Skip to main content

Di Sini Tiada Kubur UMNO


DI SINI TIADA KUBUR
UMNO

Oleh Muhammad Azli Shukri



Maafkan saya jika saya terpaksa berkata daripada hati nurani saya sendiri, tiada lagi kata berlapik dan tiada lagi kata-kata manis untuk dihidangkan tatkala melihat kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Walaupun, saya sudah mendapat maklumat dua minggu lebih awal bahawa UMNO/BN akan tewas dan kecundang di dua buah kerusi tersebut, namun demikian saya cuba menyakinkan diri saya sendiri bahawa, harapan untuk menang masih ada di kedua-dua buah kerusi itu sebagai hadiah atas pelantikan DS Najib sebagai PM yang baru.


Analisis ringkas saya pada masa ini berkenaan kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau - menjelaskan bahawa aliran pengundi muda masih tetap memihak kepada pembangkang. Maka, di sini timbul persoalan apakah benar Khairy, selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru telah gagal menarik minat pengundi muda untuk menyebelahi UMNO dalam pilihan raya kecil tersebut? Dan apakah faktor Tun Mahathir turut sama kecundang dalam usaha menarik minat pengundi atas pagar untuk mengundi BN pada kali ini? Malah, jauh daripada itu, apakah segala bantuan dan janji pembangunan yang ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO masih gagal menarik minat pengundi Cina untuk terus memihak kepada BN?



Adalah jelas bahawa pengundi Cina masih tetap menolak BN/UMNO dan mereka merasakan bahawa PAS masih boleh diperkudakan demi mencapai politik "tertentu" yang selama ini mereka idam-idamkan. Transformasi dan reformasi yang dijanjikan oleh DS Najib masih ditunggu dan dinantikan. Jika DS Najib benar-benar mampu melakukan banyak perubahan, dan tidak memilih pemimpin yang korup dalam barisan kabinetnya nanti, Insyaallah UMNO boleh kuat kembali. Tetapi, jika tidak, maka UMNO mungkin hanya tingga nama dan sejarah sahaja.



Di bawah ini saya senaraikan sebab-musabab mengapa UMNO tewas di kedua-dua kerusi parlimen tersebut, sama-samalah kita mengambil iktibar dan pengajaran. Wallahualam


1. Kempen menawarkan bantuan dan pembangunan hanya memakan diri sendiri. Terbukti segala bantuan wang ringgit dan pembangunan akan tetap diambil oleh rakyat, tetapi undi tidak mereka berikan kepada BN/UMNO.


2. Pengundi muda masih tetap mahu mengundi pembangkang, walaupun mereka tahu bahawa pembangkang bukanlah parti yang kuat dan kukuh. Hal ini berlaku adalah kerana UMNO kurang memahami jiwa dan hati nurani mereka.

3. UMNO tiada tokoh muda yang benar-benar utuh dan boleh dijadikan role model - Khairy hanyalah anak muda yang dibenci dan di "cop" sebagai pengamal politik wang oleh rakyat, malah imej tersebut makin tersemat dalam hati masyarakat setelah beliau memenangi Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini. Jadi beliau tetap dijadikan sebagai liabiliti.


4. Isu penderhakaan Nizar akhirnya memakan diri sendiri, rakyat tidak gemar isu tersebut diulang berkali-kali, malah isu itu juga terbukti sebagai isu syok sendiri bagi BN/UMNO.


5. Nizar dilihat sebagai orang yang teraniaya dan dizalimi, manakala isu bahawa beliau bukan penduduk tempatan sama sekali tidak mempengaruhi pengundi di Bukit Gantang.



6. Kemenangan Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO tetap membawa kesan secara langsung kepada persepsi rakyat, bahawa UMNO masih tidak serius mahu berubah. Dan apakah yang akan terjadi sekiranya Khairy dilantik oleh DS Najib sebagai sebagai salah seorang Timbalan Menteri di sesebuah kementerian pula? Apakah rakyat dan ahli UMNO akar umbi berupaya menerimananya?


7. Strategi politik kotor pembangkang memburuk-burukan peribadi calon BN sudah semakin mendapat tempat dalam kalangan pengundi, malah mereka dengan mudah pula mempercayainya.


8. Yang sedang berlaku kini adalah politik persepsi dan emosi - rakyat lebih gemar mendengar isu politik persepsi dan emosi yang dimainkan oleh pembangkang berbandingan dengan isu realiti dan janji manis yang dicanang oleh BN/UMNO.


9. Pengundi telah lebih awal membuat keputusan untuk memilih siapa yang mereka benar-benar suka dan yakin.


10. Pengundi tidak lagi memperdulikan apa-apa pun lagi, yang penting BN/UMNO mesti dikalahkan - tiada alasan.


11. Pendedahan ucapan Anwar Ibrahim pada tahun 1995 di Sabah, yang diulang berkali-kali di kaca televisyen, hakikatnya tidak berupaya membunuh imej peribadinya, malah rakyat semakin muak dengan cara kempen tersebut. Menurut mereka, BN/UMNO cuba meniru kempen ala-PAS yang pernah mereka lakukan kepada Tengku Razaliegh selepas beliau membubarkan S46 dan kembali menyertai UMNO.


12. Rakyat mempunyai persepsi yang sangat negatif kepada BN/UMNO walaupun BN/UMNO telah insaf atau mahu berubah. Menurut rakyat, BN/UMNO tidak akan berubah, malah masih tetap menerima pemimpin yang jelas terlibat dengan rasuah.




Bersambung...

Comments

Anonymous said…
salam saudara,

ulasan ke tujuh saudara: bagi pendapat sya, pihak BN juga tidak kurang kalah mengamalkan politik or cara kempen kotor dlm setiap pilihanraya.
najamarine said…
yup..benar BN ada juga kempen cara ala pembangkang..tetapi semuanya memakan diri.
kesimpulannya pengundi2 di dua bukit itu masih mahukan pembangkang sebagai wakil mereka.tapi bukan majoriti besar pun.boleh di lihat lebih kurang jumlah penyokong2 parti yg bertanding.masih belum boleh di katakan rakyat keseluruhan mahukan pembangkang...
adam said…
nampak nyer brader penulis ni syok sendiri...apa..? org cina perkudakan pas..??...hello...mca dah lama perkuda & perbodohkan umno...heii..selepas najib jadi pm apa yg dia org mintak..??..Tim. perdana menteri woii..!!
Anonymous said…
ade jer alasan ye.kunun nmpak profesional bila dh kalah...barisan terbaik dan mahu berubah konon.
azlishukri said…
adam - jika MCA perkuda UMNO tak lah orang Cina undi PAS, baik mereka undi UMNO boleh perkuda sampai bila2..fikirlah sikit.
Anonymous said…
Tak payah syok sendiri .. Untuk menjadi sebuah parti untuk menerajui Malaysia , kena ada sokong semua kaum .. Sudah 3 kali UMNO bertanding kalah semua dengan majority besar ..

UMNO kena tukar pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan bukan dari UMNO saja ..

UMNO tidak akan dapat menambat hati orang muda .. tengok lah sendiri , orang tua 84 pun mahu dia balik menarujui ..

