Tetamu Kehormat...

May 16, 2009

Nizar 2009 : Ketidakpastian Dalam Prinsip


NIZAR 2009
Ketidakpastian Dalam Prinsip



MANADO, Sulawesi Utara 15 Mei - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak harus dipersalahkan berhubung krisis politik di Perak dan baginda juga bukan punca kemelut politik di negeri itu. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Sultan Azlan memutuskan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar setelah mengambil kira Barisan Nasional (BN) negeri itu memperoleh majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Keputusan itu, kata Perdana Menteri, dibuat selepas menilai surat perakuan majoriti anggota DUN yang menyatakan sokongan kepada BN. ''Mengikut sistem demokrasi di negara ini, rakyat memilih wakil rakyat dan sultan di negeri-negeri akan melantik calon yang mewakili parti yang mendapat majoriti dalam DUN untuk menjadi Menteri Besar,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang, di sini hari ini.


Najib mengulas kritikan-kritikan pembangkang yang menyalahkan Sultan Perak berikutan krisis politik di negeri itu serta menuduh baginda menjadi punca kepada kemelut politik di Perak yang kini sudah berlarutan lebih tiga bulan. Mengulas lanjut, Perdana Menteri mengingatkan semua pihak bahawa Sultan Azlan menggunakan prosedur yang sama melantik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, selepas pakatan pembangkang memenangi majoriti kerusi pada pilihan raya umum 2008. ''Jadi jangan salahkan Tuanku. Baginda (Sultan Perak) menggunakan kaedah dan prinsip yang sama ketika melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru dan tindakan Tuanku (Sultan Perak) itu tidak boleh dianggap melanggar Perlembagaan,'' katanya.


Beliau berkata, ketika pakatan pembangkang menang majoriti kerusi DUN Perak selepas pilihan raya umum lalu, ia pun bukanlah gabungan parti yang berdaftar. Atas kedudukan itu, sekiranya Sultan Perak hendak melantik semula Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali sebagai Menteri Besar, beliau boleh berbuat demikian kerana BN adalah parti tunggal berdaftar yang mendapat majoriti kerusi di DUN Perak pada masa itu. '' Tetapi atas semangat demokrasi berasaskan ketetapan yang dibuat oleh wakil rakyat daripada tiga parti pembangkang di negeri itu (Perak), Tuanku sebaliknya mendapatkan surat perakuan mereka dan melantik Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar," katanya.


Perdana Menteri juga menegaskan pelantikan Zambry melalui proses yang selaras dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak serta sistem demokrasi di negara ini. ''Yang menjadi masalah, dia (pembangkang) tidak terima dan menyusahkan proses ini berjalan, seperti yang mereka lakukan di DUN Perak sekarang. Siapa suruh gantung Menteri Besar dan Exco BN daripada menghadiri Dewan Undangan Negeri Perak. ''Ini bertentangan dengan semangat demokrasi berparlimen," katanya. Perdana Menteri berkata, tindakan sedemikian juga boleh diumpamakan seperti BN yang mempunyai majoriti kerusi di Parlimen bertindak menggantung 20 anggota Parlimen pembangkang jika BN mahu. '' Masuk akal ke dalam sistem demokrasi, bila sesebuah parti mempunyai majoriti, Speaker boleh gantung enam anggota parti itu. Jika begitulah keadaannya, kita (BN) pun boleh gantung enam orang anggota mereka (pembangkang) di Parlimen," tambah beliau.


Ulasan Saya : Daripada kenyatan Datuk Seri Najib di atas, terbukti bahawa Sultan Perak sebenarnya tidak bersalah, malah sangat jelas bahawa jika baginda tidak mahu melantik Nizar, maka Tajol Rosli akan kekal sebagai Menteri Besar Perak. Tetapi, bagi memenuhi aspirasi demokrasi, maka Sultan Azlan mendengar nasihat Mufti Perak, agar dilantik Nizar dengan alasan beliau seorang yang berilmu pengetahuan dan mempunyai ilmu agama yang baik. Saya mempunyai beberapa cadangan bagaimana penyelesaian kes di Perak dapat diselesaikan tanpa pembubaran DUN antaranya :


