Tetamu Kehormat...

April 29, 2009

Di Sini Kejayaan Adalah Dosa


DI SINI
KEJAYAAN ADALAH DOSA



Maaf, entri saya pada kali ini adalah khusus untuk seseorang yang sangat saya kagum, baik dari segi mutu kerja, mahupun dari segi keutuhan prinsip hidup yang tidak boleh dijual beli.


Mendengar khabar bahawa Puan Lee Sai Fa (Selina Lee) isteri kepada Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin (Sasterawan berbangsa Cina terkenal tanah air) akan bersara secara pilihan pada esok hari - sangat menggoncang hati nurani saya. Mungkin orang diluar daripada Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengenali siapakah Puan Lee Sai Fa kepada DBP, mungkin masyarakat awam lebih mengenali suaminya berbanding beliau sendiri.


Beliau telah memilih untuk bersara awal, dan meninggalkan DBP yang dicintainya lebih awal daripada sepatutnya, - seluruh warga DBP yang ikhlas dan jujur akan tetap merasakan kehilangan seorang bangsa Cina yang begitu pakar dalam bahasa Melayu , di samping mengabdikan diri kepada perjuangan bahasa Melayu - malah beliau yang juga merupakan salah seorang Munshi Dewan yang berkaliber dan sukar dicari ganti. Namun demikian, seperti sikap manusia biasa - semasa batang tubuh kita masih wujud di DBP tiada sesiapa pun yang peduli dan bersyukur, sebaliknya apabila kita mahu bersara, barulah kehilangan dirasai.



Puan Lee, atau Kak Selina, merupakan nama yang besar di DBP - diambil masuk bekerja di DBP atas kehendak orang atasan, daripada seorang guru biasa sehingga menjadi Pegawai Perancang Bahasa dan akhirnya mengemudi Jurnal Bahasa dan Malay Literature. Selama tujuh tahun berkhidmat di DBP - pelbagai ragam manusia dilihat dan dirakamnya - sesuatu yang lumrah dalam kehidupan ini. Namun begitu, rasa kecewa lebih banyak dirasai daripada rasa bahagia, khususnya sejak beberapa tahun belakangan ini.


Puan Lee - seorang yang pendiam, tetapi bisa kata-katanya, seorang yang kuat berpegang kepada moraliti dan amanah. Tidak mudah sesiapa pun yang mempengaruhinya, atau meracuni fikirannya. Seorang yang bebas dalam memberi pandangan dan buah fikiran, maka mungkin kerana itu jugalah, beliau kurang disenangi oleh "orang tertentu" di bahagiannya. Saya juga tidak terlepas daripada kritikan bisanya sebelum ini, maka adalah jelas beliau bercakap dari suara hati dan naluri sendiri, serta bukan dipengaruhi. Inilah pejuang bahasa yang harus dipuji dan bukan untuk dijual-beli.


Memang susah untuk bercakap perkara yang benar, manusia lebih suka mendengar cerita bohong dan kisah hantu di dalam Mastika daripada menerima kritikan membina, untuk bangsa dan bahasa tercinta. Golongan yang bercakap daripada hati nuraninya sendiri dan cuba berlaku jujur, akan segera dituduh sebagai pemecah belah kesatuan dan melaga-lagakan orang tertentu, sebaliknya, golongan yang hipokrit dan menikam kawan dari arah belakang akan diangkat dan dipuja sebagai editor yang terbaik.


Manusia jarang bersyukur, begitulah di DBP - cubalah tanya kepada Puan Lee, mengapa beliau bertekad membuat pilihan untuk bersara lebih awal, tanyalah hati nuraninya, dan jangan tuduh dengan mendakwa bahawa beliau dihasut untuk berbuat sedemikian. Lihatlah dengan mata hati dan bukan dengan menipu diri sendiri.