Saya hanya sokong Tengku Razeligh ..
Anonymous said…
tengku razali tu umur berapa? bodohnya punya anonymous
Anonymous said…
anonymmous bodoh 12:16 - kalau PAS kalah main isu pengundi hantu la, UMNO main tipu la..kunun..kunun, apa kunun2? bodoh apa?
pulasperut said…
BN makin berlopak..
Anonymous said…
No 1 - UMNO kalah kerana orang sanggup memperjuangkan kerjaya politik peribadi dari perjuangan parti.

Kalau betulah, saudara Azli tu sebegitu hebat dan boleh meramalkan segala galanya, saudara tak payah nak berkecimpung dalam industri blog. Saudara boleh ke pasaran saham dan menjadi ribuan jutawan.

Sejak PRU -12, kita sentiasa dihujani oleh pelbagai cerita yg kononNya, UMNO kalah kerana Pak Lah dan Khairy. Dan hari ini, MASIH ada yang sanggup lagu menegakkan benang yang basah tu.

Cuba kita meneliti berdasarakan logik. Apabila KJ menang kerusi Ketua Pemuda, beliau mengambil risko besar dan sanggup berhujah bahawa UMNO perlu membela orang bukan Melayu. Pendekataan yang sama diambil oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib.

Tetapi pengundi Cina dan India, mereka tidak dapat mendalami mesej baru kerana ada orang yang berpengaruh yang melabelkan orang Cina dan orang India sebagai 'bangsa asing' hanya dalam usaha beliau untuk memastikan anaknya menang dalam pertandingan parti.

Hati mereka pasti dibakar kao kao.
Lalu mereka sanggup memangkah bulan parti PAS kerana mereka telah dihina sebegitu.

Kalao orang UMNO nak berhujah, jangan asyik nak cuba mendapat modal politik dengan menimbulkan rasa ketegangan kaum. Pendekataan lapuk macam ni tidak lagi berkesan.

Dari kita sentiasa nak bermusuh musuhan dengan kaum lain, eloklah kita berhujah dengan waras dan sama sama berganding bahu untuk menentukan kemenangan calon calon Barisan Nasional. Pendekatan itu mirip ertikata 'Setiakawan' dan juga menjadi teras kepada seruan 1 Malaysia
Koboi BM said…
Kita sembang cara manausia biasa saja lah dulu nho. Kat sini saya nak cerita serba sedikit pasai akaq umbi yang pernah sdr azli kata saya tak faham dan tak mau ambil tahu apa yang bergelonjak dari bawahan parti umno. Hari ni setelah keputusan keluaq di kedua-dua bukit tak termasuk bukit belacan mana PR ataupun pakatan rakyat menguasai kedua-dua bukit tersebut. Isu yang pertama ialah :

Kekalahan Mukhriz dalam merebutkan jawatan sebagai ketua pemuda memberi impak yang maxima terhadap season politik anak-anak muda. Mereka menganggap bahawa samada benar atau tidak benar politik wang tetap wujud di pwtc bila khairy di umumkan sebagai pemenang. Kemenangan khairi sama sekali tidak akan mengubah presepsi pengundi muda umno kerana mereka rasakan bayangan cara-cara dan ciri-ciri pemuda sewaktu pru yg ke-12 tetap wujud bila khairi memegang ketua pemuda. Bagi pengundi muda kaum cina dan kaum india mencanangkan bahawa umno tidak pernah mau mengambil apa-apa pengajaran dari pru ke-12 kerana masih mengekalkan muka-mula lama teruama khairi sebagai ketua pemuda bagi menerajui pru ke-13 nanti. Jadi pilihan raya kecil di kedua2 bukit pada hari ini sekali memberi amaran bahawa pembentang kabinet yang akan di senaraikan pada esok hari haruslah wajah-wajah baru yang benar2 dapat menyakinkan rakyat bahawa umno akan bangkit pada esok hari dengan barisan baru yang prograsir , mantap dan membawa bendera satu hati satu malaysia.

Ada pihak yang berpendapat bahawa Tun juga kecewa bila mukhris gagal meraih undi sebagai ketua pemuda kerana kegagalan muhriz dalam menjawat jawatan ketua pemuda seakan -akan menyekat kuasa tun untuk menguasi umno dari arah belakang. Kegagalan najib menaikan muhriz mernjadikan tun kurang berselera kepada umno tapi oleh kerana janji tun kepada najib bahawa beliau akan terus membantu najib memantapkan krajaan umno maka tun buat juga kempen di taiping namun sindiran hanya 22 tahun saja tak boleh bersabarkah adalah merupakan kalimah keramat yang menjadikan rakyat bukit gantang memilih nizar untuk mewakili mereka sekali lagi ke dewan parlimen.

Di bukit selambau sememangnya pengundi sesekali tidak akan memenangkan calon bebas kerana takut kerajaan kedah yang sekarang ini di bawah uztaz azizan boleh berubah nasib sperti perak. Bagi mengamankan keadaan hanya mereka yang berparti saja yang menjadi pilhan pengundi bukit selambau. Isu babi , jalan dan pejabat pos adalh isu-isu bodoh yang sengaja di keluarkan dari corong-corong radio yang akhirnya org2 tua pun boleh berkata : yang semua kerja-kerja umno lama la. pekan bukit selambau dr dulu sampai la tak dak perubahan. BSN ni kami dah lama minta tapi kerajaan umno tak layan pun. Lani kami try nak bagi kat PKR tgk sebab kami tengok pkr kut-kut boleh tolong buh BSN kat bukit selambau. Ni pak chin gusi yang minta nho....PKR tolong push BSN sat bagi boleh buka kat bukit selambau , kesian kat pak chin gusi yang ahli umno selama 40 tahun tapi duk kena ulang- alik pi SP habuan nak ambik pencen. Bukan masalah nasib tapi ayaq liuq pak chin ni pun berbisa juga.

Tembakan gas pemedih mata dengan ayaq gatai kat taman ria sedikit sebanyak memberi inspirasi pada penduduk area situ supaya memilih PKR sebab yang kena tembak byk juga. Tak campoq dengan pegawai pejabat kerajaan negeri yang kena tahan jadi surat habaq duk heboh2 sgt last2 sekali makan diri la jawap dia.

Letih2...bila2 pulak aku sambung. Untuk pak jab terima kasih byk2 sebab info kt saya pasai gas pemedih mata dan semoga kedepan2 BN akan pegang balik bukit selambau.

Lusa nak pi tengok election kat indon pulak...kat indon jarang ada gas pemedih mata yang selalu ada yang KELABU MATA hehehe.....
Wong Pencen said…
Analisa 7 menunjukkan bagaimana UMNO nampak kesalahan yang dilakukan oleh pihak lawan tetapi gagal melihat kesalahan sendiri. Kempen memburukkan peribadi lawan memang sudah menjadi budaya di Malaysia.

Ia dilakukan oleh kedua-dua pihak yang bertanding di mana-mana pilihanraya pun. Masa untuk berubah. Cuba menang pilihanraya dengan kekuatan sendiri dan bukan kerana kelemahan pihak lawan.