1. PAS dan UMNO mesti bersatu - Demi Islam dan bangsa Melayu. Ikut sahaja persetujuan awal antara Tuan Guru Datuk Seri Harussani (wakil UMNO/BN), Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang pada asalnya bersetuju BN dan PAS membentuk kerajaan negeri Perak dengan ADUN PAS sebagai Menteri Besar Perak serta semua Exconya terdiri daripada kalangan ADUN PAS sahaja. Inilah janji BN dan UMNO - mengapa susah sangat untuk bersetuju? Dan mengapa PAS mesti bekerjasama dengan DAP juga. UMNO sudah sanggup menyerahkan segala-galanya untuk PAS memerintah Perak secara total, tetapi mengapa mesti mereka libatkan DAP juga? Kita harus takutkan Allah daripada DAP. Namun demikian, menurut Tuan Guru Datuk Seri Harussani, yang keras kepala dalam isu ini ialah Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak. Beliau bertegas menuduh UMNO lebih zalim daripada DAP, maka sebab itulah beliau tidak mahu bekerjasama dengan UMNO. Alasan tersebut sama sekali tidak dapat diterima oleh Tuan Guru Harussani - sedangkan tanpa Ahmad Awang sedar, beliau sebenarnya telah menentang keputusan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi yang semakin lunak dengan cadangan dan usul daripada Tuan Guru Harussani, agar UMNO dan PAS bersatu di Perak. Akhirnya, kesatuan dan perdamaian yang hampir berlaku telah dirosakkan oleh Ahmad Awang sendiri. Saya tidak nampak, mengapa kita harus membenci untuk umat Islam bersatu dan berpadu. Cara penyelesaian krisis politik di Perak hanyalah melalui umat Islam (PAS dan UMNO) bersatu kembali.


2. Tiga ADUN yang berstatus bebas itu harus segera menyertai BN, sekaligus mengukuhkan pakatan BN itu sendiri. Hanya BN sahaja parti yang berdaftar atas nama satu parti. PKR, PAS dan DAP tidak berdaftar atas nama Pakatan Rakyat. Ia tidak sekukuh BN. Maka, saya syorkan ADUN yang bebas itu segera isytihar masuk BN.


3. Semua ADUN harus segera mengadap Sultan Perak - dengar dari mulut baginda sendiri, apakah yang sebenarnya terbuku di dalam hatinya selama ini. Semua harus taat dengan keputusan baginda kelak. Kita harus faham, bahawa wajib bagi mana-mana rakyat negeri Perak untuk taat kepada titah sultannya, selagi tidak bercanggah dengan syariat. Semua ADUN harus bersetuju dengan apa-apa keputusan Sultan Perak nanti. Jika Sultan mahu bubarkan DUN, kita sama-sama taat, dan jika baginda mahu Nizar berundur, maka Nizar juga harus taat. Lagi pun Nizar sudah kehilangan sokongan majoriti daripada ADUN - maka Nizar selayaknya akur dengan keputusan tersebut dan mendengar titah sultan agar beliau mengundur diri daripada terus menjadi MB Perak. Jika kita semua mengetahui akan konsep taat yang digariskan oleh Islam, isu di Perak tidak akan menjadi terlalu kompleks seperti yang berlaku ketika ini. Mohon jasa baik tok-tok guru dan ustaz-ustaz PAS menasihatkan Nizar, agar kembali ke panggal jalan dan seterusnya mengikuti manhaj as-salaf as-soleh dalam ketaatan kepada pemerintah dan sultan.Wallahualam.


Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian. Sesungguhnya kita mempunyai ilmu dalam soal kewajiban untuk taat kepada pemerintah/sultan. Maka, sama-sama kita amalkannya. Untuk Nizar, saya sekali lagi menasihati saudara, agar gunakan ilmu agama yang saudara miliki itu demi kepentingan agama dan bangsa, serta bukan untuk kepentingan DAP.

25 comments:

ZHARIF said...

salam
Saya berpendapat sultan Azlan shah sendiri harus tampil di khalayak umum dan ceritakan hal yang sebenar.
Tidak pernah dalam satu negara di mana minoriti memerintah. Kalau direnungkan kembali PR bukanlah parti yang berdaftar seperti BN.Dan mereka juga harus sedar bahawa mereka sekarang adalah pihak minoriti.

pyan KEMAIN™ said...

Salam,

Ulasan yang menarik dan mantap. Tahniah.

Zaidon said...

Salam En.Azli.. saya sebagai orng Perak, amat sedih bila pihak pembangkang asyik suka menyalahkan Sultan.. bagi saya telah menjadi satu kesalahan besar bagi rakyat pada PRU tempoh hari yng banyak memilih pihak pembangkang yng akhirnya hanya membawa kemelut dalam pentadbiran negeri Perak. Saya bersetuju dgn point nombor 3 yng mana saranan En.Azli supaya semua ADUN segera mengadap Sultan dan mereka patut taat pada titahnya, kerana Baginda Sultan bukanlah Sultan yng tidak berilmu, Baginda lebih mengerti dan lebih jauh pandangannya dalam soal perundangan dan pentadbiran.