Dan fikir-fikirkanlah mengapa begitu ramai yang memilih untuk bersara lebih awal, tanyakan juga kepada En Razak Abu Bakar, bila pula beliau mahu bersara? Dan cubalah tanya kepadanya mengapa beliau mahu bersara dengan lebih awal? Tidak gembirakah bekerja dengan DBP? Atau kita kecewa dengan orang tertentu? Berapa ramai lagi yang mahu keluar daripada Bahagian M, dan soalnya mengapa mereka mahu keluar? Apakah yang sebenarnya tidak memuaskan hati mereka selama ini? Adakah wujud golongan yang akan bercakap dengan jujur dan benar? seperti mana jujurnya mereka bercakap di kedai bucu atau di kafe tingkat 5 DBP dan Dawama? Atau , segala yang diluahkan itu - hilang dan lenyap di tengah jalan menuju ke Mirama? Cuba tanya dan bertanya dengan jujur. Hentikan hipokrit diri sendiri. Bercakap berterus-terang dan bukan hanya berani bertutur dan mengherdik hanya di dalam Restoren Kancil semata-mata. Tiada sesiapa yang akan mendengar, segala ketidakpuashatian itu akan hanya tenggelam timbul dalam enaknya sambal bilis dan gulai tempoyak di Restoren Kacil atau di Jaya Jusco Taman Maluri.



Terlalu banyak yang hipokrit, bimbang jika bercakap secara jujur, akan dimaki-hamun pula nanti, mereka yang dulunya begitu berani mengangkat sepanduk untuk menegakkan kebenaran sehingga wajah tertera di dalam Harakah, kini hanya pandai mengangguk dan mengiya sahaja. Keberanian sudah hilang lantaran termakan hasutan. Padahalnya, golongan inilah yang dulunya sebegitu kuat meluahkan pelbagai ketidakpuashatian mereka terhadap pentadbiran dan pengurusan di Bahagian M.



Sama-sama kita berfikir, apakah yang sebenarnya kita mahu dalam kehidupan ini, mencari kebendaan sehingga menutup kebenaran, atau pun mencari keampunan dan menghancurkan kebatilan? Masihkah kita ingat lagi berkenaan pesanan, nasihat dan luahan yang telah diucapkan oleh arwah Penolong Editor Dewan Sastera yang sangat kita kasihi, Puan Rohaya Mohd Yussof sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir dahulu? Masih ingat atau kita sengaja melupakannya. Berderai air mata kita mengalir, kononnya kita sudah insaf dan bertaubat - tetapi akhirnya? kita lebih suka menjadi hipokrit daripada bercakap perkara yang sebenar. Segala nasihat dan peringatan Puan Rohaya, semuanya menjadi habuk dan debu yang kita tiupkan bersama dari tingkat 20. Kita tidak melaga-lagakan sesiapan pun, kita hanya bercakap dari hal yang sebenar, dari hal yang hari-hari kita ucapkan dan kita mahu perkara yang selama tidak kita sukai akan segera diubah. Berkata jujurlah demi kepentingan Bahagian dan Dewan Bahasa dan Pustaka tercinta. Tiada maknanya jika kita berdegang-degang dan mengutuk dari arah belakang, tetapi akhirnya kita tewas dalam medan perjuangan yang sebenar. Saya malas untuk bercakap panjang. Nanti kononnya dituduh melaga-lagakan orang. Padahalnya, mereka yang berkata sedemikanlah yang selama ini melakukan perbuatannya melaga-laga orang lain.



Kepada Puan Lee, saya ucapkan selamat bersara, nasib kita berbeza, puan bertuah kerana dibentang pilihan sama ada mahu meneruskan perkhidmatan, ataupun sebaliknya. Semoga, puan lebih dihargai diluar sana. Sudah tiba masanya, kita melakukan sesuatu kerja dengan ikhlas dan bukan kerana takut dimarahi bos sendiri. Renung-renungkan coretan saya kali ini. Dan bagi mereka yang masih memendam rasa, fikirkan apa-apa yang telah kita ucapkan selama ini, apakah rasa tidak puas hati tuan-tuan dan puan-puan sekalian sudah berbaloi diluahkan selama ini? atau kita terus memendam rasa sehingga ke akhir hayat, jadikan teladan dengan apa-apa yang telah berlaku ke atas Puan Lee Sai Fa dan arwah Puan Rohaya, jadilah manusia yang jujur dan bukan hipokrit. Wallahualam. Selamat Bersara, Selamat Menyambut Hari Pekerja dan Salam Sejahtera.


Gambar : Puan Lee Sai Fa semasa berwajah jelita.

28 comments:

faRahFatiHah said...

salam...saya pernah bertemu dengan dua org insan ni...hmm lama dulu 8 tahun yg lepas...saya amat kagum dgn pasangan ni..walaupun berbangsa cina, namun kefasihan mereka mmg kita tak sangka...sajak2 beliau mmg dikagumi....

Muhammad Azli Shukri said...

saya ingin jelaskan, mana-mana yang menggunakan anonymaous tolonglah tulis nama di bawah komen tuan2, jangan bersikap hipokrit. saya tidak akan siarkan komen yang tidak meletakkan nama mereka yang sebenar.

S.YanaZ said...

Mereka yg bodoh, pengecut dan bangsat akan kekal sbg;

bodoh, pengecut dan bangsat.

datoadil said...

NAHKODA ATAU NYAH.. SAHAJA


Sengkirkan sajaha nahkoda itu
Sebelum kapal membelah laut biru
Agar nanti kita, bahasa bangsa tidak pilu
Agar nanti puncak DBP tidak layu

Kenapa kita takut
Takutkan kebenaran
menghalalkan dusta
Takutkan ketelusan
menghalalkan angrara murka

Siapakah gerangan lakunya
Yang membawa musibah dan derita
Ditingkat-tingkat bahasa ibunda
Mensia-siakan amanah bangsa
Tetapi sibuk mengadu domba

Singkirkan sahaja
Sesiapa sahaja
Yang suka bermuka-muka
Yang dengki membara
Yang malas membaca
tetapi rajin mengata dusta

Kalau nahkoda buat angkara
Di Melaka pastinya ia di campak
Kelaut selat melaka
Kerana terkandung
Dalam Undang-Undang Laut Melaka

Tetapi di DBP
Tiadakah kuasa atau undang-undang
Yang dapat menyelamatkan
Organisasi tercinta ini?
Atau kita mahu menunggu rakyat
Atau pembangkang
Atau musuh
Memijak bahasa kita
Kerana lalainya kita
Kerana alpanya kita
Kerana sibuknya kita mengadu domba

Siapakah yang berkuasa itu
Masih tersenyumkah ia
Atau pahit mukanya
Menatap warkah ini



Nukilan


Dato' Adil

datoadil said...

LAGU BANGAU OH BANGAU EDISI SAHABAT


Kawan oh kawan kenapa engkau tikam
Macam mana aku tak tikam
Takut tak disambung kontrak
Takut tak disambung kontrak

Kawan oh kawan kenapa takutkan bos
Macam mana tak takutkan bos
Dia suka mengamuk
Dia suka mengamuk

Bos oh bos
kenapa marah-marah
macam mana tak marah
Orang muda nak cabar aku
Orang muda nak cabar aku

Wahai orang muda
Kenapa cabar bos
Macam mana kami tak cabar
Idea bos dah lapuk
Idea bos dah lapuk

Kawan oh kawan kenapa bersengkokol dengan bos yang dah lapuk idea

Macam mana tak bersekongkol
Takut kena marah dalam mesyuarat

----------

Jadi begitulah lagu orang terjun dengan labu-labunya. Takutkan bos melebihi takutkan Allah.

Kata kawan saya dahulu, kononnya mantan ketua Saudara Azli ni dahulu suka buat mesyuarat pada pukul 5.00 atau 6.00 petang. Jadi ramailah yang marah, tapi pendam dalam hati sebab penyakit takut tak bertempat ni.

Apa benarkah saudara Azli bahawa mesyuarat sering diadakan pada pukul 5.00 hingga 6.00 petang.

Soalnya, pukul berapa nak balik rumah, nak ambil anak dan masak untuk makan malam?

Kedua, kenapa tak buat mesyuarat pagi atau sesi petang pukul 2. Mana ada idea pukul 6.00 petang. Emosi pekerja tertumpu nak balik.

Tapi saya tahu kenapa, mungkin semua orang takut walaupun untuk bercakap

"Bos Saya Nak Balik Ambil Anak"

ZHARIF said...

salam
saya baru tahu bahawa ada bangsa lain yang layak digelar sebagai pejuang bahasa Melayu.Sangat mengkagumkan saya.Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Puan Selina dan terima kasih atas sumbangan beliau dalam memperjuangkan bahasa Melayu di DBP

khairul onggon said...

Memang manusia durjanalah yg punya hati busssukkkk (mcm P.ramlee cakap)..

Bila manusia penuh dgn sikap mazmumah yakni sifat2 negatif, itulah yg menjadihijab kpd kebenaran..

Biarlah kalku kita tidak mampu, berserah pd Allah Taala, dan jawablah di Padang Mahsyar nanti..

Walaupun sy tidak tau apa maslah sebenar di sana, tp dpt sy rasa wlupun sikit... Semoga berjaya dan semoga berani dan berjaya membuat perubahan.. :)

fital said...

Azli ! membaca luahan hati sauadara saya dapat simpulkan bahawa luka anda Di DBP masih berdarah lagi dan darah itu terus mengalir selaju pena anda.

<< s| teD| yanG GOmuK >> said...

selamat bersara sebagai pejuang!!

aranam said...

Salam, Saudara Azli Shukri.

Suatu ketika dulu DBP begitu gah namanya. Mungkin saya kurang arif tentang permasalahan yang melanda. Sejak belakangan ini, sering saja saya temui bingkisan seperti ini untuk ditatap dan ditafsir sendiri. Dan, seperti ada sesuatu yang tidak beres di sana.

Alamanda said...

Tak sangka ada bangsa cina bertugas di bahagian M... dan orangnya pula bukan calang-calang, isteri sasterawan terkenal, dirinya pula munsyi dewan.
Tapi sayang tempohnya mencurahkan khidmat bakti di dbp tak lama. Pernah mengikuti kisah cinta mereka berdua di TV3 semasa tahun baru cina pada februari yang lalu...
Aduhai... dbp kehilangan lagi!

zedmagel said...

Bro Azli,

Saya pasti yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Lim yang telah memilih untuk bersara awal untuk kepuasan dirinya. Itu jika jalan yang terbaik buat beliau.

Saya harap penggantinya lebih baik dari beliau. Itu saya pasti.

[ MsHa ] said...

vote utk ISA, klik nama penulis.

Ida Hariati Hashim said...

Salam Saudara Azli,

Saya adalah salah seorang penjawat awam yang memilih untuk 'bersara' awal. Mungkin orang lain rasa adalah terlalu awal untuk saya menyerah kalah dan memilih jalan ini, kerana saya baru shaja berkhidmat selama 5 tahun sebagai seorang guru.

Teaching is a noble job, tetapi bila guru-guru dibebani oleh tugasan yang tiada kaitan dengan core business sehinggakan terpaksa mengurangkan tumpuan terhadap mendidik para pelajar, hati saya rasa tidak tenteram.

Memang benar bebanan kerja ada di mana-mana sahaja, tetapi jika saya terpaksa menyelesaikan kerja-kerja yang saya kira tidak penting (seperti menyelesaikan pelbagai kertas kerja dan laporan walau pun untuk program yang kecil), saya rasa saya tidak boleh terima ini semua.

Saya percaya seorang guru perlu minda yang jelas dan tenang untuk menyiapkan dirinya untuk mendidik para pelajar. Guru juga perlu masa untuk menanda buku-buku latihan, menjalankan sesi kaunseling dengan para pelajar dan lain-lain. Malangnya, pada hakikatnya sekarang para pendidik (terutamanya di sekolah-sekolah Kluster) tidak langsung mempunyai 'breathing space' termasuklah untuk diri mereka sendiri. Hasilnya, kita dapat lihat ramai guru yang 'burnout'.

Munkin masyarakat tidak nampak akan hal ini, tetapi ini adalah hakikatnya.

Sistem Pendidikan kita memang tiada cacat-celanya, tetapi ada masalah dengan implimantasi. Masalah ini timbul apabila sikap orang-orang atasan yang seolah berlumba-lumba untuk mendapat pengiktirafan melalui kenaikan pangkat dengan menganjurkan segala macam program. Memang ada program ini yang baik, tetapi adalah lebih baik jika dipermudahkan, jangan bebani para pendidik yang terpaksa akur kerana "saya yang menurut perintah".

Saya berasa puas hati kerana telah dapat menyuarakan pendapat saya ini kepada para pentadbir di sekolah saya.

Saya lebih menghargai masa yang dihabiskan dengan keluarga saya. Status saya sekarang adalah sebagai seorang WAHM (Work At Home Mom), and I am proud of it.

cikmanggis said...

selamat bersara untuk puan Lee Sai Fa saya banyak menbaca riwayat hidup suaminya penulis,penyair terkenal Lim Swee Tin sejak dibangku sekolah lagi.

Rupanya disebalik kejayaan saudara Lim Swee Tin ada seseorang yang kuat dibelakangnya...semoga berjaya dalam apa jua yang akan diceburi selepas ini.Terima kasih anakanda Azli kerana menulis tentang Puan Lee Sai Fa dalam n3 ni.

fahana_ann said...

harap2 ada pihak yang betul perjuangkan bahasa..

Puteri Hutan Nipah said...

