Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i
Memimpin Kebijaksanaan
Comments
Jangan bunuh diri dah la ye.
Ingat Tuhan banyak2 okey.
Pencalunan yang banyak daripada bahagian2 untuk TS Muhyiddin Yassin adalah mencerminkan kemahuan akar umbi ahli2 UMNO di seluruh negara.
Amatlah malang sekali sekiranya perwakilan tidak dapat menterjemahkan kehendak kebanyakan ahli2 UMNO. Janganlah pisang berbuah dua kali.
Mohon jauhkan Allah dari seorang yang kotor menjadi pemimpin kita.
Apakah harapan terakhir ini pun akan dicabul? Wallahualam...
Malam tadi, kita dikejutkan dengan kemenangan orang hitam dari pihak pemuda yang akan mencorakkan kertas putih UMNO.
Hati-hati dengan orang tersebut, kerana beliau boleh mengotorkan kain putih UMNO
Perwakilan khianat! Suara akar umbi melalui pencalonan yang banyak kpd Muhyiddin & Mukhriz nampaknya dikhianati oleh paa perwakilan.
Saya amat yakin BN bakal tumbang dalam PRU13.
sama juga dengan kes KJ.. biarkan beliau dengan jawatan parti beliau,, tetapi jawatan kerajaan seharusnya dilantik sebagai menteri dalam kabinet najib..
sungguh licik dolah lembik main politik,,, turun perlahan-lahan tetapi tinggal askar untuk menembak najib secara senyap...
respons bagi kemenangan khairy..cuma harap jangan jadikan ini sebagai satu sebab untuk semua keburukan..yang salah tetap nanti akan tiba masa untuk dihukum..
Amacam, buleh senyum dah mike? Udah le, perwakilan buat keputusan, ada menang, ada kalah.
Mukhriz tewas, tapi Muhyidin menang!
Patutnya mike buleh senyum le, ada juga pemimpin yang mike ramal menang tu berada di tempatnya. Tapi, peh ni rasanya mike kena 'pancung' dek orang Khairi di KK. Takleh cari makan kalu gitu..
Teman tertarik baca motto Khairi: SETIAKAWAN.
Jadi, mungkin dia akan rapatkan kembali saf pemuda yang renggang sebelum ni.
Persoalannya, boleh ke dia?
Apa yang saya nampak, mengapa MM kalah dalam pemilihan adalah disebabkan persaingan 3 penjuru. Undi penentang KJ berpecah dua antara MM dan KT. Kalu kita lihat pertandingan NKP yang melibatkan persaingan 2 penjuru, pengundi yang tidak menyukai Rizal Merican akan sepenuhnya mengundi Razali Ibrahim....Untuk Timb. Presiden, jika KM Melaka tidak terkeluar dari persaingan, kemungkinan keputusan tidak seperti yang diharapkan...apapun keputusan telah muktamad, kita perlu bersatu untuk UMNO....