Analisa 8 menunjukkan persepsi UMNO sendiri. Benarkah setiap yang diutarakan pembangkang sekadar persepsi dan emosi sedangkan UMNO hanya mengutarakan isu realiti dan janji manis? Mungkin sudah terlalu ramai pengundi yang hilang kepercayaan kerana sudah terlalu banyak kali mendengar janji manis yang sama diulang setiap kali pilihanraya.

Ulasan 11 Memang pengundi muak dengan apa juga yang sentiasa diulang-ulang oleh media. Ini sudah banyak kali dinyatakan oleh ramai orang tetapi kelihatannya seolah-olah UMNO tidak mempunyai cara lain untuk meraih sokongan. UMNO seolah-olah ketandusan idea dan hanya tahu satu cara untuk memenangi hati pengundi. Walaupun cara tersebut berjaya satu masa dahulu bukan bermakna cara yang sama akan berjaya selama-lamanya.

Saya setuju dengan ayat terakhir Ulasan 12 dan sebenarnya tidak ramai orang yang percaya UMNO telah insaf dan mahu atau tahu untuk berubah.

Analisa saya sendiri, bilangan pengundi yang percaya pada UMNO semakin berkurang. Tidak semestinya kerana mereka lebih percaya kepada Pakatan Rakyat. Yang pasti, pengundi mahukan perubahan dan tidak percaya bahawa UMNO mampu membawa perubahan.
Anonymous said…
UMNO dah memang tak releven...berilah sejuta sebab pun kenape kalah pilihanraya...jawapannya hanya satu.. UMNO DAH TAK RELEVEN...
Wawan said…
salam..

Haha...

Kekalahan tue mengajar erti 'jangan terlalu selesa' di atas...
Anonymous said…
UMNO dikatakan parti yg amalkan rasuah kronik, suka menzalimi rakyat bila terdesak, tak pandai berkawan dgn kaum lain, tak Islamik. Ini semua bukan sahaja persepsi rakyat tp kenyataan. Cuba buktikan samada UMNO tak amal perkara-perkara yg disebutkan di atas. No chance. How to change? Bukan dgn bodoh sombong tp kena ada kekuatan yg hebat untuk insaf dan perbetulkan perjuangan kepada rakyat. Pemimpin2 elit yg ada semua termasuk Presiden hinggalah semua di dlm Majlis Tertinggi tak sepatutnya perlu dicantas dan biarkan semua cawangan UMNO membuat pilihan untuk memilih generasi baru kepimpinan yg benar2 bersih. Jika ini berlaku dan kes-kess rasuah (politik wang kononnya) dibenarkan disiasat oleh penguatkuasa yg satu iaitu SPRM dgn bebas, barulah rakyat atau ahli-ahli UMNO di bawah khususnya akan ada keyakinan dan kepercayaan kepada UMNO.
Koboi BM said…
Azli ...sila rujuk :

Sunday, January 18, 2009

Tidak Salah & Tidak Mengaku Kalah

Selepas melihat keputusan pilihanraya kecil di Kuala Terengganu dengan kemenangan pada Parti Pas bererti BN atau lebih mudah saya simpulkan UMNO masih tidak belajar dari kecundangan mereka pada PRU ke-12. Dengan sikap tidak mengaku salah dan kalah umno telah memburukan keadaan mereka. Alasan tentang FAKTOR CALON telah memberi penampakan bahawa yang bersalah dan kalah adalah 'calon' bukannya BN atau Umno jadi Umno masih boleh menhirup kopi petang dengan setongkol kuih sambil ketawa dan mungkin berkata : kat KT hari tu , calon tak memberangsangkan , so kalah lah....but the next time kita akan make surekan calon kita yang boleh ambil balik '.
Tu sebab kalah kalau menang lain pula umno akan cakap ' kita sentiasa bekerja keras dan dengan kemenangan ini bererti rakyat masih menyokong umno'. Tak timbul pun kata disebabkan calon umno ni ok maka pengundi terus memberi kepercayaan pada calon dan parti. Kadang-kadang naik rimas lah jugak bila ayat-ayat yang tak sepatutnya keluar , dikeluarkan bagi merosakan suasana dan kenyataan.
Apa-apa pun saya secara peribadi mengucapkan taniah pada umno kerana perjuangan mereka akhir-akhir ini dapat menyedarkan ramai kaum melayu untuk membezakan antara orang Melayu dan orang Islam. Saya katakan seperti ini disebabkan saya juga banyak belajar dari umno kerana umno telah memberi satu suntikan kepada orang Melayu untuk lebih mengenal Melayu itu sendiri.
Saya jarang melihat pemimpin Umno yg mahu mengaku salah dan mengaku kalah. Di Pulau Pinang tidak semua orang umno memberi kerjasama yang baik setelah kalah ,ada yg masih mahu berada dikerusi empuk sambil menakbir sesuatu jawatan sedangkan sepatutnya di serahkan pada pakatan rakyat. Sikap segelintir pemimpin umno ini jugalah yang merosakan umno walaupun ada usul untuk membranding kan kembali umno itu sendiri.
Sesetengah masjid di Pulau Pinang masih di tadbir oleh ahli umno dengan perkataan ' orang masih maukan kami'. Itulah perkataan kalau orang tak mengaku kalah dan salah. Bagaimana umno nak brandingkan kembali kalau insan-insan seperti masih wujud dalam salasilah umno. Mereka inilah yang merupakan akar umbi yang merosakan pohon umno itu sendiri. Rakyat Pulau Pinang dan Kedah memerhatikan hal ini dan hal ini menjadi satu input yang besar kepada pakatan rakyat untuk terus kekal di PRU yang akan datang.

Posted by Qorie Afifi at 12:52 PM

http://bincangpetang.blogspot.com/2009/01/tidak-salah-tidak-mengaku-kalah.html
Anonymous said…
org2 umno yg menyokong mukhriz mmg bodoh sbnrnye

tidakkah kalian sedar mukhriz sudah pasti mnjadi alat kepada firaun kubang pasu utk memerintah malaysia yg trcinta ni

cukuplah firaun tua tu menjajah kita slama 22 tahun
Anonymous said…
Sdr Koboi BM,

Kita kalau nak berhujah kena ada logik. Pada PRU 12, UMNO menang undi Melayu 55-45%. Kalau kita teliti dengan baik, UMNO tidak pernah menggondol 80 ke 90% undi Melayu. Maka akar umbi yang telah tetap bersama UMNO, masih tetap bersama UMNO samada KJ menang ke kalah.

Memang kita rasa syiok sendiri apabila kita merumuskan segala masalah masalah yg dihadapi oleh UMNO kepada 2 atau 3 orang. Pendekataan ini mudah difahami dan ramai yang akan terbawa bawa dengan kiasan tersebut.

Kalau UMNO menang kalah tidak lagi membawa apa apa maksud, saya pun bersetuju. Kita kuburkan Khairy, kita tendang keluar Pak Lah, kita bawa balik Tun Dr Mahathir, biar kita rasa megah, tetapi penyudahnya, UMNO tetap kalah.

