Tetamu Kehormat...

April 6, 2009

Anwar 2009 : Bernafas Di Dalam Lumpur


ANWAR IBRAHIM 2009
Bernafas Di Dalam Lumpur



Saya sempat ke Bukit Gantang sebentar tadi, mendengar ucapan Tun Mahathir, di samping meninjau-ninjau markas UMNO/BN di sana. Dalam kesibukan tugas harian dan menghadiri mesyuarat di Pulau Pinang, saya masih ada masa untuk turun padang walau pun tidak lama. Melihat kepada begitu ramai yang hadir bagi mendengar ucapan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad, teringat saya seolah-olah beliau masih merupakan Perdana Menteri kita semua.


Bolehlah saya gambarkan bahawa, kekuatan UMNO dan PAS di Bukit Gantang agak sama-sama kuat, dan kedua-dua parti berada dalam keadaan 50-50. Yang menarik minat saya pada kali ini adalah cara ucapan Tun Mahathir menceritakan bagaimana kaum Cina dan India di Malaysia harus bersyukur dengan kehidupan dan menikmati pelbagai kemudahan di negara ini, berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Jika di negara lain, kita tidak akan dapat melihat kewujudan sekolah kebangsaan beraliran Cina atau India. Sebaliknya, di Malaysia sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini telah dipertahankan, malah turut diberi layanan istimewa oleh kerajaan melalui pelbagai bantuan.


Namun demikian, Anwar Ibrahim memang gemar menaikkan rasa sentimen perkauman dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia - pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh beliau kepada BN/UMNO yang sebelum ini pernah beliau sertainya, merupakan gambaran yang jelas berkenaan kelakuan dan hakikat sebenar diri Anwar itu. Malah, janji demi janji yang ditaburkan oleh Anwar Ibrahim tidak pernah berupaya ditunaikan. Segelintir penyokong PR yang taasub masih terus menyokong dan mempercayai cerita dan janji Sang Rajuna Tapa ini.


Anwar merupakan pemimpin pembangkang yang ketika ini seolah-olah sedang bernafas di dalam lumpur - tatkala DS Najib diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia - beliau sudah berupaya menunjukkan keikhlasan dan kejujurannyang yang sebenar, dengan segera turun padang berjumpa rakyat bagi membuktikan bahawa kepimpinan yang bakal dilaksanakannya kelak adalah kepimpinan yang bersifat mesra rakyat. Apa-apa yang diperjuangkan oleh Anwar, turut sama diperjuangkan oleh DS Najib. Membanteras rasuah, menjamin ketelusan dalam pentadbiran, mengkaji semula akta ISA, dan berjanji untuk melakukan pelbagai transformasi (mungkin juga yang bersifat radikal) dalam pentadbiran kerajaan dan UMNO, sedikit sebanyak telah melenyapkan suara "keramat" Anwar yang acapkali melaung-laungkan slogan retorik tahap tinggi seperti "Keadilan untuk Semua", "ketelusan", "Reformasi", "Harapan Baru", "Nasionalisme Baru" dan banyak lagi motto Anwar yang sebenarnya penuh dengan tipu daya dan pembohongan.


Anwar, jika diamati dengan cermat, hakikatnya semakin terpinggir dan dipinggir dalam kalangan pemimpin parti pembangkang sendiri. Terdapat idea-idea mengarutnya yang kurang dipersetujui oleh DAP dan mungkin juga PAS. Satu tabiat Anwar yang mudah dikenalpasti adalah sifatnya yang suka menabur janji dan membuat pelbagai kejutan. Kononnya mahu membongkar itu dan ini - realitinya, rakyat yang menjadi mangsa atas segala penipuan dan pembohongannya. Tidak cukup dengan isu 16 September, kini Anwar mahu membuat kejutan "April Fool" pula, dengan dakwaan akan mendedahkan "sesuatu" yang sangat penting kepada rakyat setelah PR menang diketiga-tiga kawasan pilihan raya kecil kelak pada hujung bulan April ini.


Hakikatnya, Anwar tahu bahawa adalah sukar untuk PR menang di ketiga-tiga kawasan tersebut dalam keadaan rakyat semakin yakin dengan kepimpinan DS Najib dan meragui janji-janjinya selama ini. Jadi, mengapa mesti Anwar menunggu sehingga tamat pilihan raya kecil, jika beliau benar-benar mahu rakyat mengetahui "Rahsia Besar" tersebut? cakap sahajalah waktu sekarang - biar rakyat sama-sama menilainya, sama ada betul atau pun tidak? Jika ia benar maka beliau dan PR akan beroleh keuntungan, tetapi jika tidak wujud, maka sekali lagi rakyat telah ditipu.


Anwar telah menyebabkan rakyat menjadi semakin muak dan bosan dengan cara "Politik ala-Dedah Mendedah" ini, akhirnya rakyat tidak memeperoleh apa-apa keuntungan pun. Saya lihat Anwar semakin gelisah dan bimbang jika benar DS Najib akan membuat transformasi besar-besaran ke atas UMNO dan kerajaan, jika hal ini benar-benar berlaku, maka Anwar dan PKR sudah tidak relevan lagi, maka beliau boleh mengucapkan selamat tinggal kepada "Kerusi Perdana Menteri" yang diidam-idamkan selama ini.


Pada pandangan saya, kemenangan UMNO di Bukit Gantang - jika UMNO menang ia merupakan satu bonus, dan jika tewas itu tidak bermakna UMNO semakin lemah. Realitinya, rakyat masih menunggu dan melihat apakah reformasi dan transformasi yang dijanjikan oleh DS Najib akan dilaksanakan oleh beliau dengan sepenuhnya dalam masa terdekat ini. Oleh yang demikian, ujian yang sebenar bagi barisan kepimpinan UMNO dan DS Najib adalah dalam PRU Ke-13 kelak. Itulah medan terbaik sama ada Anwar masih terus relevan, ataupun sebaliknya. Wallahualam.

44 comments:

hanis said...

benar

ZHARIF said...

sama seperti pendapat saya dalam entri terbaru di blog.
Pengikutnya akan menjadi followers in waiting kepada Prime Minister in waiting.

Anonymous said...

Difahamkan bekas Perdana Menteri yang juga merupakan Imam Besar parti ‘ Umat Melayu No Otak’ iaitu Dr. Mahathir Mohammad akan turun untuk membantu jentera kempen Barisan Nasional di PRK Bukit Gantang.

Cuma bila tarikh dan masanya masih belum ditetapkan lagi. Mungkin ia bergantung pada keadaan kesihatan diri Imam Besar tersebut yang kini nampaknya seperti kurang sihat dan kurang bertenaga.

Di sini timbul sedikit persoalan bila mana ada pihak-pihak tertentu dari parti ‘Umat Melayu No Otak’ ini masih mahu mencadangkan agar Dr. Mahathir dilantik sebagai ‘Penasihat parti UMNO’.

Persoalannya bagaimana nak jadi penasihat, kalau dirinya sendiri pun sudah tidak berapa sihat?

Apa pun jika benarlah Dr. Mahathir akan turun berkempen di Bukit Gantang, maka kita selaku umat Melayu yang ada otak ini ingin tahu apakah isu-isu yang ingin disampaikan oleh Dr. Mahathir kepada pengundi-pengundi di Bukit Gantang.

Kenapa saya bertanya begitu?

Ini kerana bila Dr. Mahathir mahu berbicara atau menyentuh mengenai apa saja isu, ia sudah pasti akan memberi makna seperti berikut:

1) Jika isu rasuah - beliaulah bapa rasuah.

2) Jika isu politik wang - beliaulah bapa politik wang.

3) Jika isu kedaulatan Raja-raja Melayu - beliaulah penderhaka sebenar pada Raja-raja Melayu.

4) Jika isu perpecahan orang Melayu - beliaulah yang memecahbelahkan masyarakat Melayu sebelum ini.

5) Jika isu kemiskinan orang Melayu - beliau adalah bapak kekayaan kroni-kroni UMNO.

6) Jika isu bahasa Melayu - beliaulah petualang sebenar yang meminggirkan bahasa Melayu dan bahasa jawi.

7) Jika isu keruntuhan akhlak dan moral - beliaulah yang menghanyutkan anak-anak umat Melayu dengan tumbuhnya pelbagai program-program hiburan yang melalaikan.

8) Jika isu pengajian tinggi - beliaulah yang mengwujudkan banyaknya University dan Kolej swasta sehingga pelajar-pelajar umat Melayu tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran di kolej dan universiti swsata kerana kosnya yang terlalu tinggi.

9) Jika isu perpaduan ahli-ahli UMNO - beliau juga yang sentiasa mengkritik pucuk kepimpinan UMNO. Contohnya [Di sini]

10) Jika isu kesetian pada parti UMNO - beliau sendiri telah keluar meninggalkan parti UMNO dengan cara paling kurang sopan iaitu semata-mata mahu 'menghina' Pak Lah.

Kesimpulannya kehadiran Imam Besar ‘ Umat Melayu No Otak’ ini hanya untuk tatapan ahli-ahli UMNO di Bkt gantang sahaja.

Manakala bagi umat Melayu yang ada otak di Bkt Gantang, mereka tidak akan merasa apa-apa kesan pun dengan kehadiran manusia yang bernama Mahathir Mohamad yang sudah tidak relevan lagi untuk arus politik di Malaysia pada hari ini.

Malah kehadirannya nanti mungkin akan menambahkan lagi perasaan benci dan meluat di kalangan pengundi-pengundi Bkt Gantang pada Barisan Nasional.

Anonymous said...

sy bersetuju dengan saudara

Anonymous said...

ralat: *sy bersetuju dengan saudara*

saya bersetuju dengan penulisan saudara azli..

ondastreet said...

saya terasa anon 5.59pm ni macam familiar sahaja...tak mengapa..komen itu komen copy & paste...

walauapapun, dalam banyak2 tu, ada satu yang ketara di mata saya..no 8:"Jika isu pengajian tinggi - beliaulah yang mengwujudkan banyaknya University dan Kolej swasta sehingga pelajar-pelajar umat Melayu tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran di kolej dan universiti swsata kerana kosnya yang terlalu tinggi"

Kawan, peluang pendidikan tinggi bukan sahaja di kolej2..tetapi juga di universiti awam. Kita ada UiTM khas untuk bumiputera. UM, UKM, USM, UIA mana saudara nak campak?

Saya rasa saudara ni melayu, tetapi tak memikirkan jerih orang lain. Janganlah parahkan keadaan dengan komen tak berhati perut. Kolej2 itu dibuka bagi memberi peluang kepada yang tak dapat melanjutkan pengajian tinggi di universiti tempatan. PTPTN ada sebagai bantuan. Jangan membuta tembak. Kaum lain boleh berusaha, takkan melayu tidak boleh?

Anda pun, belajar di mana? Tempatan atau luar negara? kalau luar negara atau kolej, baguslah, tempat anda tu sekurang2nya diberi kepada orang lain. Kalau tak, faham-faham sendirilah.

Anonymous said...

Alo Kengkawan, Anon 5.59 tu Anjing KJ(SUKJ Melayu sesat kerana UMNO sesat).
Dia serang Tun bagi pihak boss nya Kera Jamaludin.
Mungkin KJ bagi dia tak cukup,itu yg menyalak sampai terjelir lidah nak upah lebih.
Dia habis2an bodek KJ tapi dia pun takut kalu KJ kencing dia sebab tu dia nak tunjuk dia paling setia.

Dato' K said...

nape tak upload gambar? nak tengok jugak berapa ramai yang datang ceramah dan yang datang untuk jamuan makan... :)

kluangman said...

Anon 5.59..

Apa yang penting sangat dengan Mahathir, dia cuma roti canai teloq berbanding dengan roti canai kosong yang baru bersara dan roti bom yang terlepas jawatan idaman.

BN kalah atau memang, apa sangat yang jadi kudis kepada Mahathir, dia datang berkempen sekadar nak cuci dan rawat kurap peninggalan bapa mertua dan anak menantu.

Tapi kalau BN menang - yang dapat piala bukannya Mahathir tapi Najib, yang di usung ke Tanjong Rambutan bukannya Zambri tapi Nizar dan Anwar.

Mahathir tidak relevan sebab dia sudah menang banyak kali, Paklah terpelanting, Anwar tertiarap dan KJ kepanasan.

Ignore Mahathir - kata2 orang yang kecewa, ye ke???? Habis tu kenapa sebok, kenapa beri komen panjang, kenapa gentar!!!

Anon 5.59 ...Mahathir tak baguih tapi awat hang dok buat analisis dongeng panjang2 sangat..benci2 sayang kot.

Muhammad Azli Shukri said...

anony 5,59 saudara mungkin masih sayangkan Mahathir seperti kata kluangman, sebab tu masih bimbang kalau2 Tun M masih ada auranya lagi..hampir semua ahli politik dalam umno kini adalah anak didik T M, dia tahu sangat cara anwar, cara najib dan cara pak lah..so biarlah dia berkempen.

Mukhriz Maksum said...

Tun M tak pernah berani bertempur secara adil dengan anwar. Semasa krisis 1998 Tun M mengambil jln mudah dgn memenjarakan sahaja musuh politiknya. esok kita akan lihat sejauh mana kehebatan Tun tanpa sebarang kuasa eksekutif menentang karisma anwar.

Anonymous said...

che det hanya bernasib baik sebab zaman beliau penggunaan internet masih belum meluas seperti zaman pak lah. Rakyat diperbodohkan melalui media perdana tanpa ada sebarang cara alternatif yang betul2 signifikan untuk menjawab segala tohmahan.

umno lama said...

bila la mantan presiden kimma ni nak berenti berpolitik. Dia tak sedar ke segala kecelakaan yang berlaku di malaysia semenjak lebih 25 tahun lalu adalah berpunca dari dasar kuku besi yang dipraktikkan untuk mengekalkan kuasa beliau

Anonymous said...

kasihan tun,

sampai sekarang masih dihantui anwar dan anwar tak pernah melayan serangan-serangannya

Anonymous said...

awal2 dah bagi alasan kekalahan UMNO :) kalau menang bonus kalau kalah bukan indikator. hurm

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Azli,
Ada sesorang menulis komen di atas: "che det hanya bernasib baik sebab zaman beliau penggunaan internet masih belum meluas seperti zaman pak lah. Rakyat diperbodohkan melalui media perdana tanpa ada sebarang cara alternatif yang betul2 signifikan untuk menjawab segala tohmahan."

Saya rasa, penulis komen tersebut mungkin berusia awal 20-an sekarang dan ketika Anwar disingkir 10 tahun lalu penulis itu baru berumur 10-12 tahun. Justeru sipenulis komen itu sekadar meneka-neka keadaan ketika itu.

Untuk makluman, sekitar 1999 media internet bukan sahaja begitu popular malah dianggap 'sumber rahsia' yang amat hebat. Demikian kagumnya orang ramai terhadap internet ketika itu sehingga jika seseorang berkata bahawa saya baca di internet mengenai saudara 'Anon' tadi pernah bersetubuh dengan ibunya sendiri, maka orang ramai akan terus percaya. Hal ini kerana internet ketika itu dianggap 'kristal ajaib' atau 'cermin sakti' yang mampu membongkar apa sahaja maklumat.

Benar, akses internet tidak sebanyak sekarang namun pihak-pihak yang mempunyai internet akan mencetak maklumat yang diperolehi dan menyalinnya sebanyak mungkin untuk diedarkan secara percuma kepada orang ramai.

Muhammad Azli Shukri said...

wadaat - satu hujah yang sangat baik

setakat ini saya malas nak menjawab anony ni, sebab apa, mereka ni baling batu sembunyi tangan, takut nak tunjuk nama sebenar. Ini masalahnya pengikut anwar.

Cool Guy said...

Assalamualaikum.....
Maaf saya mencelah....
Apa yang kita nak gaduhkan sangat, Politik ni kalau nak dibahaskan sampai bila bila pun tak habis... Masing masing dgn pendirian dan hujah masing2. Yang pastinya, yang mana yang taksub dgn umno akan mengatakan umno itu betul walaupun pemimpinnya mungkin korup dan zalim begitu juga dgn pihak yang satu lagi...
Jadi jgn buang masa kita dgn menambah dosa mengata dan menghina org lain.. Cukup masa kita pangkah yang mana kita yakin benar..

Sinis Malaya said...

Salam saudara azli,

syabas!

aka MP-MelayuPuchong

Muhammad Azli Shukri said...

cool guy - kebenaran mesti ditegakkan, kita memangkah pun adalah berasaskan kepada analisis ahli2 politik dan rakyat awam juga akhirnya, wallahualam.

- iNtaN @ kEcHik - said...

saya bangga menjadi anak Malaysia yang semakin maju di bawah pemerintahan Tun Mahathir. biar apa sahaja org lemparkan kata-kata yg tidak berasas, saya tetap sayang Tun Mahathir. Tanpa beliau, tidak mungkin saya berada di sini, belajar dengan sempurna dan bakal menggulung ijazah seterusnya membantu anak bangsa Malaysia..

bagi sesiapa yang bodoh mengutuk Tun, maaafla kalau dikatakan anda semua memang tak sedar diuntung..

otak anda takkan sehebat Tun yang sentiasa membawa kemajuan kepada negara Malaysia disamping menjaga kepentingan rakyatnya..

sedangkan negara lain berebut mendapatkan fikiran dan otak beiau, kita pulak memperlehkan beliau.

Cakap je la dengki~~~~ huhuhu

*maaf jika terkasar bahasa, hanya pandangan daripada seorang mahasiswi yang bangga menjadi rakyat Malaysia

J said...

cheguman, mungkin anda tersilap. pada tahun 1998 penggunaan internet sangat minima dari segi jumlah informasi dan informer yang ada. maklumat yang disampaikan juga amat diragui kesahihannya. Namun pada zaman pak lah sudah berubah. akses kepada internet amat senang. orang kampung juga sudah tdk kekok mengaplikasi internet explorer dll mnakala integriti dlm penyaluran maklumat juga semakin meningkat dgn adanya rule of law dan sumber2 lain untuk mengsahihkannya.

Anonymous said...

intan@kechik,

anda masih muda untuk menilai secara rasional kenapa anda benci dan sukakan sesuatu. sila belajar dengan rajin dan jangan jadi pencacai umno yang hilang punca bila dah dapat keje nanti.

kluangman said...

iNtaN @ kEcHik ... teruskan berfikiran secara rasional dan positif kerana itu adalah cara pemikiran yang sihat dan tidak fanatik atau condong kepada mana mana individu secara keterlaluan.

Jagalah diri dan fikiran dari perkara yang dilihat manis tetapi sebenarnya racun. Jauhilah paku karat dan paku longgar, pembelot atau penderhaka dan mana mana yang bersekongkol dengan anti-hudud.

Banyakkan bersyukur, melihat kebaikan daripada kejahatan kerana itulah ilmu yang di amal.

ai said...

salam azli.. ;)

-sesak napas anwar! heh heh

LADYILA said...

salam azli...
nak tergelak tengok awak letak gambar belut ker tuh? mmg sesak lah anwar. saya di sungai petani, tgk keadaan yang melucukan org anwar dah panas punggung dah!! hahah.. insyallah kita tgk keputusan petang nih...

Anonymous said...

anti hudud? rasanya umno.. penderhaka? rujuk balik sejarah politik malaysia dan anda akan tahu siapa mahathir.

kes cabul said...

Rakan-rakan anda mencabul sorang pun tak nak menuntut keadilan. asalkan umno semua nak sorok (klik link)

ZHARIF said...

Datang untuk membela
Imuniti Raja dihapuskan untuk melindungi sistem beraja. Kalau raja terus melakukan kesalahan dengan imuniti yang ada apa akan jadi pada negara?Rakyat akan bangun memberontak dan akan berakhir sistem beraja Melayu sepertimana yang belaku di Nepal. Lagipun raja2 yang melakukan kesalahan akan dibicarakan dalam mahkamah khas di bawah artikel 182 dan hakim2nya terdiri daripada CJ sendiri dan ketua2 hakim yang dilantik oleh majlis raja2. Artikel 183 pula memperuntukkan bahawa tiada tindakan diambil ke atas raja kecuali dengan consent peguam negara. Ingat raja adil disembah raja zalim disanggah.
UiTM satu bukti bahawa orang Melayu masih mendapat tempat di universiti. Universiti swasta dibina atas modal pihak swasta bukan modal kerajaan. Jadi kenapa perlu persalahkan kerajaan?Siapa yang mampu bukalah IPTS tapi orang Melayu masih lagi ada tempat di IPTA. Lagipun tak semua IPTS tu terdiri daripada bukan Melayu. Anak Melayu masih hidup.
Isu kemiskinan- sebelum pentadbiran Tun M kemiskinan di Malaysia melebihi 70% dan sekarang cuma 5%.
Kalau Tun M sudah tidak relevan maka saya cadangkan supaya anon ni pergi bukak blog chedet.cc dan tengok setiap entri blog beliau akan mendapat lebih dari 100 komen. Blog anda macamana pula?Cakap biar berasas jangan sampai kebencian tu menutup perkara yang sebenar.
Kalau suci sangat DS Anwar tu maka saya minta semua yang sedang membaca komen saya ni cari baik majalah Asiawekk November 1993 dan tengok apa Anwar cakap pasal Satanic Verses.Itulah komen pemimpin suci anda terhadap karya seorang Islam yang telah murtad. Apa hukum menyokong orang murtad?Sila jawab sendiri.
Sekadar mempertahankan yang benar.

prebetsabu said...

insyaallah... kebenaran pasti terserlah jua...

yang busuk akan terus mereput, yang benar akan terus menyinar...

Kuasa Rakyat!!

jay786 said...

anonymous??? sape dia nie... tak payah layan lah di anie... asyik nak hentam orang je... semuanya tak betul.. yang betul mana nampak... nntah2.. dia ni pun tak betul jgk... adalah tu yang nak tak dapat.....

zul rahman said...

salam hormat az'li shukri,
salam cheguman, dan salam hormat kpd semuanya,

internet
________

1.) apabila pak lah kata:
"baguih, bagi rakyat malaysia kita berilmu, bagi kat kampung-kampung pun buleh dapat akses internet, itu semua cara kita berkomunikasi, itu semua ilmu, kalau orang nak cari ilmu, jangan kita dok pi sekat, bagi depa peluang" -PM5

apabila pak lah kata lagu tu, tak dak pulak kita dengar orang-orang kampung (yg tidak tahu rasa berterima kasih) hantaq surat kata "terima kasih", malah, ada pulak yang lagi dok seronok kutuk pak lah dalam e-mail,

depa lupa pak lah buat (persetujuan-approved) prasarana akses internet kat semua satu malaysia melalui TMNet, Broadband la, Steamix la, luluskan beli komputer pakai duit KWSP la, dan macam2 cara lagi, depa lupa...

2.) bila tun mahathir buat menara berkembar petronas, depa kata macam-macam 'macam'.

dulu, (lama dulu) satu dunia tau dunia melayu, tanah melayu melalui nama melaka dan negara kedah, tapi lepas tu?
eropah tahu asia jauh sebagai tempat rehat musim panas (pulau pinang) dan beberapa tempat di tanah melayu yg lain, yang mana tempat-tempat pakai nama mat salleh, contoh: cameron highland, fraser hill, georgetow dan macam-macam.

lepas tu, selepas zaman kolonial habis, tak dak dah orang kenai malaya,
tapi bila tun mahathir but menara petronas, waktu tu satu dunia kenai malaysia.
tau kot mana? kot internet la.

3.) bila tun mahathir buat lapangan terbang-klia, depa kata macam-macam "macam", satu dunia taw malaysia, kot mana? kot internet la.

4.) tun mahathir buat pulak sepang-f1, satu dunia mai, mai melawat malaysia la, sebab dah ada perkara 1,2,dan 3, kot mana depa mai dan depa taw, kot internet la,

5.) bila dah kukuh, tun mahathir buat pulak 'cyberjaya' untuk pengukuhan internet cyberaya, depa kata macam-macam "macam",
depa lupa sapa dok jaga internet kita, entah-entah, pusat kawalan 'jaring' malaysia pun depa tak tau kat mana. (satelite besaq tu ada kat tepi hi-way? pi la tengok)

6.) tun mahathir buat pulak 'putrajaya', apa depa tak kata? depa kata macam-macam "macam", lalu tun mahathir kata apa?
"emm, biaq pi la, dah depa nak kata, kata pi la" - PM4, (kata-kata lagu tu lebih kurang sama lagu kata2 sedara dia la, pak menakan tun m kalau tak salah, tunku la, sapa lagi-"kata pi lah" -PM1,

7.) tak cukup dengan putrajaya dan cyberjaya, tun memang ketegaQ' (stuborn) pantang mengalah, tun mahathir pi tambah pulak dengan pembinaan jambatan-jambatan yang dipanggil "signature bridge", depa kata macam-macam "macam", depa lupa untuk tujuan apa jambatan itu.

8.) lepas tu, pak lah pulak sambung buat LRT, Monorail, double track train, dan macam-macam lagi, untuk apa? depa lupa jugak...


jadi, awat yang saya dok pi cerita panjang lebar ni, buat apa,
nak habaq bagi, perkara 1,2,3,4,5,6 dan 7 dan 8, dan tak mau berenti ni...

semua-semua ni ada dalam internet la,
nak tau bila orang mula dok kata kat malaysia dan dok "searching for malaysia", sejak awaln tahun 90-an lagi dah depa dok cari dah,

dan terbuktilah depan mata, telinga, kaki hidung saya, mat-mat saleh kat eropah dok "searching for malaysia-petronas twin tower" pada tahun 1994, masa tu baru dok tengah buat, baguunan tengah dok naik, tahun mula: 1992,
tahun siap: 1998,
jadi, kami dapat kat mana sumber2 maklumat tu? internet la,
dok mengaji kat sana mana nak dan balik, mat-mat saleh punya dok kutuk kata macam2 pasai depa pelik macamana "malaysia" buleh buat "banggunan tetinggi di dunia"?

tahu tak betapa bangganya apabila kami dapat membentangkan projek akhir tahun dengan mengambil tajuk "menara berkembar petronas" sebagai bahan 'presentation'?
apa kata mat salleh itu?
:
"now you have proven that you are the malays who lives in a famous far east country,
the place who was founded long before 1786 by frank swetenham and franciss light, few hundreds years ago,
no wonder everybody wants to go there" -D.Richardson, M.Cohen R.Chudley, etc etc.

kita lah yang lupa, nak tau pasai apa tun mahathir buat "petronas twin tower"? pi tanya kat tun soalan ni, saya dah tanya dah, dia nanti menangis dulu, lepas tu baru dia jawab, pi la tanya, awat tak mau tanya? pi tanya.. piiii...

kalau anda tak mau pi tanya, maka sah-lah anda cuma nak main politik saja dengan isu-isu politik,
tapi anda lupa, ada satu lagi para yang lebih tinggi daripada politik',
dan para yang lebih tinggi itu adalah para yang paling rendah (permulaannya) bagi para-para yang lebih tinggi selepas itu,
dan jikalau anda tidak faham apa maksud saya, tak perlulah anda bertanya lagi,
dan jikalau anda faham, saya mengucapkan syukur, Alhamdulillah, dan 'segala puji dan pujian itu hanyalah kepada Allah Azzawajal'

tidalah berani saya menulis sebegini jikalau tanpa ilmu dan fakta.


jadi, pada perkara yang tersebut diatas,
pada perkara 1,2,3,4,5,6,7,8 dan seterusnya:

malaysia kita sudah bangkit,
melayu sudah bangkit,
bangkit,
bangun,
bergeraklah wahai pejuang,
kerana demi apa?


demi agama, bangsa dan tanahair!



mohon ampun dan maaf, maafkan aku sahabat, aku tahu, aku telah terlebih bicara, kerana aku jua menulis dengan cinta, kaseh sayang dan airmata.
-zul rahman

Iszuani Humairah said...

Salam bro Azli-san yang di anggap unggul oleh para blogger dunia, untuk makluman bro, blog bro ini telah mendapat pemerhatian luar biasa daripada seluruh dunia. Ini saya dapat maklumat daripada rakan-rakan saya dan bekas pelajar saya yang sekarang bekerja dan belajar di rantu orang. Dengan kenaikan YAB DS Najib yang hebat, melalui blog bro, maka ramai yang mengucapkan taniah kepada beliau dan mengharapkan pentadbiran yang hebat daripada neliau. Walaupun bro merasakan 50-50 kemenangan UMNO di Bkt Gantang dan @ lagi kaw lain, bagi firasatisnisem saya. UMNO akan menang di ke 3 tiga kawasan tersebut di tambah lagi dengan pertolongan TUN dan keyakinan rakyat kepada UMNO. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bro Azli kerana dengan adanya blog yang hebat ini, kami rakyat biasa yang tidak tahu apa-apapun tentang hal-hal politik itu sedikit sebanyak ddapat menyuarakan pandangan masing. saya juga amat berterima kasih kepada lain-lain blogger kerana melayari blog yang hebat ini terutama nya kepada mata-mata ahli politik. Bro Azli, nampak nya ucapan -ucapan DS Najib guna dalam pengucapannya , bnyak menggunakan idea daripada saudara Azli. ini bermakna mungkin YAB DS najib juga terbiasa melayari blogger bro. taniah.Jangan d layan Blogger yang katak bawah tempurung hanya makan ruang kosong saja. bila hujan barulah kalut nak melihat dunia.
Ya Allah selamatkanlah anak-anak serta isteri kami.YA Allah berikanlan kemudahan dan keberkatan kepada pemimpin kami agar tenteram negara kami dan ampuni lah kesilapan dan kesalahtafsiran kami semasa melayari blogger yang the great ini. Amin

zul rahman said...
This comment has been removed by the author.
zul rahman said...

salam hormat kepada az'li shukri yang kami sayangi,

mohon bantu meletakkan teks ucapan tun mahathir di bukit gantang tempohari.

sebuah ucapan yang pasti kita semua akan mahu membaca lagi dan lagi suatu masa nanti.

ucapan-ucapan tun mahathir adalah sama seperti cerita p.ramlee,
tak jemu baca, tak jemu tengok, tak jemu dengar.

tun mahathir masih ada, tetapi tan sri p.ramlee sudah tiada:

nasihat saya, jikalau ada masa atau kesempatan,
pergilah berjumpa tun mahathir dimana-mana, dan ucapkanlah "terima kasih" seikhlas-ikhlasnya, (dan jikalaulah didalam hati ada sedikit atau banyak kegusaran, maka letakkanlah penentuan suara hati itu dan serahkanlah kepada Allah SWT yang Maha Mengerti dan Maha Mengetahui akan segalanya)
tun mahathir adalah pemimpin,

ucapkanlah "terima kasih" seikhlas-ikhlasnya,

salam hormat,

Chairman Kaga said...

Sah BN kalah, dah sah 100%. Yang kita tunggu komen dari blog UMNO yang masih membenam kepala masing masing didalam pasir
MAKKAL SAKTHI

Tie said...

Salam ziarah...makcik tumpang lalu...

Tu gambar kat tepi...macam pelik je...gambar ketua pemuda..hmm... muka tu macam bukan muka khairy, ke saja2 letak gambar org lain ?

Makcik ni rabun sikit...he he..nak berpolitik pun memang tak pandai dan tak minat.

Tapi harap benar PM baru kita ni akan mulakan perubahan kepada yang lebih baik. Nampak sangat bangsa kita sudah kurang dihormati...malah agama kita dihina pulak...

Bangkitlah bangsa ku...bangkitlah dan terus maju. Sedih rasanya kerana ramai yang terlalu leka dengan kebendaan dan keduniaan...

pulasperut said...

aku pun baru smpai dr bkt gantang nih. kte tgk lah nanti

matmulutmurai said...

mat pelik lah.. mmg penggunaan tidak meluas, tetapi tun M yg membawa rangkaian intenet kesini. dan di namakan MSC. jadi mustahil juga kalau mahathir tidak tahu keberkesanannya.. mat tak nafikan paklah mmg silap kerana memandang rendah kemampuan iCT.. jadi kenalah "tulah" nya.. mat tak baca lagi komen ni sampai abis.. mat sibuk ker kawasan pilihanraya. nak tengok saper bapak kroni terbesar di malaysia? mat akan susulkan datanya.. kita menegakkan kebebasan bersuara, tetapi orang lain kita nampak buruk, kita kata orang lain autokratik, ttpi mereka lebih dari yang diperkatakan.. itulah fanatik...

Anonymous said...

dan keputusannya ialah : UMNO ditolak di dua bukit!!!! Mahathir dan Mukhriz sudah tidak relevan

Anonymous said...

kalau bukan kerana dr mahathir, dah lama malaysia lingkup masa 1997.

nak harap anwar ibrahim (general degree bahasa melayu), hampeh.

tu pun dia dok dabik dada kononnya dia terror dalam ekonomi. bukti dah depan mata pun puak pr boleh percaya si anwar ni.

tapi dr mahathir tak pernah pulak dabik dada yang dia lah penyelamat ekonomi 1997.

modus operandi anwar senang saja. kalau ada orang yang dia boleh perbodohkan, dia akan perbodohkan orang tu.

tapi kalau dia tak boleh perbodohkan, dia akan elak orang tu.

nampaknya, ramai juga yang kena bodoh dengan anwar terutama puak pas.

pada saya, anwar ni seumpama dajjal mata dua yang mengambil kesempatan di atas orang yang desperate.

orang akan nampak macam dia maksum tapi sebenarnya di belakangnya bertaburan najis.

maka berduyun-duyunlah puak pr, pas terutamanya (dulu hentam, la ni puja)datang membersihkan najis supaya nampak bersih.

malangnya bau najis tetap ada.

itulah anwar ibrahim. bapa segala penipu.

Aduka said...

Three straight lost in a row in Parliament by election for UMNO. After losing Permatang Pauh and Kuala Terengganu, the rakyat has given Najib his third eggs. He received the first two as campaign director for Barisan Nasional and the third as BN’s Chairperson.

It is also the first defeat for Mahathir Mohamed after enjoying so much supports from the opposition supporters during his exile period.

It looks like UMNO has become less popular now with Mahathir Mohamed returning to the party he created in late 80s.

Perhaps, it’s time for UMNO members to force Najib to fully use the space emptied by 13 inmates in Kamunting.

It is also perhaps time for the people to march to the Palace in Kuala Kangsar to show their undivided loyalty to the Sultan of Perak and to beg forgiveness for voting to outs the Sultan’s decision in a by election perceived as referendum on the Sultan’s decision.

Overall it is not a bad result for BN as they only lose 1-2 to the Pakatan Rakyat

http://kickdefella.wordpress.com/

Abal Kasim said...

Sama ada menang atau kalah di dalam sesuatu pilihan raya, pihak kerajaan kena melihat dimanakah kekurangan kemajuan yang disediakan di sesuatu kawasan supaya di pilihan raya akan datang, insya Allah, akan beroleh kejayaan.

lastbloodz91 said...

saya berharap blog seperti ini mampu menjana minda.. terutama nya kepada owg melayu.. yg semakin dikucar kacirkn di tanah air sendiri..
dan ingatlah.. sejarah mungkin berulang