"Dengar khabar editor Jurnal Bahasa pun dah merajuk sampai sanggup bersara awal gara-gara jurnalnya dicantas tinggal 2 keluaran setahun."
Ini komen yang pernah saya tinggalkan dalam entri sebelum ini.
Oh, memang benarlah khabar itu! Tak sangka pula editor Jurnal Bahasa tu bangsa asing, Malaysia memang boleh!
Apa pun selamat bersara saya ucapkan kepada kak Selina.
Yang sedihnya kami yang terpaksa mengharungi hari-hari penuh debaran dan ketakutan, menunggu nasib yang belum dapat dipastikan.
Oh Tuhan, kasihani kami, bantulah kami yang tidak terdaya ini! Amin.

DukeOfUMNO said...

Salam Bro...

Di jemput hadir semua blogger2 wilayah utara ke Majlis Gathering Blogger2 Utara...2 May...pukul 8.30 malam...di Coffee House Kelab Cinta Sayang, Sg. Petani, Kedah...TQ!

p/s: keterangan lanjut di...
http://dukeofumno.blogspot.com

suarajagat said...

saya kagum dgn mereka..
walaupun mereka bukan berbangsa melayu.
tapi mereka benar2 berjiwa malaysia.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas segala komen saudara semua, tak sempat untuk membalasnya sekali.

Anonymous said...

Adik Azli,
Terima kasih kerana mendedikasikan satu entri khas untuk saya.
Terima kasih juga kepada semua yang meninggalkan pesan & ucapan selamat bersara kepada saya.
Saya membuat keputusan untuk bersara setelah kehilangan seorang sahabat yang amat saya kasihi, arwah Rohaya. Kami masuk ke Bahagian Majalah pada bulan yang sama, Jun 2004.
Kehilangan beliau membuatkan saya termenung panjang, apakah saya bakal menerima nasib yang sama? Pada masa itu, saya sering sakit-sakit, doktor pun tak dapat mengesan apa sebabnya walaupun pemeriksaan perubatan demi pemeriksaan perubatan dilakukan.
Selama tiga minggu saya menangisi kehilangan Aya dan kehilangan beliau menyedarkan saya bahawa apa pun yang kita lakukan demi orang lain, kita tak mungkin dihargai. Kematian tidak dapat menginsafkan sesiapa pun yang berhati batu. Akhirnya, ahli keluarga kita jua yang paling terluka.
Saya tidak sanggup meninggalkan suami dan anak-anak. Saya ingin bermanja lebih lama dengan suami, saya belum puas membelai anak-anak walaupun mereka sudah dewasa lalu saya mengambil keputusan untuk bersara awal.
Gelaran Munsyi Dewan saya masih kekal kerana gelaran ini adalah untuk seumur hidup. Selepas bersara, saya akan terus bergiat cergas mengembangkan bahasa Melayu di pelbagai agensi kerajaan dan sektor swasta.

Kepada semua karyawan Bahagian Majalah, selamat bertugas!

Salam hormat,
Selina S.F.Lee
Mantan Editor Junal Bahasa &
Malay Literature

zul rahman said...

salam saudara azli shukri yang saya sayangi dan hormati,

tidak tahu lagi bagaimana mahu memperjelaskannya,

'manusia jarng bersyukur'
dan inilah yang selalunya terjadi demi memahami makdus segala bicara,

dengarkanlah, renungkanlah, dengarkanlah dan renungkanlah secara perlahan-lahan...
Friday, May 1, 2009,

terima kasih saudaraku, terima kasih kepada segala-galanya,

salam hormat

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih kak selina

zul rahman said...

salam kak selina,

quote:
"Selepas bersara, saya akan terus bergiat cergas mengembangkan bahasa Melayu di pelbagai agensi kerajaan dan sektor swasta."
Salam hormat,
Selina S.F.Lee
Mantan Editor Junal Bahasa &
Malay Literature

mulia sungguh budimu tuan,
maka dengan itu, tiadalah lagi apa lain perkataan yang mahu saya perkatakan melainkan saya berjanji, saya akan membantu puan walau apa saja halangannya.

lewat kehadiran saya semasa kursus Program Penghayatan Sastera & Budaya [PPSB] anjuran DBP, telah mengembalikan saya kepada sebuah 'harta yang terpulang'.

bersungguh-sungguh dan dianugarahkan sebagai fasilitator terbaik pada kursus itu memperjelaskan tentang kesungguhan saya demi menyampaikan maksud segala cerita,

diwaktu perjuagan itu, segala yang seiring bersama saya adalah semangat tuan dan puan yang turut sama berada bersama-sama didewan itu dengan saya apabila saya mula dibawa untuk membaca melalui laman blog saudara azli shukri.

telah saya amati kesemua penyampaian terutama kepada gurindam, nazam, seloka dan pantun tradisional.

saya juga akan turut sama berjuang dengan puisi tradisonal dan puisi moden tersebut yang bakal menjadi penghaytan bagi kami semua apabila dipentaskan melalui penghayatan pementasan 'monolog' nanti,

terima kasih segalanya,
dan segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah SWT,

terima kasih kak selina.

salam hormat kepada kak selina,
salam hormat kepada azli shukri,
salam penuh kasih sayang,
zul rahman

Puteri Hutan Nipah said...

Saudar Azli,
Saya berasa sungguh sedih membaca pengakuan Puan Selina, beliau sanggup bersara kerana tidak tahan melihat gelagat manusia di tempat kerjanya yang berhati batu.

Kalau sebuah kematian pun tidak dapat menginsafkan atau mengubah sikap orang yang berkuasa (mungkin penindas) di sana, memang sudah amat parahlah keadaannya; kalau diukur dengan tahap selesema babi yang sedang melanda sekarang sudah mencapai tahap 5, berapa pula tahapnya di bahagian M? Dan apa pula langkah-langkah yang diambil oleh pihak DBP?

Saudara Azli,
Rasanya sudah tibalah masanya saudara berjumpa dengan Tan Sri Timbalan Perdana Menteri/Menteri Pelajaran, mintalah YAB Tan Sri buat sesuatu demi menyelamatkan sebuah organisasi yang amat besar perananya dalam pembentukan tamadun bangsa dan pembinaan negara bangsa.

Saudara Azli,
Kami sandarkan harapan yang menggunung ini di atas bahu saudara, sanggupkah saudara memikulnya?

datoadil said...

KENAPA HARUS BERSARA?


Saya kurang mengenali Saudari Munsyi Dewan (Puan Selina). Tetapi sangat mengenali Suami Beliau,

Sajaknya yang saya suka ialah

"Tidak Dapat Ku Lupakan"

Siapa lagi kalau bukan Profesor Lim Swee Tin.

Saya ucap tahniah dan terharu sekali membaca coretan dan pengakuan kekecewaan beliau. Rupanya apa yang dikatakan saudara Azli benar dan jangan disangsikan lagi.

Jadi siapa yang kepala batu ini, tentulah ketua bahagian yang kata saudara Azli dalah satu hikayatnya dahulu bergelar Mat Letup.

Siapa sebenarnya mat letup ini, samseng sangatkah orangnya. Atau garang sangatkah. Atau tinggi sangatkah ilmu karang-mengarangnya.
Setanding Datuk Samad Said yang menulis Novel Salina atau setanding Datuk Shahnon yang menulis Shit dan Ranjau Sepanjang Jalan. Apa hebat sangatkah Mat Letup ini sampai tak mahu dengar cakap orang lain.

Jadi sekarang kita pilih, kita mahu semua pencinta bahasa bersara awal atau siapa. Dewan Bahasa bukan untuk sesiapa mengejar pangkat tetapi dayus dalam perjuangan bahasa, penakut mempertahankan bahasa ibunda atau hanya sibuk bercakap kosong di kedai bucu (meminjam kata-kata saudara Azli).

Maka kalau hati tidak lagi senang, apa harus ditunggu lagi. Lebih baik bersara. Betul kata Saudari Munsyi Dewan, baik luangkan usia yang tersisa bersama anak-anak dan keluarga.

Jadi semua orang tentu tahu, kenapa harus bersara awal?

Dato Adil
Kedah.

datoadil said...

DEDIKASI BUAT PUAN SELINA LEE


Ketika kau melangkah ke menara
Menara dari darah pejuang bahasa
Kau punya hati untuk mengerti
Bahasa perlu ditatang dan diperjuang

Namun kau mengerti juga
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan itu
Pudar bukan oleh cahaya
Tetapi oleh tangan kotor
Mereka yang mengaku pejuang
Walau mereka sebenarnya hanya temberang.

Jadi harus bagaimana lagi
Untuk engkau mengerti
Jika di kota tersergam itu
Dipenuhi hantu-hantu bisu
Jembalang-jembalang
Atau mahkluk dari sumpahan zaman silam
Yang tidak punya telinga?






Dato Adil

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas komen tuan2 sekalian.