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

PAS dan UMNO tiada pilihan lain selain bersatu demi Islam.

ianho said...

kalau dah tak sukakan nizar kenapa sampai dibuang begitu saja
buang la secara berhemah
gugurkan melalui dewan
gunakan tatacara yang betul

Dakjaat™ said...

dah mmg betul pun cara tu ... siap kata mohon derhaka tu betul ke??

Saiful KONON said...

Kini dapat kita bezakan rakyat mana yang derhaka pada sulatan.

Dakjaat™ said...

rakyat perak yang menyalahkan sultan tu adalah satu tindakan yang paling tak logik ini kerana dorang dah termakan dengan kata2 yang tidak benar daripada pemimpin2 pembangkang .. berjuang utk rakyat kononnyer la.. tapi pada aku ianya lebih kepada perjuangan parti sendiri ..

PAKATAN Rakyat kononnyer... pada aku ianya lebih kepada PAKATAN ROSAK..

Dakjaat™ said...

malang sekali rakyat masih lagi termakan kata2 pembangkang.. nak bezakan macam mane pun dorang tetap ngan PR yang takde hala tuju ..

me|l aziz said...

ulasan pertama: sy setuju, pd pdpt sy, yg menjejaskan usaha penyatuan pas dan umno ialah anwar.

ulasan kedua: knpa bn perlu 'sorok' 3 ADUN tu? spt terjadi di trganu pd 1960-an dulu. Taktik sama.

ulasan ketiga: klaw dh jwtan MB itu hak nizar, dia layak. apa yg menyebbkan die x layak? usul x percaya kpd dewan apabila hilang undi majoriti, sptt nya BN lawan secara jantan dlm dewan. bukan terus meghadap sultan.

Mahkamah dan undang2 dh tentukan yg Nizar berhak. so what??

YANG GAMBI said...

Awak ingat Nizar tu cerdik sangat ? Dia lupa yang DAP bagi dia MB, sebab di Perak orang bukan Melayu tak boleh jadi MB, acu kalau boleh, jilat jubur tahi DAP pun jangan harap nak dapat.

Dah tu, macam budak2 main pondok, tak nak turun bila dah tau tak cukup kerusi nak tubuh kerajaan.... memang tak de prinsip, cakap berlegar-legar.....

Nizar_Ryza said...

En Azli, kebanyakan (hampir semua) rakan saya yang berasal dari Perak inginkan PRU Negeri diadakan x kira dari BN atau PR. Menurut mereka, rakyat akan untung kerana banyak projek baru akan dilaksanakan secepat mungin seperti lain2 kawasan P/Raya Kecil....

Dan kebanyakan (hampir semua) rakan saya yang berasal dari Perak menyatakan semakin lama BN main tarik tali dengan krisis Perak ni, semakin jauh Umno/BN dari hati mereka.. Ada juga yang semakin membenci PAS tetapi tidak seramai yang mula2 td..

Renung2kanlah...

Lagi satu, dipetik dari harakahdaily.net.. apa komen En. Azli?

<<<"PAS Wilayah Persekutuan juga melahirkan rasa kagum yang amat sangat di atas keputusan Mahkamah Rayuan pada hari Selasa lalu yang disifatkan 'extra' efisyen dengan kelajuan yang sangat luar biasa.

Menurutnya, difahamkan bahawa permohonan untuk penggantungan penghakiman tersebut telah dibuat oleh peguam Zambry pada pagi tersebut dan ia didengar dan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Dato' Ramly Ali secara berseorangan dalam masa kurang tiga jam selepas permohonan tersebut difailkan.

"Ini merupakan satu rekod baru dalam sejarah kehakiman negara dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

"PAS Wilayah Persekutuan amat berharap agar kecekapan mahkamah dalam melupuskan kes sepantas ini dapat diteruskan ke mahkamah-mahkamah lain terutamanya yang melibatkan kes-kes jenayah,"jelasnya lagi.

Sementara itu menurut Ahmad,sehingga hari ini masih terdapat tahanan-tahanan reman yang sudah menunggu bertahun-tahun lamanya untuk dibicarakan dan masih belum diselesaikan. >>>

p/s: saya bukan seorang yang berparti, berpandangan terbuka dan merasakan bebas mengemukakan pandangan selagi tidak berkaitan/menganggu professionalisme tugasan rasmi..

Atan said...

Salam,

Jika benarlah cerita Sdr dalam post ini tentang Ustaz Ahmad Awang, alangkah mendukacitakan kita! Walaupun pendirian beliau mungkin benar kerana beliau tidak mahu dituduh menikam dari belakang oleh parti-parti lain dalam Pakatan, tetapi prinsip itu boleh dikesampingkan demi kekuasaan Islam-Melayu.

Kadang-kadang, jika difikir-fikirkan, tentu ada pengarah dan perencana di belakang kekecohan dan pertentangan yang berlaku di negara ini, amnya, dan di Perak khususnya. Cuma kita yang tak pernah mahu ingat sejarah silam.

Sara Cristy, Rio de Janeiro, Brasil said...

hi!
não sei falar a sua lingua...
and don´t speak inglês, too
but is here.
kiss

Anonymous said...

Sultan?
Apakah yabg menyebabkan seseorang itu layak digelar sultan?
Asalkan dia adalah seorang pewaris kepada orang orang diraja sudah digelar sultan?
Walaupun dia pewaris kepada sultan, dia bukan mewarisi kebijaksanaan, akhlak, kekuatan dan iman dari ayahnya.
Walaupun dia jahil dalam undang-undang,sombong,dan jahat juga layak menjadi sultan?
Jika kita masih berfikiran bahawa sistem ini masih kekal. Memang hancurlah negara Malaysia!!

Anonymous said...

slm kepada bloogers...

Hentikanlah dari memperkatakan isu2 picisan ini.Yang menjadi isu di media ni seolah2 cuba memecahbelahkan rakyat Perak.Seolah2 ada agenda atau komplot jahat nak mengaut keuntungan dari perkara begini.Tolonglah,aku ni rakyat Perak,rumah speaker(yang tidak sah) depan rumah aku je,dan semua orang tahu dalam taman aku ni,dia tu jenis macam mana.Naik muak dan jual aku dengar pasal Nizar tak hormat Sultan,Zambry tak patuh undang2 la..Come on la bro,stop cursing each other..

Bagi aku,komen dari Nazri n PM mencerminkan kebobrokan mereka dalam politik ni,ada ke patut boleh cakap pilihan raya semula akan menyebabkan polarisasi kaum.WTF?lu tak educated ke?baik Mahathir jadi PM la...

Aku ni walaupun tak sampai oversea belajar tapi tau ape statement pemimpin ni.DAP pun satu,stop dragging racism.Aku rase,pilihan raya jalan terbaik,macam Nizar cakap,kalo BN menang sekalipun,ini demokrasi,tapi kalau PR menang,ini kuasa demokrasi rakyat.The end of tragedy.

Muhammad Azli Shukri said...

zharif - saya sependapat

pyan - terima kasih

zaidon - saya juga terkilan seperti saudara

cikgu - sama2 kita berdoa agar PAS dan UMNO bersatu

ianho - saya juga setuju dengan saudara

Dakjaat - betul tu

yt said...

its allll bout politic yeaa

bagus,bagusblog ney.
dpt mnmbhkan lg pngthuan politic saya:)

me|l aziz said...

"mnmbhkan lg pngthuan politic saya"??
blog ni menambah kn kucar-kacir yg sedia ada. sudah lar. mari lar kite sokong PRU semula di Perak.

tukang taip said...

mungkin nizar pun tak jangka sedalam ini konflik di perak, dan dia sendiri seakan sudah dapat merasakan dia diperguna oleh DAP, namun nak patah balik sudah terlambat, anwar pun diam seribu bahasa..terima je la, nak buat camno

Anonymous said...

Salam semua. Maaf saya yang bodoh ni mencelah. Setiap kali nak pilihanraya, buka semua tv dan baca semua akhbar arus perdana... lihatlah bagaimana PAS dihentam begitu teruk. Pemimpin PAS dihina dicaci dan difitnah. Ucapan pemimpin PAS diputar belitkan. Bila PAS bersama rakan-rakan partinya menang di Perak, baru UMNO nak pujuk PAS berbaik-baik... Sudah diludah nak dijilat balik. Cuba baca laman-laman blog UMNO, Ulamak-ulamak PAS dihina begitu rupa. Jadi sebodoh-bodoh saya ni pun, dapat rasakan yang PAS hanya digunakan untuk kepentingan. Bukan bersatu yang realiti. Fikirlah... Fikirlah... jangan emosi... fikirlah....untuk kebaikkan.

Politiksukusakat said...

Kadang2 apa yang kita tuturkan tak semestinya benar dipandangan mata orang, kadang2 apa yang kita rasakan betul tak semestinya betul dimata orang.Yang penting kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah, tapi sejak dahulu lagi, Umno/BN tolak Al-Quran dan Sunnah, sekarang baru nak berdamai dengan PAS, porahhhhh....tak mboh jadi macam kerajaan perikatan dahulu weh...

Politiksukusakat said...

Li bukan aku tak tahu perihal Umno, so jangan lah hang duk berteori sangat hingga ada yang dikatakan tu menjadi tidak relevan, ..just pandangan sahabat jek, jangan ambil hati k, kita still sahabat...

evold said...

betul tu. good critic

mR. maXX said...

teknik penulisan anda sy kagumi,.
pengunaan bahasa dan kupasan sgt menarik.. pastinya anda seorang penulis yg hebat....