Aaa. Sebab-sebab UMNO kalah saya dah terangkan, tak payah saya nak ulangi.
melayu islam said…
hello semua

kan kita semua dah tahu bahawa umno main politik wang (rasuah lah). tapi tengok, ali rastam yang didapati bersalah tapi masih ketua menteri melaka. khairi juga bersalah tapi jadi ketua pemuda. malah hampir kesemua pemimpin atasan umno perasuah. hai orang malaysia, sanggup ke kita dipimpin oleh orang melayu yang korup dan penipu. malu saya jadi seorang melayu..
Anonymous said…
zaman bile sokong umno bro...tu zaman tok kadok boleh lah..skrang dah moden..umno ni dah kuno
Mr Apam said…
YUP...TERUSKN MMBUAT ANALISIS..
Anonymous said…
memang ler situ xder kubur umno.... kubur umno di hati rakyat ler bodoh!
hj jamaludin said…
Bismilah Hur Rahman Nir Rahim
Pendapat simple saya mudah
i)Arwah ayah saya ahli kohok BN tapi sebelum beliau meninggal dunia, arwah amat benci kepada BN kerana Ali rostam (KM Melaka)melarang pegawai2 kerajaan pergi Kelantan .Melaka orang melayu islam tak leh berkawan dgn melayu islam kelantan kan bangsat KM Melaka suka mecah silaturahim sesama islam.
ii)Saya pula mengajar anak saya tentang keangkuhan Ahmad Zaid Hamidi bila cakap suka mengugut macam malaysia ini dia yang punya . Bertopengkan hujah islam bila bicara ( kalau najib ambil ahmad zaid hamidi menjadi kabinet alamat bungkus BN nanti di PR13).Allah SWT tunjuk keburukkan beliau bergelombang dgn maksiat ,sokong atau suka rasmi majlis tarian separuh bogel. DLL .Sambung lain kali.
Anonymous said…
You're missing the point.
Totally missed the point.

UMNO kalah sebab UMNO terlalu narcissistic. Cinta dengan diri sendiri.

Instead of being UMNO-centric, UMNO perlu rakyat-centric.

Inilah jadinya apabila UMNO pentingkan diri sahaja.

Dan majoriti makin besar. MAKIN BESAR. Maknanya, orang makin beralih ke pembangkang. Setahun berlalu, pelbagai kempen UMNO buat, tapi makin ramai orang menyokong PR.

The point is, UMNO masih lagi tak sedar. Tak sedar langsung. Macam mana nak berubah, kalau tak tahu apa yang perlu diubah?

Rakyat tahu. PR tahu. UMNO masih tidak tahu. Ketinggalan dan alpa. 51 tahun memerintah negara masih tak tahu mencongak arus perubahan politik.

Lihat sahaja kualiti candidate.

Banding sahaja Nizar dengan MP UMNO. Cermin Kia Carnival Nizar masih retak setelah beberapa tahun. Hidup sederhana seperti yang Nabi sarankan.

Anak-anak sekolah agama pondok, kemudian Universiti Agama di Jordan. Semua Hafaz Quran. Tak berpeleseran di Kelab2 malam atau berlumba dengan kereta mewah seperti anak-anak MB Perak yang dulu-dulu.

Isteri bertudung labuh. Simple. Bukan berbaju dan berkasut tinggi berharga gaji seorang penoreh getah di Changkat Jering.

Nizar seperti rakyat. Bila dia seperti engkau atau aku, dia tahu masalah rakyat.

Dia masih lagi berhenti di R&R PLUS. Makan di gerai-gerai. Senang di approach. Sering jadi Imam di surau-surau R&R terutama apabila selalu ke KL untuk menguruskan hal mahkamah. UMNO selalu cakap "Pemimpin Berjiwa Rakyat" tapi seringkali omong kosong. Nizar, sebaliknya, ialah "rakyat yang menjadi pemimpin".

Dan non-muslims masih menyokong dia.

Dan ulasan anda, tak hampir langsung dengan masalah-masalah UMNO. Tak hairanlah UMNO kalah.

Ezri.
Koboi BM said…
Wenger J Khairy

Saya tulih apa yg saya rasa...mau kalau nak ambik kira ambik pi lah. saya macam saya juga lah...umno menang ka umno kalah ka , saya seropa saya lah sebab saya bukan nya pernah pangkah umno hehehe
Anonymous said…
Salam Koboi,
tau ta'pa. Guna dengan was was.
Koboi BM said…
salam balik Wenger J Khairy

hat saya duk guna ni saya guna tanpa was-was
add said…
1.Next PR di bukit selambau.. BN mesti letak calon dari UMNO...

2.Next PR BN dan UMNO mestilah mendapat pandangan dari penganalisis secara akademik daripada prof-prof yang dijemput khas dari Astro Awani...

3.Lantik Hj Hadi sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam hal keagamaan.

4.Yang paling penting.....PM MESTILAH MEMBERI KATA DUA KEPADA PEMIMPIN MCA SAMADA INGIN BERSAMA BN ATAU KELUAR DARI KOMPONEN BN,,, INI JELAS DARI PRK-PRK YANG LEPAS BAHAWA MCA MENGAMBIL KESEMPATAN PADA KEDUA-DUA BELAH PIHAK BAIK DARI BN MAHUPUN DARI PEMBANGKANG...
(MEREKA ,MCA MEMIKIRKANBAHAWA JIKA KAUM CINA PILIH BN, KAUM CINA AKAN DIBELA OLEH KERAJAAN, TETAPI JIKA KAUM CINA MEMILIH PEMBANGKANG, MAKA KAUM CINA BOLEH PERKUDAKAN KOMPONEN PEMBANGKANG,,, KESIMPULANNYA BANGSA CINA JUGA YANG UNTUNG BESAR,, SEDANGKANMELAYU SAMA MELAYU BERCAKARAN SESAMA SENDIRI...
Fiwdaus said…
salam.

sy xtau sgt psl kawasan lain. tp di bukit gantang, kita dpt lihat sbnrnya yg menyebabkan kekalahan BN adlh pengundi bkn melayu, esp kaum cina.

mereka protes thdp pengambilalihan kerajaan negeri perak oleh BN. sbb bg mereka kerajaan yg tumbang adalah kerajaan mereka. majoriti kerusi kerajaan itu adalah cina, dan kesemua posisi2 penting dlm kerajaan dipegang oleh ADUN cina.

kita perlu ingt, berbanding dgn kerajaan Nizar, Tajol Rosli dan Dr Zambry memegang sendiri portfolio2 penting dlm kerajaan negeri. tp Nizar hanya pegang jwtn MB semata2. manakala posisi2 yg stategik lain kesemuanya dipegang oleh DAP. jelas sekali kerajaan yg tumbang itu adlh kerajaan DAP.

jd, itulah sebabnya org2 cina protes. lalu undi2 cina kpd BN menurun, esp di Kuala Sepetang dan Simpang.

manakala undi melayu pula meningkat.

disebabkan adanya perpecahan di kalangan pengundi melayu, maka undi cina lah yg menjadi penentu, walaupun mereka minoriti... dan mereka telah bersatu untuk mengundi PAS... obviously, bkn sbb mereka sukakan PAS, tp sbg tanda protes.

sy x fikir scr keseluruhan BN semakin x popular slps najib naik jd PM.

sy slalu melihat pasaran saham sbg indicator. sblm PRU12 lps, kwn2 sy yg menganalisis pasaran saham tlhpn dpt meramalkn bhw BN akn hilang majoriti 2/3. ini kerana tdpt volume penjualan yg tinggi sebaik shj pak lah mengumumkn calon2 BN. pasaran saham dpengaruhi oleh sentimen/emosi. majoriti mereka yg menentukn pasaran saham adlh kaum cina. ini serba-sedikit menunjukkan haluan undi2 masyrkt cina. begitu juga apabila 2 MP SAPP yg kuar parti. berlaku volume penjualan yg agak tinggi.

namun skrg ini, kita dpt lihat pasaran saham kembali rancak sedikit, dlm keadaan para pelabur masih lg berhati2 disbbkn uncertainty ekonomi dunia. ini suatu indicator pd keyakinan mereka thdp najib.

kesimpulan, keputusan di bkt gantang hanyalah 1 protes. ia bknlh gmbrn keseluruhan trend politik negara.

sekadar pandangan...
Cicit Mat Alam said…
1)UMNO yang sebenarnya dah dimamah usia dan berfikiran seperti macam 30 atau 40 tahun kebelakang.

2)Anak muda sekarang dah tak nak dengar masaalah melayu, kerana mereka sekarang pun dah berambut perang, mata kelabu dan bertutur dalam bahasa inggeris. Memang betul Tun Mahathir nak rakyat pandai berbahasa inggeris, tapi mereka bukan menggunakan bahasa inggeris untuk memajukan bangsa tapi menonjolkan riak diri.

3)Berkawan atau pun berkahwin campur dah tak jadi pekara asing. Nak rasa cina punya pun bole nak rasa india punya pun bole..

4)Takut tanah melayu jatuh kat "orang asing" mereka melihatnya dgn pembangunan sekarang pun dah memang ada pada mereka. Contoh Chow Kit... indo jaga sekarang, Time Square tak ada satu pun kedai melayu(Ibrahim Ali ada highlight nie kat Parlimen)

5)BN hanya main isu, tapi tak bersedia nak counter balik. Tak mcm PR, BN hentam isu derhaka,mereka kelaur fakta sejarah yang memang pernah berlaku semasa BN/UMNO berkuasa.

6)Anak2 muda nampak UMNO nie parti Mak Cik pergi mesyuarat tingkap. Perhimpunan UMNO bincang isu tak konkrit. Takat pantun, seloka tapi mereka nie sekrang straight to the point.

7) UMNO nak bela islam. Yang banyak scandal sekarang dari UMNO/BN. Isu murtad UMNO diam.

8)UMNO lebih bersungguh nak jatuhkan Kelantan dari pada cuba untuk mendapatkan balik mojoriti melayu di Pulau Pinang.Memang GERAKAN dalam BN tapi kenapa UMNO tak mampu untuk jadi Ketua Menteri? Sebab kerusi UMNO tak cukup. So kenapa tak cari ruang untuk UMNO tambah kerusi.

9)Sepatutnya math dgn sains terus diajar dalam bahasa malaysia dan bukan anak2 yang jadi mangsa. Tugas untuk memperkembangan istilah sains dan math dalam bahasa melayu adalah cerdik pandai di Universiti.

10)Lagipun kenapa di korbankan bahasa melayu untuk ajar math dan sains, tapi tak korbankan masa pendidikan bahasa inggeris. Kenapa tak dimasukkan Math dan sains dalam modul bahasa inggeris. (kan dalam Bahasa inggeris ada belajar language,grammer) so masukan dalam mudul inggeris. maka anak kita akan faham math dan sains dalam 2 bahasa (inggeris dan bahasa melayu).

11)UMNO kata bela islam, tapi bila mufti kata SURE HEBOH haram UMNO bela, ada lagi yangUMNO lawan MUFTI tapi nak letak salah pada pembangkang bila pembangkang bantah mufti perak dalam isu derhaka.

12)Sikap pemimpin UMNO suka kumpul harta melampaui batas. Masa masuk UMNO takat makan pencen gomen, tau-tau bole jadi jutawan, tak macam Nik Aziz(Idola Pembangkang, UMNO tak bole marah) walaupun 18 tahun memerintah... tetap dengan cara lama... tapak rumah lama, cara pakaian cara lama gak.

Banyak lagi klu nak di hujahkan tapi cukup la dulu yang nie.
Anonymous said…
salam saudara,

seperti kata Tun M sewaktu PRU lalu..BN tidak kalah, Pembangkang yang menang.

Memandangkan UMNO telah ditolak oleh Melayu Bukit Gantang (rasanya "agenda assobiyah" tak boleh diterima Melayu lagi), saya cadangkan saudara buat kajian dan hipotesis:-
"KENAPA PAS MENANG?"
PAPA GOMO said…
SALAM BRO...
APA YANG PASTI.....

MELAYU TELAH BERPECAH BELAH KERANA ANWAR INI.ANWAR MENIPU SEGALA YANG ADA BAGI MENCAPAI HASRATNYA ITU.

NAMUN APA YANG PALING PENTING ADALAH PENGUNDI CINA DAN INDIA. MEREKA INI TIDAK MENYOKONG LANGSUNG KERAJAAN BARISAN NASIONAL. CUBA KITA TINJAU BERAPAKAH AHLI MCA, MIC DAN GERAKAN DI KAWASAN PILIHANRAYA INI???

MANA UNDI MEREKA???
MEREKA MEMBERIKAN UNDI KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG WALAUPUN MEREKA AHLI MCA,MIC,GERAKAN. BAGI MEREKA HANYA SATU.

MEREKA INI INGINKAN KUASA DAN HAK MELAYU. ITU YANG PASTI BUAT MEREKA. ANWAR MENJANJIKAN HAK BUMIPUTERA AKAN DIHAPUSKAN JIKA PAKATAN PEMBANGKANG MEMERINTAH MALAYSIA. ITULAH YANG DI HARAPKAN OLEH MEREKA BANGSA PENDATANG INI.

MEREKA SUKA KEMENANGAN DAP,PAS DAN PKR. MEREKA MARAH JIKA UMNO MENANG.

SAYA BERHARAP SELEPAS INI NAJIB AKAN LEBIH BERANI DALAM HAL INI. SEMEMANGNYA MEREKA INI SUDAH MEMIJAK KEPALA ORANG MELAYU DENGAN BANTUAN DARI MELAYU DALAM PAKATAN PEMBANGKANG ITU SENDIRI.
Anonymous said…
Bukankah cina dan india takut akan Negara Islam dan Hukum Hudud yang PAS nak bawa... knp lak nak pilih PAKATAN? Aku rasa cina dgn india rasa lebih selamat dgn org islam PAS yang tak der isu rasuah, cina dgn india pun tak suka juga anak muda dierorg mabuk, judi.. so klu pilih PAS bole la dierorg bendung sikit aktiviti anak mereka dari berjudi & mabuk.. so biar la melayu UMNO jer yang duk main MAGNUM..
Anonymous said…
Saya anak muda. Umur 22. Saya menyokong BN. Tetapi saya pernah menyokong PR sebelum ini kerana idealistiknya perjuangan mereka. Tetapi setelah diperhalusi dan mengkaji sejarah, situasi, masalah dsb saya dapati negara kita belum bersedia untuk idealisma perjuangan PR dan sistem yang dibawa BN sekarang masih relevan.

Tetapi. Ramai rakan-rakan sebaya saya tidak melihat ia sebegitu. Rata-rata tidak menyokong UMNO/BN kerana palitan rasuah, kotor, perkauman sempit, tidak islamik, dsbnya yang berjaya dilemparkan oleh pembangkang. Mereka ini percaya kepada perjuangan PR untuk kesamarataan, keadilan, amanah, politik yang tidak berdasarkan perkauman dsb yang seperti yang saya katakan tadi idea-idea idealistik. Mereka juga melihat LKS, LGE, KS, dsb sebagai hero. Mereka ini ramai dalam bilanngannya dan percayalah tidak mudah mengubah kepercayaan mereka.

UMNO/BN perlu lebih agresif untuk menarik minat anak-anak muda ini jika hendak menjadi parti memerintah pada PRU 13 nanti. Berat tu..
Semuanya masih analisa karat, beralasan bagi yang kalah dan ego bongkak bagi yang menang.

Hormati keputusan rakyat, balik dan buat kerja masing masing, yang menang cara menang , yang kalah cara kalah - dunia belum kiamat tak kira siapa yang menang atau siapa yang kalah. Pilihanraya 5 tahun sekali bukannya panjang, kena berjumpa lagi.

Yang kalah, kena banyak berubah. Yang menang buka masanya bersenang lenang.
C.H.E Dayat said…
Salam abang, maaf lama tak singgah. Setuju dengan pandangan abang. tapi saya tak rasakan faktor Tun M juga gagal. Ini kerana pada hemat saya kita perlukan masa. dan saya rasa, janganlah kita ahli UMNO merasa amat emosi dan sedih walaupun dalam hati kecil in iberasa begitu, saya rasa amat bersyuku kita kalah... nak tau kenapa? jom singgah ke blog saya, ada kupasan yang lengkap tentang PRK ini.. harap dapat jemput yang lain kesana...

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com

Salam Perjuangan...
D'Rimba said…
KAMI ANAK BANGSA SUDAH SEKIAN LAMA TERANIAYA DAN DIANIAYA OLEH ACUAN BARAT SINI SANA. PEMIMPIN YANG BARU PENYAMBUNG TRADISI HINGGAKAN LAMAN MAYA SENDIRI BERBAHASA BARAT DIUTAMAKAN. SIAPAKAH KITA DI TANAH AIR SENDIRI? TAK MALUKAH MEMIJAK BUMI MENIKMATI HASIL BUMI? MUDAHAN MAKIN RAMAI SEDAR AKAN KEPENTINGAN BERACUAN TERSENDIRI BERTERASKAN ISLAM SEJATI....TAK CUKUPKAH MEREKA MENGGADAIKAN SINGAPURA, TAK CUKUPKAH MEREKA MELENYAPKAN TULISAN JAWI SEKALIGUS MENGIKIS NILAI ISLAM SENDIRI DAN TAK CUKUPKAH MEREKA MENGGADAI BAHASA MELAYU SENDIRI SEKALIGUS MENGHAKIS JATIDIR???????KEJAYAAN INI ADALAH KEJAYAAN BERSAMA PEJUANG BAHASA SEKALIAN YANG MAKIN MENYINAR KEIKHLASAN DIRI KAMI RAKYAT AMAT MERASAI.............
Unknown said…
Salam Azli,

Setuju dengan analisis yang dibuat.

Cuma satu nak komen tentang perkara pertama, iaitu rakyat terima pembangunan tetapi undi pembangkang. Perlu diingat apabila wang pembangunan disalurkan, adakah wang tersebut wang BN/UMNO atau wang yang diperolehi daripada rakyat melalui cukai?

Jika wang rakyat digunakan untuk pembangunan dan dikatakan BN yang buat pembangunan, saya rasa tak begitu tepat dan jujur. Kalau pembangkang yang menguasai kerajaan pusat, adakah pembangunan yang dibuat dengan wang yang sama kini boleh didakwa disumbangkan oleh PR pula?

BN sudah lama menggunakan taktik ini dan saya amat tak setuju dan mendapati tak jujur jika BN gunakan wang kerajaan sebagai sebahagian daripada kempen. Wang BN dan wang kerajaan adalah dua perkara yang sepatutnya diasingkan sama sekali. Begitu juga jentera BN dan juga jentera Kerajaan.

Bukan nak kata pembangkang hebat, sebenarnya mereka amat kucar-kacir. Tetapi hakikat bahawa mereka tetap menang juga menyampaikan mesej yang amat penting. Tak susah nak menewaskan PR, cuma sanggupkah Umno/BN berubah untuk mencapai kemenangan itu.
Anonymous said…
alhamdulillah.

yeye PAS menang... yeye PAS menang. tp harap2 tak terus leka utk berusaha memperbaiki kelemahan yg ada agar kemenangan akan dpt terus dipertahankan.

bg UMNO pula, hormatilah pilihan rakyat. lepas ni bnyk2 la muhasabah diri. rakyat masih tak yakin yg UMNO benar2 ingin berubah. walau guna mcm2 saluran tv untuk berkempen tp tak mampu untuk menarik malah semakin membuatkan rakyat benci dan muak dgn ckp2 pemimpin2 UMNO. tambahan bnyk fitnah dtg dr diri pemimpin2 UMNO sendiri.

hiduplah secara sederhana dan penyelesaian terbaik adalah kembali semula kpd agama.

wallahualam, tiap2 yg berlaku itu adalah ketetapan dr Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya.
ReMyZiEy said…
Salam,

Agaknya tuan terlupa satu lagi point. Imej Dato' Seri Najib sendiri yang tidak kelihatan bersih oleh rakyat kesan dari propaganda Altantuya, komisyen kapal selam, isteri dan sebagainya.

Maaf walaupun kita berbeza aliran politik namun ini boleh dikongsi bersama.

Menjustifikasi bahawa kemenangan KJ memberi kesan signifikan kepada keputusan tri election mungkin benar tetapi tidak menggambarkan keseluruhan.

1)Tun Mahathir : Beliau dilihat memiliki pesona untuk menyatukan kembali parti yang hampir dihancurkannya namun ternyata penyokong tegar UMNO sahaja yang mempunyai pandangan sedemikian. Masih terdapat segelintir rakyat yang mengingati dasar-dasar tidak demokratik yang dilaksanakannya dahulu samada mereka ini golongan atas pagar ataupun pengundi baru yang sangat idealistik pemikirannya.

2)Menganggap Pak Lah sudah tidak mempunyai sokongan dan meminggirkan beliau dari kerja-kerja kempen pilihanraya. Percaya atau tidak ramai yang bersimpati dengan Pak Lah walaupun semasa pemerintahannya mereka juga yang mengeji dan mencaci. Namun mereka percaya Pak Lah hanya tidak bernasib baik kerana wujudnya media alternatif yang sangat berpengaruh yakni internet yang mana penggunaannya semasa zaman Tun M tidak begitu meluas seperti sekarang.

3) Bagi orang muda seperti kami, apabila disebut sahaja UMNO perkataan yang terlintas dalam pemikiran kami ialah ARROGANT. Suara kami tidak didengar. Putera dan Puteri UMNO pula diterajui oleh orang-orang yang tidak mempunyai aspirasi golongan muda di bawah umur 27 tahun sedangkan golongan ini mempunyai idealisma tersendiri dan enggan terikat dengan doktrin pihak atasan. Bukan semua orang minat ke kutub utara dan membersihkan kubur.

4)Jika disenaraikan kebaikan politik baru yang ditawarkan PR yang kurang berasaskan perkauman berbanding dengan politik lama yang dipraktikkan oleh BN, agaknya yang mana lebih memanfaatkan semua kaum dan bangsa ataupun DILIHAT lebih memanfaatkan semua pihak (walaupun dari segi pelaksanaannya masih boleh dipertikaikan).

Politics is all about perception and sentiment. Nothing more nothing less.
fital said…
Salam saudara Azli

Teruk awak kena hentam, sabau aje le kata orang Melaka. Yang menang bukan PAS atau PKR tetapi yang menang adalah suara hati rakyat maka dekatilah hati setiap rakyat tanpa membezakan antara Pas, PKR, DAP mahu pun UMNO.Kenapa mesti salahkan KJ seorang bukan beliau sorang sahaja yang membawa liabiliti kepada UMNO/BN sedangkan ada pemimpin UMNO yang lain turut dikaitan dengan isu rasuah.Ternyata walaupun pemilihan UMNO telah selesai tetapi masih wujud tuduh menuduh dan syak wasangka sesama sendiri. Jika keadaan begini berterusan hingga ke pilihanraya akan datang BN akan kecundang sepenuhnya.
USD said…
Salam, sy bsetuju dgn komen Ramzi Ahmad...
perfectwater75 said…
Salam Sahabatku Azli...,

Saya menyokong pendapat Ramzi dan Ustaz Said...

nada tuan amat berbeza jika dibandingkan dengan seminggu sebelum prk ini...apakah keyakinan tuan sudah disulami dengan syak?

Saya tertarik dengan komen salah seorang ahli panel dalam Asro Awani semalam..bagaimana orang cina yang dikatakan tidak mahukan Islam langsung tidak membuka dan membenarkan calon atau perayu BN menjejakkan kaki mereka di laman rumah orang-orang cina tetapi bila calon atau perayu PAS 'yang amat ditakuti cina' kerana hudud mereka pula diberikan sambutan yang cukup meriah. Apakah petanda ini semua?

Untuk sdr GOMO, anda tak habis-2 menyalahkan DSAI dalam memecahkan melayu. Sudahlah, itu semua cerita lama, dah lebih sepuluh tahun DSAI berada di luar UMNO, takkan UMNO masih gagal menguruskan implikasi yang ditinggalkan DSAI? Lekehkah UMNO sampai terpaksa mengitar semula TDM sebagai perayu undi bagi UMNO?

Jelas TDM antara punca kekalahan 'teruk' UMNO dalam prk kali ini.

thx!
bro BN dah kalah ni..acam mana ni
Anonymous said…
dah menjadi sebati dengan pihak pembangkang. Apa kerajaan bagi suma ambik, tapi pangkah sorry. itulah pembangkang!!pendapat Saya lebih baik kerajaan pun harus bertindak macam tuh..baru kita tgk apa kesudahannya. Kerajaan kita terlalu lembut, w.pun tahu org itu org ini xsokong kerajaan sedangkan mereka dibayar gaji oleh kerajaan..kekdg biar diajar baru tau.Mungkin Rakyat yang menyokong pembangkang hanya nak tgk kepimpinan mereka mentadbir, tapi rakyat xpikir kesannya. Jgn nasi dah jadi bubur baru nak meyesal. Melayu semkin ditindas xnak membela, bangsa lain sekrg demand dan menyedap dgn hak2 org melayu. Ish..xtaulah dah akhir zaman, kafir baca ayat quran siap boleh tepuk2 tangan.. mmg lah dah tak dak otak org melayu yang p dengar tuh!!! bila election banner kutuk kerajaan zalim, khawat, sosial,jenayah,rasuah. Agak2 kalau depa memerintah suma tuh boleh ker habis??? n pelihanraya umum lalu, tempat saya dapat pada pas.Kenapa??? ini disebabkan pemilihan calon yang rakyat xmau. sejarah tempat saya menang dgn pembangkang. seblumnya BN bertahta.sekrg penduduk dah mengeluh, YB ni sampai india mintak duit nak beli samsupun bagi...mak aiii..kepiah atas kepala tapi masih bagi duit beli benda haram..sebelum jadi yb menoreh jer, pas 3bulan kuar crv baru..hahha.. nampak sgt sengkek.sekrg makan gaji buta, apap pun tak dak, padan muka penduduk,padan muka kerajaan jugak,nak letak calon pun servey lah dulu.. tempat sendiri dia xjaga, nama aja yb, bila nak pilihanraya bukit selambau siap jalan umah ke umah bagi bantuan..macam nikah lakonan yang depa suka???? ish kalau ak tulis nih saudara azli masih panjang..tapi cukuplah setakat hari nih...
Anonymous said…
Salam saudaraku Azli

Tahun 2004.
BN menang bergaya.
Semua jaguh-jaguh PAS tersungkur.
Calon-calon pembangkang cawat ekor.

Tahun 2008.
Pembangkang pula menang bergaya.
Calon MCA dan MIC pula terlondeh kain sampai nampak kurap.

Sejarah pasti berulang.
Rakyat akan menilai kerajaan negeri atau persekutuan.

Saya setuju bahawa persiapan awal perlu dijanakan untuk memacu kembali keyakinan rakyat kepada BN.

Sebenarnya UMNO dicemburui oleh pihak lawan dan kawan.
Jadi UMNO mestilah mencari jalan untuk mencuri hati kawan dan lawan.


ADAM AMIN
Kg Jerlun,
Kedah.
PEJUANG CYBER said…
http://senapang-patah.blogspot.com/2009/04/bn-tumbang-di-bukit-gantang-kerana.html
PEJUANG CYBER said…
BN kalah Tun M harus dipersalahkan !!!
Sebab dia cakap banyak..... lebih bijak daripada orang lain.


Sehari sebelum pengundi di tiga kawasan pilihan raya kecil iaitu di Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Air, membuang undi, bekas Perdana Menteri Malaysia yang amat dihormati, Tun Dr Mahathir Mohamad, membuat sentuhan terakhir untuk berkempen kepada BN. Turut sama anaknya Mukhriz.
paritbuntar said…
Anon 11.18A AM,

maksud saudara/i, kerajaan bayar gaji kpd pekerja kjaan dari duit BN kah?

pembangkang tak bayar cukai kah?
hamba said…
salam saudara..
kenapa saudara kaum cina memperkudakan PAS?? bagi saya kenyataan sauara ini sangatjauh tersasar?? Buat pengetahuan saudara PAS bukan sebuah parti yg lemah.. Sejarah nya lebih lama daripada UMNO! PAS teguh dengan Prinsipnya.. PAS bukan diperkuda atau memperkudakan sesiapa... Saudara bayangkan DAP yg dulunya yg sangat ANTI-ISLAM dan MELAYU.. sekarang boleh berkompromi dengan isu2 umat Islam termasuk HUDUD!!

sya harap saudara boleh lihat video diblog sya kenapa patut mengundi dacing!
azlishukri said…
terima kasih atas semua komen yang pro dan kontra, saya yakin komen2 saudara akan dinilai dan dibaca oleh pemimpin negara.
Anonymous said…
mudah saja jawapannya. semua ini tertakluk kepada:

1) setakat mana pas sanggup ditunggangi oleh anwar dan dap demi untuk berkuasa.

2) setakat mana melayu pkr sanggup dikelentong oleh anwar.

tak payah cakap pasal ugama, keadilan, kesamarataan or whatever.

it is as simple as that.
azlishukri said…
hamba - PAS tak pernah ada prinsip, dulu kata tak boleh kompromi dengan bukan islam, kemudian boleh pula, dulu PAS juga yang dedahkan keburukan Anwar, kemudian terima anwar semula, mcm2 perkara lain yang membuktikan bahawa PAS tak konsisten.
ZABS said…
Salam Azli,
Kalau apa yang anda tulis itu berterusan sehingga ke PRU 13, mungkin lebih banyak lagi negeri akan berpihak kepada pembangkang. Mulalah bertindak dari selkarang.
Unknown said…
harap2 lepas ni UMNO sedar..
KALAM JAUHARI said…
Lihat betul-betul pecahan undi. Undi melayu kepada UMNO meningkat. Pas sendiri mengaku undi melayunya jatuh sekita 4% berbanding PRU 12.

UMNO gagal memenangi undi Cina dan India. Itu perlukan satu analisa yang lain. Mungkin Ong Tee Kiat perlu mentazkirahkan pengundi.
Bro Azli san.bersabarlah dengan komen-komen yang hebat ini.Saya yakin Bro Azli akan dapat menjadi ahli parlimen atau ADUN satu hari nanti, Yosh....
Ya Allah Limpahi rahmat mu kepada hambamu yang beriman dan jujur serta amanah untuk menegakkan agama islam dan umatnya.amin.
kuIna said…
salam bro.. lama x snggah..

tahniah & takziah

yg baik jdkn teladan , yg buruk jdkn sempadan..
kalahh dah kalah dahh, apa kita perlu buat lepas ni, kukuhkan apa yang longgar, mantapkan apa yang sengal! rombakan besar besaran untuk kebaikan kita bersama
salam az'li,

surat terbuka daripada 'walk the talk 09' kepada tdm itu ditujukan kepada saudara azlikah?

soalan:
1. adakah saudara azli akan menjawabnya?

2. atau saudara azli mahu meneruskan 'sambungan' penulisan 'disini tiada kubur umno'

nota:
kepada pembaca sekalian,
cuba baca tajuk yang saudara azli letakkan disini, baca ulang sebut 100 kali sampai faham,

salam hormat,
serrashahira said…
omg!
ape yg saudari cuba tekankan di sini?
masih ramai lagi pemuda yg menyokong BN..
sedarlah saudari,rasuah berlaku di mana- mana..
bukan hanya adi dalam BN..
hanya kerana pas berpakaian jubah,tidak semestinya mereka semua berhati baik..
jgn menilai org dr luaran..
Anonymous said…
Apa?
"Kempen menawarkan bantuan dan pembangunan hanya memakan diri sendiri. Terbukti segala bantuan wang ringgit dan pembangunan akan tetap diambil oleh rakyat, tetapi undi tidak mereka berikan kepada BN/UMNO."

Pembangunan di mana? Di KL? Di Penang? JB?

Sistem pengangkutan awam pun tidak efisyen, walaupun di KL! Jangan ambil mudah sebab perkara ini adalah sangat basic yang kerajaan masih tidak mampu beri sedangkan kita, tax-payers, dah beri gaji!

Saya bukan membangkang kerajaan membuta tuli dan seratus peratus. Memang ada benda yang baik dalam kedua-dua belah pihak (govt dan opposition). Jadi, jangan kata saya biased.

Macam ni la saudara. Sebelum anda menuduh rakyat tetap mengambil "segala bantuan wang ringgit dan pembangunan tetapi undi tidak mereka berikan kepada BN/UMNO", saudara balik rumah, dan fikir, apa peranan kerajaan dan SEGALA TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN-PEMIMPIN sebuah negara.

Kalau BN/UMNO tidak mampu mendapat sambutan rakyat, apa maksudnya?

BN perjuangkan BANGSA MELAYU. Bukankah pemimpin negara Islam patutnya memperjuangkan AGAMA ISLAM?

Rasullulah SAW pun tidak bela Quraisy. Baginda bela kebenaran. Kebenaran tu apa? Agama Islam.

Haih~ terlalu basic nak di-argue.
azlishukri said…
i love speed - saudara tak faham tulisan saya agaknya kot. jangan baca artikel ini mcm orang pembangkang membacanya.
salam,

dimana koboi bm?

keluar dan tolong ceritakan akan cerita sejarah dan pensejarahan kerajaan

'johor-riau'-lingga

kepada mawarku berduri and the walk the and talk 09,

koboi bm,
ringkaskan dan tidak perlulah buat surat terbuka,

koboi bm,
walaupun hujan lebat, tidak bererti anda tak boleh menulis,

sila keluar,
Koboi BM said…
sorry bro ...gua baru balik duty dari indon ...dari medan - jakarta - yogya. Fuh,,,letih dan selama seminggu offline... gua malas bro nak tulis benda2 alah mcm tu...tapi nanti gua tulih sapa merdeka kan sapa? hehe...malam ni nak lepak perda nak pi pekena char kue tiaw chop...fuhhhhh
Anonymous said…
Pendapat saya mudah saja,yang baru jadi mangsa kerana dia baru. Orang lama jadi mangsa kerana dia terlampau lama di sana. Bila dia gah sangat dia lupa orang baru perlu sokongan dan bantuan dia, tetapi tamak punya pasal dibalunnya saja.

Jadi oleh kerana UMNO terlampau lama dan ramai penyokong, jadi pemimpinnya gaduh sendiri ada sampai tak sedar diri dia fikir dia saja betul. UMNO akan tumbang jika dia gagal mengangat pelapis pemimpin yang terbaik. Kalau sudah menang dalam pemilihan tu tak usah cakap lagi, jangan pertikai lagi takkan pahat sentiasa berbunyi.

Menang dan kalah, takkan kalah dipakai dan diberi keutamaan dan kelebihan, rakyat dan penyokong UMNO sendiri bukan buta-tuli dalam parti. lu fikirlah sendiri...

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh