! Saya hairan naper PAS & PKR kata anak muda benci UMNO, sedang hakikatnya saya salah sorang dari berpuluh2 anak muda yg masih rasa UMNO releven untuk melayu & Islam!!!!!

xder issue lain ker selain "penanti-umno penakut" .. org yg xder modal jer yg slu guna issue yg x mende ni!!!

~Untuk rekod, BN pernah tidak bertanding dalam p/raya kecil 1975 di Mengelembu, Perak. Pembangkang juga pernah berbuat demikian pada tahun 2006 di Batu Talam. Ketika itu AnNWAR IBRAHIM mengusulkan pembangkang tidak menyertai p/raya tersebut atas alasan tidak mahu membazir wang rakyat dan macam-macam lagi. Tujuan sebenar ANWAR ketika MAHU mencalar imej BN sahaja. ~ http://x-pkr.blogspot.com/

NAMPAK TAK???? KATA ORANG DIA YANG LEBEY ... BLAH ARR!!!
Unknown said…
Penakut tuduhan rasuah letak jawatan apa cerita pulak...Lagi bacul!Belum jatuh hukum dah letak jawatan...
Unknown said…
salam
saya cadangkan kita tak perlu layan komentar ano ni sebab mereka ni pengecut..berlindung di sebalik nama ano.Kalau berani tunjukkan nama anda baru betul anak jantan(maaf emosi..darah muda)
DAP terang2 menolak hudud tapi PAS cakap apa pasal hal ni?Diam ja sebab apa?Terhutang budi dengan DAP sebab walaupun DAP menang majoriti kat Perak tapi PAS yang jadi MB.
Selagi PAS tidak mengubah pendirian DAP untuk menerima hudud selagi itu imej Islam PAS akan tercalar.
*Sedih tengok Mufti Perak dihina oleh penyokong PAS padahal mufti ini yang lantang mempertahankan agenda-agenda Islam.
PenaKiri said…
1.Lagi sedih bila orang Melayu di singapura tu tahu yang UMNO lah yang memberikan Singapura kepada PAP. Tak tahulah macam mana UMNO fikir dulu, sekarang ni sebagai contoh jika P.Pinag dibebaskan, maka jadi minoritilah Melayu..
2.Dakwah adalah tanggungjawab semua. Berpuluh tahun geng Tabliq, YADIM dakwah tak dapatpun 10ribu orang, inikan pula parti politik, tapi sekurang-kurangnya dah mulalah rapat, dah belek2 al-Quran. Ada yang berselubung dating ke Kelantan walaupun bukan Islam.
3.Tak tahu lah kitab mana sayangkan bukan Islam itu salah. Nabi ziarah orang sakit walaupun orang itu taburkan tahi dan duri di tempat nabi berjalan. Tak berkasih saying macam manalah orang nak dekat, tak dekat macam manalah na masuk islam.
4. Saudara panggil Harussani sebagi Tn Guru. Tapi sayang, MB Zamry hina tuan guru, dia buat konsert jom Heboh kat Perak bila dia berkuasa.
Nasir Zaki said…
kepada penakiri,

1. Lihat benar-benar sejarah, perpecahan yang sangat dahsyat disebabkan PAP menyebabkan pertumpahan darah yang dahsyat. Kesilapan memberi muka kepada puak ekstremis bukan Islam menyebabkan ianya hampir merebak ke semenanjung. Kini pengganti PAP ialah DAP. Slogan turut sama. Ingatlah orang Islam, jangan cenderung bermusuh dengan saudara seagama.

2. Melalui YADIM lah orang bukan Islam dari luar negara pun memeluk Islam dan menuntut agama Islam secara berterusan. PAS juga boleh menyumbang dengan keikhlasan seperti zaman Dr Burhanuddin Helmi, Dato` Asri dan seangkatan. Mungkin PAS boleh menasihati DR "BA" yang menggelar bekas mufti Perlis sebagai bapa syaitan dan penyokong PR yang menggelar mufti Perak anjing. Nasihati Majlis Peguam jangan kacau kuasa dan syiar Islam, menasihati penyokong PR yang menghina arahan Majlis Fatwa bahawa pengkid adalah haram. Belum lagi soal tulisan jawi dan azan. Perluasan ternakan BABI di tanah orang Islam...banyaklah..kembali kepada perjuangan Islam. Allah Maha Berkuasa dan Semoga Allah memberi banyak lagi petunjuk kepada kita.

3. Tuduhan saudara adalah berdasarkan sangkaan, Dr Zambry mungkin tidak menyedari perkara ini selain mungkin agak sibuk berkenaan urusan pentadbiran yang agak tidak ketentuan dengan serangan bertali arus. Seperti kata saudara, dakwah tanggungjawab bersama. Ketika inilah kita dari pihak rakyat sehingga pemimpin, kanak-kanak sehingga veteran, saling mengingatkan dan bukannya mencari titik permusuhan.

Bersatu dan Membangun Bersama Islam
cucumatsalleh said…
salam...Jusat nak kongsi bersama...
kalau ada masa kelapangan,semua pengamal media alternatif@para Bloogers dijemput menghadiri Seminar "Satu Malaysia;Harapan Baru" anjuran Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) di bawah YADIM, yang bakal di adakan pada 23Mei 2009, bertempat di Dewan Besar IKIM... Kehadiran amat dialu-alukan.Masuk adalah percuma!!!
Untuk keterangan lanjut Boleh Hubungi Urusetia - 0193621352 (Amin)

Tentatif Seminar
SATU MALAYSIA: HARAPAN BARU

08.00 pagi – 08.50 pagi - Pendaftaran Peserta

09.00 pagi – 09.05 pagi - Bacaan Doa

09.05 pagi – 10.35 pagi - Ucap Utama:
Oleh: Y.Bhg Datuk Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad
Yang Dipertua YADIM

10.40 pagi – 12.40 tghri - Forum:
“SATU MALAYSIA DARI PERSPEKTIF NGO ISLAM”

Ahli Panel:
Y.Bhg Tuan Haji Yusri Mohammad
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Y.Bhg Prof. Dato' Dr. Mohd Yusof Othman
Pengarah Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Y.Bhg. Dato’ Zainal Abidin Sakom
Pengerusi
Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)

Moderator:
Y.Bhg Dato’ Shamsul Najmi Shamsudin
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM

01.00 ptg – 02.00 ptg - Makan Tengahari/Solat Zuhur

02.00 ptg – 4.00 ptg - Forum:
“MELAYU DAN ISLAM DALAM MASYARAKAT MAJMUK”

Ahli Panel:
Y.B. Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo
ADUN Sungai Panjang
Bekas Menteri Besar Selangor

Y.Bhg Dato’ Abdul Aziz bin Deraman
Bekas Ketua Pengarah DBP

Y.Bhg Mohd Azmi bin Abdul Hamid
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

Moderator:
Y.Bhg Ir. Mohd Jamaludin Shamsudin
Timbalan Presiden Pertubuhan Al-Hunafa’

04.30 ptg – 05.30 ptg - Ucapan Perasmian Penutup
Oleh: Y.Bhg Dato' Haji Sahlan Bin Ismail
Setiausaha Politik kepada Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia

05.30 ptg - Minum Petang/ Solat Asar/ Majlis Bersurai
manusia said…
hahaha .. aku sedih dengan kamu... setelah UMNO sebegini nazak... kamu sibuk melaungkan-laungkan agar PAS dan DAP bersatu... Dulu masa kamu diatas... mahu ditengok pun tidak PAS... Nabi dh pesan.. "Seorang mukmin tidak digigit ular dua kali dari satu lubang"... kami masih ingat apa yg kamu lakukan keatas kami sewaktu PAS berada dalam BN dahulu... kau campak PAS ibarat sampah.. ini bukannya dendam.. tapi berjaga2... apa yg kau lakukan diPenang?? BODOH! kau cakap KPI PAS dalam masa 3 tahun mesti 10000 DAP mask ISLAM... kamu yg bersama MCA, MIC, PPP dah lebih 50 tahun.. beraa org yg masuk.. tengok sekarang, PAS telah mendekatkan DAP denga ISLAM.. ramai pemimpim mereka boleh menerima ISLAM sebagai boleh memimpim.. malah ramai tidak menolak HUDUD... sebagai mana UMNO menolak HUDUD!
manusia said…
walaupun aku tak belajar agama sangat.. walaupun aku jahat.. aku tetap sokong PAS.. aku dah cukup serik dengan UMNO... ko jangan ingat aku org muda tak guna.. aku ada hati jugak... dengan PASlah aku jadi dekat balik dengan ISLAM... MAAF.. ayat2 aku diatas tu agak kurang ajar... terlupa apa yg ustaz2 aku pesan... kena cakap baik2.. sori boss..
azlishukri said…
pena kiri - memang betul kata saudara, Singapura jatuh atas kesalahan UMNO, namun demikian, jika kita membaca sejarah dengan jujur, ada sebab mengapa tunku berbuat demikian.

Betul dakwah tanggungjawab semua, jika PAS fokus kepada soal tersebut, saya yakin PAS akan jadi lebih hebat daripada al-Arqam dan ikhwan muslimin

Dalam soal ini, Mufti sudah jelaskan, bukan dari kitab mana, tetapi daripada al-Quran sendiri. Jika ada masa boleh baca penjelasan tersebut oleh Mufti Perak.

Hal sureheboh tetap kita tolak, jika Dr zambry buat itu tetap salah, fatwa sudah dikeluarkan. Tetapi, jika Zambry tidak hormat Harussani apakah PAS juga mahu meniru sikap tersebut? PAS janganlah buat apa-apa yang terbukti salah dilakukan oleh UMNO. Jangan lagi kita beralasan, "ah UMNO pun mcm itu." Kalau begitu mentaliti orang PAS, maka tiadalah bezanya antara PAS dan UMNO lagi. Wallahualam.
Anonymous said…
jgn layan ler anon 2 eko ni.. out of topik... kwang2
Anonymous said…
UMNO ttp relevan slagi jaga kepentingan Melayu,Islam dan Rakyat Malaysia..

HIDUP UMNO,

Hidup Matiku Bersama Islam dan UMNO.

Sy pun umur 20an...
Anonymous said…
UMNO - Untuk Membela Nasib Orang

BN - Bina Negara

Ya Allah Lindungilah UMNO dan BN.Amin

Takbir !!!!Allahuakbar
hans said…
masing2 ada strategy
amirrash said…
DAp dan PAs. tak lama. percayalah. Apabila dah dapat apa yang hendak, pasti lah yang itu akan dibuang. siapa yang buang siapa. itu soalannya.

ibarat habis madu sepah dibuang.

PAS dan DAp banyak bezanya. dari segi ideologi dan juga pendapat. PAstinya suatu hari nanti, isu-isu sebegini tidak dapat lagi disembunyikan. Dan pada masa itu apa yang akan terjadi?

satu hendak negara islam. satu lagi kata "no way" to negara islam.

itu prinsip pas yang dap tak dapat nak sokong. kalau sokong negara islam, alamatnya pru13 DAP akan kalah teruk dan PAS akan dapat untung besar. KAlau PAS drop negara islam terus (bukan tukar kepada kebajikan dan bersembunyi dibalik nama kebajikan = islam) pasti PAS akan kalah teruk dalam PRu13 dan DAP akan untung besar.

kita nantikan sahaja isu-isu ini. apa yang akan hancurkan siapa.

teringkat kata-kata TG Nik Aziz 'UMNO akan musnah sendiri berpunca dari masalah dalaman mereka". adakah ini juga akan terjadi kepada PAS akibat hubungan dengan dap.

p.s
DAP = PAP. anak beradik sahaja ni.
Anonymous said…
UMNO dan bagi mng free kat Penanti.
itu pun ko org tak syukur.
betul2 lah PKR ni berjenis org tak syukur nekmat ALLAH..

tapi mmg lah seronok berpati melawan arus mcm PKR-PAS-DAP ni.
bangkang memanjang ..
maki hamun tu dah kira ulam harian.
mengumpat-membongkar buruk orang, tak payah ceritalah .. dah jadi wajib buat ahli depa.
Anonymous said…
x bertanding di penanti x semesti takut,
lawan dengan bayang-bayang sifat manusia pengecut.

kah3.Itulah anwar...kah3

kita ajak nuar lawan najib kat Pekan.10 kali mati nuar x mau
HASMAWI said…
komen dari "manusia"
May 21, 2009 4:59 PM

Hang bagi komen dari hadis nabi..."Seorang mukmin tidak digigit ular dua kali dari satu lubang"

AKU TAKLE PANDAI SGT DLM MENTAFSIR AL-QURAN / HADIS NI, TAPI AKU NAK TANYA HANG DLM BANYAK2 AYAT AL-QURAN & HADIS KENAPA HANG AMBIK HADIS INI SEBAGAI KEUTAMAAN...NABI BERSABDA TIDAK SEMESTINYA MAKSUDNYA DIRECT MACAM HANG ATAU PENYOKONG FANATIK PAS PAHAM...

LAST SEKALI DALAM BANYAK2 AYAT AL-QURAN & HADIS NABI, APA YANG BAYAK DI SERU KEPADA UMAT ISLAM MELAINKAN BERSATU PADU....

KALAU HANG BERANI HANG JAWAB BALIK & BANDING KAN YANG MANA BANYAK DLM AL-QURAN / HADIS TU BERSATU PADU ATAU YANG MAKSUDNYA SEPERTI YANG HANG TULIS TU....

FIKIR2 KAN LAH...
sangguna said…
MANA2 BLOG MASUK PUN SAMA, UMNO VS PAS, AKU RASA KLU KWN2 DULU YG SELALU BERTEKAK TU, KWN TU LE SEBENARNYA YG PLG PAHAM KARENA KITA.
INSYAALLAH, MELAYU PAS DAN MELAYU UMNO AKAN BERSATU.
YG PLG PENTING ISLAM DAN MELAYU MESTI DIUTAMAKAN.
ALLAH MAHA BESAR
Anonymous said…
salam,,,kalau UMNO disingapura pun tak kan boleh hidup cik azli...
sikap takut kalah di penanti bukan cermin orang melayu...
Faz Fazrin said…
pangkah pas takpe, dap jgn sekali
Anonymous said…
umno memang penakut di penanti. kalau aku dubuk korang apa.. anjing rasuah
Anonymous said…
dah takut tanding dipenanti salahkan pas dan dap... yg korang upa hari ni nizar akan jadik menteri besar sah.. padan muka korang
Anonymous said…
aku melayu rela diperintah dap daripada umno... eeeeeee geli.
Basuh Baju said…
salam

saya mempunyai sedikit pandnagan yg berbeza dari saudara. (oh, sy harap sy tidak dikritik teruk kerana sy percaya setiap org mempunyai pandangannya. malah sy tidak bersembunyi di belakang nama anonymous.)

PAS dan DAP yg bekerjasama merupakan satu kolaborasi yg sgt menakutkan UMNO. bagi sy, UMNO perlu sedar akan landskap politik yg baru di mana org cina sudah tidak takutkan PAS. begitu juga orang PAS sudah bisa bersama dengN DAP yg selama ini dianggap chauvinis.

mungkin sudah tiba masanya UMNO rebranding menjadi parti yg ebih mesra terhadap semua kaum.

susah juga jika UMNO semakin lemah kerana UMNO masih lagi parti yg memerintah dan jika UMNO lemah, lemahlah BN. bila BN lemah, macam mana hendak menjadi kerajaan yg kuat..

kan? :)
Atan said…
Salam,
Menghormati Sahibussamahah Mufti Harussani itu sangatlah wajar. Pihak-pihak yang mengatakan Sahibussamahah sebagai "anjing" itu barangkali ada dua tiga urat siuman mereka telah putus.

Cuma, saranan Sahibussamahah supaya kita mentaati Sultan itu dapat kita pertikaikan. Sultan yang bagaimanakah yang perlu kita taati?

Taat akan pemimpin akan tumbuh dalam diri kita sendiri tanpa paksaan apa-apa, ikhlas. Lahirnya ketaatan itu kerana kita melihat diri pemimpin itu mendahulukan agama, rakyat, negara daripada dirinya, keluarganya. Adakah ciri-ciri ini ada dalam diri pemimpin, sama ada Sultan, PM, MB, dan lain-lain? Orang melihat, tatkala mereka bergerak dengan dikawal dan diescort oleh riders dan pengawal serba hitam, rakyat marhaen terdedah kepada seribu satu macam bahaya. Tatkala mereka santap/makan di tempat berbintang-bintang, masih ada rakyat yang kais pagi makan petang, kais petang makan pagi untuk mencari sesuap nasi (lihat "Bersamamu" TV3). Anak cucu Sultan mana yang pernah ikut rombongan krew "Bersamamu" TV3 untuk mengetahui kedaifan rakyat itu? Ada, dengan menaiki motosikal besar, berescort juga ke hulu ke hilir.

Sebagai rakyat, kita tidak perlu jealous terhadap mereka tetapi mereka mesti kelihatan dan dilihat memiliki ciri-ciri kepemimpinan seperti yang diperlihatkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Wallahua'lam.
mba said…
salam para2 blogger semua,

Berkemungkinan (sbb ramai sgt yg mengkritik penyokong2 taksub "bulan putih langit hijau)tak lama lagi akan keluar fatwa dari boss "bulan putih langit hijau" yakni akan menyatakan bahawa selagi anda semua berada didlm "bulan putih langit hijau" kedudukan anda disyurga TERJAMIN..maka dgn sebab itulah para2 penyokong "bulan putih langit hijau" ni berani berbuat apa2 jua kemusnahan jiwa (mental) & harta benda...sy cdgkan kpd boss2 "bulan putih langit hijau" pabila beri ceramah politik selit2kan laa juga pasal API NERAKA..SEKSA KUBUR..SEKSA2 ORG BUAT FITNAH..boleh juga jadi panduan & ingatan kepada penyokong2 "bulan putih langit hijau" bahkan juga kpd penyokong yg tak separti & sewaktu dgn mereka..wallahualam..tapi jangan berkesudahan dengan "BERPUTIH MATA"..ALLAH MAHA BESAR..ALLAH MAHA BESAR.

DARIAKU: JANG ANAKPAKNGAH AMAT (JELOBU)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam hormat kepada saudara-saudaraku, semoga saudara dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera,

Saudara Azli Shukri, idzinkan saya berkata-kata disini dengan tulisan mata pena dan tanpa suara,

Perkara 1,2 & 3 adalah sesuatu yang berguna untuk dibahaskan. Penulisan Azli berjaya mencetuskan minda penulis lain dengan berbagai-bagai maksud dan pendapat.

Saya menyarankan agar kita perlu lebih banyak memberikan tumpuan kepada "Baik, Jadi, Apa Tindakan Kita?" atau didalam bahasa lain "What to do NEXT"
(maafkan saya Azli pakar bahasa, saya masih mencari terma ini dalam bahasa kita di NAMOYAKI)

Jadi, kenapa kita perlu tumpukan (Fokus:Focus) kepada "What to do NEXT" ?

1. Kita-kita ini terlalu banyak 'cliche', (maaf sekali lagi)(http://dictionary.reference.com/browse/cliche)
Mari kita semua keluar dari 'Cliche'.

Bagaimana?
Keluar sahaja dari "kepompong" itu, keluar dan terbanglah sebagai Rama-rama yang cantik,
tahu tentang kecantikkan diri, bersyukur dengan apa yang dianugerahkan, dan BERANI untuk TERBANG.

Rama-rama itu adalah serangga makhluk ciptaan Allah SWT yang catik, dan rama-rama tidaka mempunyai 'Cliche', Rama-rama ada terlalu banyak kepelbagaian, dan macam-macam.
(adakah terlebih itu dan ini?)

bersetuju dengan Zharif, kenapa kita perlu membuang masa, demi masa, kita mampu hidup 1000 tahun,
(kita hidup pada "nama" di masa 1000 tahun yang akan datang)
Sekiranya Azli Shukri mati sekalipun, akan ada lagi Azli Shukri yang selepas ini dan bakal memperjuangkan perkara yang sama,
1000 tahun lagi, jadi, kita perlu memikirkan
'Bagaimana supaya Azli Shukri tidak dibunuh dan di tamatkan pensejarahannya'
(bahasa nama, Azli Shukri)

Baiklah, Demi Masa:
Baik, Jadi, apa TINDAKAN Kita?
(What to do NEXT)

1. Fokuskan kepada BN = Bina Negara,
(Saudara Anonyms, saya sudah terdengarnya dari corong radio, BN=Bina Negara, jika itu adalah saudara, saya mengucapkan syukur kpd Allah SWT, dan jikalau itu bukan saudara, maka 'BN' ini sudah disebut-sebut tentang pengkisahannya sekarang.
Azli Shukri pandai menulis, 'BN' Bukan lagi Barisan Nasional pada nama, 'BN' adalah Bina Negara, BN sudah menjejakkan kaki selangkah kehadapan.

Lagi, teruskan fikir.
BN= Bina Negara, Mari kita cadangkan Program BTN iani Biro Tata Negara di tukarkan kepada BIRO BINA NEGARA,
Kita sudah berada dihadapan, 'LEKAS',-->
BN = Bina Negara,
Rujuk Konsep KAIZEN (Jepun) Bagaimana jepun bangun dengan SATU Suara, Satu Sauara 'KAIZEN' selepas mereka di bom dengan dasyat di Hiroshima,

Kita sudah berada dihadapan lagi:
BN-Bina Negara, Wujudkan Programa BINA NEGARA di sekolah-sekolah, di sekolah ada anak-anak kita, SEGALA-GALAnya bermula dari sekolah.

Kita sudah berada dihadapan: ---->
AYUH! BN, Apa lagi?

maka 'The art of war keluar lagi'
'When YOU are at the TOP, Please remember to look behind you, look down there, look, and LOOK'

'The ART of War': Sama pengkisahannya apabila Rasullallahi SAW pergi berperang (Perang-Dengan hanya apabila mendapat Perintah drpd Allah SWT), Rasululahhi SAW selalu akan duduk di puncak bersama para sahabat dan memerhati kan keadaan dan berfikir (Rujukan hadis soheh: Azli Shukri tahu akan perihal ini)
BN = Bina Negara dengan menoleh kembali dan merujuk kembali apa yang telah kita BINA selama ini. Manfaatkannya.

Jadi:
BN = Bina Negara

Elakkan 'Cliche', Perhatikan kepada Rama-rama: TERBANG dan mereka akan ketinggalan.

BN= Bina Negara dengan 'Satu Suara' (bagi muda mudi)

BN= Bina Negara dengan konsep 'SATU'

BN= Bina Negara dengan TERBANG, Ayuh, RAZAK SAT sudah berada di atas kepala kita, perhatikanlah setiap malam, dan perhatikanlah diri kita dari sudut KOSMIK.

BN= Bina Negara, ayuh kita Bina Jambatan, Bina Jiran, Bina Kasih Sayang, Bina Negara = Bina Masyarakat Penyayang.

BN= Bina Negara, Mulalah menulis tentang BN=Bina Negara. Mulalah menulis tentang matrik BN:
BN = B.I.N.A N.E.G.R.A + B + N x BN

Tulislah apa sahaja yang baik, yang baik, kerana yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, Dengan Idzin Allah.

Salam hormat,
Zul Rahman

BN = Bina Negara
Anonymous said…
MAHKAMAH Tinggi sudah membuat keputusan bahawa Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Cuma keputusan tersebut ditangguhkan oleh Mahkamah Rayuan, menanti perbicaraan.

Keputusan penangguhan oleh Mahkamah Rayuan, tidak memberi makna apa-apa kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau bukan Menteri Besar yang sah dari segi undang-undang.

Keputusan Mahkamah Tinggi jelas menunjukkan bahawa Nizar adalah MB sebenar bukan Zambry, ini tafsiran undang-undang. Mana boleh pada satu-satu masa ada dua MB. Mana boleh Zambry melaksanakan tugas sebagai MB hanya semata-mata keputusan pengesahan Nizar ditangguhkan oleh mahkamah.

Zambry tidak ada pilihan. Beliau harus mengosongkan segera pejabat MB Perak. Beliau tidak boleh membuat keputusan-keputusan yang membabitkan kerajaan. Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diadakan juga tidak sah.

Lebih buruk daripada itu, ialah selama tiga bulan (semenjak Februari lepas), kerajaan negeri Perak beroperasi secara tidak sah. Perlantikan yang dibuat MB Zambry tidak sah, perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan semuanya tidak sah.

Dalam erti kata mudah, Perak mempunyai seorang MB yang sah, seorang lagi tidak sah. Seorang MB yang halal, seorang lagi MB haram.

MB haram ini sudah banyak membuat keputusan dan berbelanja bagi pihak kerajaan negeri. Dan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lepas, adalah tempelak yang paling besar terhadap Zambry, Umno dan BN Perak, kerana selama tiga bulan telah melakukan kerja-kerja haram.

Keputusan Mahkamah Tinggi juga memberikan implikasi bahawa semua gaji, upah dan elaun yang wajar diterima Nizar harus dibayar balik oleh kerajaan negeri. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri kerugian kerana berbelanja kepada penjawat-penjawat yang haram dari segi undang undang.

Malangnya Zambry dengan muka yang tidak tahu malu, terus memasuki pejabat MB selepas Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan pengesahan Nizar sebagai MB.

Sikap 'buruk siku' Zambry ini hanya menunjukkan kepada rakyat Perak, khususnya pegawai-pegawai kerajaan negeri, bahawa beliau memang kemaruk hendak jadi MB.

Biarlah orang hendak kata apa pun, biarlah apa persepsi rakyat kepadanya pun, pedulikan keputusan mahkamah, yang penting Zambry ialah MB. Itulah agaknya kehendak beliau.

Zambry tidak boleh tuduh Nizar kemaruk hendak menjadi MB kerana, hasrat Nizar jelas, beliau mahu Dun dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya diadakan semula.

Jika Nizar tewas sekali pun sebagai Adun, nescaya beliau akan berpuashati kerana beliau telah menyerahkan amanah kembali kepada rakyat secara jujur dan demokratik.

Sebaliknya, jika Zambry tahu malu beliau tidak harus duduk di kerusi MB kerana pada tafsiran undang-undang dan pada hati rakyat, Nizar adalah MB yang sah.

Jika Zambry 'anak jantan' beliau tidak harus takut dengan rakyat, kalau betul dia gentleman, ajak semua Adun-Adun BN pakat-pakat letak jawatan kalau pun tidak ada kuasa untuk membubar Dun.

Janganlah jadi seperti badut-badut sarkas menyolek muka dengan pelbagai warna sambil membuat aksi-aksi lawak untuk membuatkan rakyat tertawa dengan anda.

Buat apa hendak jadi MB jika undang-undang mengatakan anda bukan MB. Buat apa hendak jadi MB jika semua keputusan yang anda buat menyalahi undang-undang. Buat apa hendak jadi MB jika setiap hari anda diherdik dan dicerca rakyat.
Anonymous said…
Krisis yang berlaku di Perak ini menjadi semakin karut dan kalut. Pegawai-pegawai kerajaan negeri tersepit kerana mereka akan diheret terbabit dalam melaksanakan keputusan MB yang haram.

Bagaimana pegawai-pegawai kerajaan boleh berkhidmat dengan sempurna jika mereka dicemuh rakyat kerana membantu sebuah kerajaan negeri yang haram?

Hakikatnya, krisis politik di Perak yang semakin parah ini adalah angkara kegelojohan pemimpin-pemimpin BN untuk merampas kembali tampuk pemerintahan kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat.

BN membuat perancangan yang teliti dengan memerangkap dua Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Keadilan Rakyat yang kes rasuah dan mempergunakan seorang Adun DAP yang kemaruk jawatan akibat perselisihan dalaman.

Tiga orang Adun yang 'dibadutkan' oleh BN ini mungkin menerima upah lumayan kerana sanggup mengkhianati amanah rakyat dengan melompat parti.

Kegelojohan BN itu mengakibatkan Perak tidak henti-henti dilanda pelbagai krisis yang lebih mencacatkan wajah demokrasi yang diamalkan dalam negara.

Sebenarnya BN takut hendak memperakui bahawa kedudukan mereka dalam kancah politik negara sekarang ini adalah 'bagaikan anjing tersepit.'

BN tahu, jika keputusan mahkamah berpihak kepadanya sekali pun, nama BN akan terus tercemar dan busuk di mata rakyat. Dan jika dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak pun, BN jamin akan kalah besar.

Dalam keadaan sekarang BN tiada pilihan lain. Keadaan politik sekarang tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada mereka.

Justeru, daripada malu kerana kalah dijatuhkan rakyat dengan penuh kehinaan, lebih baik BN angkat 'bendera putih' awal-awal._
ckLah @xiiinam said…
Salam...
Terima kasih kerana mndaftar sebagai 'blog follower' saya yang ke 101.


Saya telah membaca entri ini, dan menyelongkar seluruh blog....


Komen saya untuk untri;
'Kita sewarna'


Komen saya untuk blog;
'Sebuah blog yang berjiwa, saya suka!'

Ikhlas dari saya;
Seorang rakyat kecil negeri Perak yang sentiasa menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku.
Anonymous said…
Padan muka UMNO menang kat mahkamah....
Ricca said…
Salam..
Saya sering baca entry br. Azri tp tak pernah nak komen.. melihat situasi politik negara kini, saya jadi takut untuk memberikan sebanrang komen.. apa yang saya ketahui, sedikit sebanyak, saya sependapat dengan br. Azri.. saya cume mengjharapkan melayu dan Islam bersatu.. saya benci dengan melayu dan islam yang berpecah sesama sendiri. saya benci melihat melayu dan islam yang lemah.. Mungkin sekarang bukan masanya, tapi suatu hari nanti, pasti akan ada golongan rakyat yang akan bangkit bukan atas nama parti semata-mata.. tapi atas nama bangsa dan agama.. kerana pada ketika itu, golongan2 inilah yang bakal menyatukan bangsa melayu seagama Islam.. dan apabila bangsa melayu dan islam itu sendiri sudah bersatu padu, barulah perpaduan dengan bangsa lain dapat dicapai.

sekian, sekadar pandangan dari saya.. Jika lari dari topik, harap dimaafkan..
Syameer Firdaus said…
BN klu politik wang 1/100 depa kata rasuah 100%, tapi depa rasuah tak berapa /100 semua halal! makan rasuah, terima rasuah perempuan buat maksiat takpe halal! masuk syurga! mati pakai payung depa masuk syurga! macam parti ajaran sesta pulak!!!!
Anonymous said…
Aku benar-benar tak faham dengan pendirian parti PAS.

Dulu pemimpin2 PAS mengkritik hebat UMNO kerana bekerjasama dengan MCA, MIC dan GERAKAN.

Hari ini apabila mereka bekerjasama dengan DAP yang terang2tidak dapat menerima dasar PAS, mereka sanggup pula bekerjasama membentuk kerajaan.

Bagi mereka boleh buat apa saja tetapi UMNO tak boleh. Dimana keadilan yang hendak ditegakkan oleh PAS.

Bukankah pada mulanya DAP tidak menerima Nizar menjadi MB Perak dan mereka telah memboikot upacara angkat sumpahnya sebagai MB di istana Iskandariah K.Kangsar.

Tetapi setelah DAP sedar bahawa Nizar boleh dijadikan MB boneka dan dicucuk hidung dan bersetuju sahaja dengan semua kemahuan DAP, maka mereka pun terus memberikan sokongan pada Nizar.

Kerana terlalu sayangkan jawatan, maka Nizar tidak dapat berfikir bagaimana dia boleh menjadi kuat dengan kerusi yang sedikit. Dia tidak perlu mengikut telunjuk DAP.

Kalau PAS tidak bertindak emosional, aku rasa sampai pilihanraya akan datang, Nizar masih lagi menjadi MB Perak. Kalau akulah ditempat Nizar tobat DAP boleh mempermainkan aku. Aku tahu macamana nak ajar DAP supaya mengikut telunjuk aku. Tapi kerana Nizar ni bodoh sombong dan tidak ikhlas dalam perjuangan maka berlakulah apa yang telah berlaku kepadanya.

Allah tidak memberi petunjuk dan hidayah kepada Nizar sebab Allah maha mengetahui siapa Nizar sebenarnya.

DAP tentu telah bersedia menghadapi pilihanraya yang akan datang. Mereka sedar bahawa kegagalan mereka untuk memerintah negeri Perak ialah kerana perlembagaan negeri Perak tidak membenarkan bukan Melayu menjadi MB. Jadi mereka sudah bersedia untuk meletakkan calon melayu di kawasan selamat bagi DAP.

Jadi jangan harap sangat Nizar akan menjadi MB Perak pada piliharaya yang akan datang kecuali Nizar sanggup keluar dari PAS dan masuk DAP untuk membolehkannya menjadi calon DAP. Soalnya adakah DAP sanggup memilih Nizar untuk menjadi calon mewakili parti mereka.

Kita lihat sahaja percaturan Nizar yang gila sangat dengan jawatan MB itu. Seperkara lagi adakah Paduka Sultan Perak bersetuju menerima Nizar untuk menjadi MB setelah dia menderhaka kepada Tuanku.

Bermakna DAP kena letak sekurangnya dua orang calon Melayu.Dan rasanya aku dah tahu siapa dia.
Ricca said…
Br Azri..

Saya mula rasa tindakan BN dalam isu Menteri Besar Perak hanya akan memudaratkan parti BN itu sendiri.. Saya nih bukanlah hebat pun dalam politik.. tapi isu Perak nih dah nampak jelas merosakkan imej BN sendiri.. Dan saya memang kurang bersetuju dengan tindakan Zambry dan BN dalam isu nih..

Risaunyerr tengok keadaan nih..

Pilihan Pembaca

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca