Skip to main content

"Semalam, Saya Menerima SMS daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin."



HENTIKAN SEGALA FITNAH


Saya agak tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Ali Rustam semalam, bahawa tidak timbul isu konspirasi untuk menjatuhkan beliau melalui Lembaga Disiplin. Kenyataan tersebut turut disambut oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dengan menegaskan bahawa ahli-ahli UMNO perlu menerima keputusan tersebut, serta memikirkan kepentingan UMNO melebihi daripada kepentingan individu.



Yang menarik perhatian saya adalah, terdapat satu mesej yang sangat jelas bahawa apa-apa yang sedang berlaku ketika ini merupakan pertembungan antara "pemimpin UMNO yang berimej bersih VS pemimpin UMNO yang berimej tidak bersih", malah terdapat usaha yang meminta mana-mana pemimpin UMNO yang mempunyai imej tidak baik dan bersih, disaran berehat dahulu daripada politik, serta pikirkan terlebih dahulu kepentingan parti dan kehendak akar umbi. Saya mengucapkan kesyukuran, tatkala Datuk Seri Ali Rustam, mengakui kesilapan beliau dan berharap agar para penyokongnya bertenang dan seterusnya mempunyai kebebasan bagi memilih calon yang dikira sesuai untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO kelak. Namun demikian, yang menjadi masalah di sini bukanlah Ali Rustam, sebaliknya penyokong Ali Rustam yang tidak berupaya menerima keputusan tersebut.



Hal ini adalah sangat jelas, kerana begitu ramai ketua-ketua UMNO Bahagian yang bergantung harap dengan projek dan tender dari negeri Melaka. Golongan inilah yang sebenarnya marah dan memberontak. Menurut mereka, "apa nak jadi ni, abislah masa depan dan tender aku kalau Ali tak bertanding, kalau Ali menang, dapatlah projek sedikit." Kenyataan seumpama ini adalah lumrah di dalam UMNO. Ini adalah sistem yang diterima pakai oleh UMNO sejak begitu lama. Susah untuk mengubahnya. Sistem "bergayut" kepada pemimpin atasan sudah sebati di dalam UMNO, bahkan dengan sistem ini jugalah digunapakai untuk meraih sokongan dan pencalonan. Sistem ini banyak merosakkan UMNO, kerana ramai yang tidak berupaya membezakan antara politik dengan perniagaan. Jika UMNO mahu bersih, sistem ini mesti dihapuskan, melalui pemilihan kepimpinan UMNO yang dibuka kepada seluruh ahli UMNO-maka perkara tersebut mampu diubah.



Inilah yang menjadi dilema dalam sebahagian besar perwakilan UMNO. Mahu memikirkan tentang "perut sendiri" atau mahu memikiran tentang agama, bangsa dan negara? Tetapi banyak yang memilih untuk menjaga "perut sendiri" - lantaran itu, para perwakilan akan memilih calon yang mampu memberi imbuhan dan membalas jasa mereka kembali jika mereka mengundi calon tertentu.



Saya sedih keadaan ini, kerana kita tidak memikirkan tentang dosa dan pahala. Mungkin Ali Rustam tiada masalah untuk menerima keputusan Lembaga Disiplin tersebut, tetapi bagaimana pula dengan para penyokongnya? Apakah para penyokongnya akan "membalas dendam" terhadap Lembaga Disiplin dengan mengundi Tan Sri Muhd Taib, agar memastikan Tan Sri Muhyiddin Yassin tewas? Ia agak terlalu jauh untuk diramalkan, kerana macam-macam boleh berlaku di saat-saat akhir ini. Kita tidak tahu, mungkin dengan tiba-tiba Datuk Seri Najib memberi "signal" terakhir, yang menunjukkan bahawa beliau menginginkan Muhyiddin sebagai timbalannya - maka saya percaya para perwakilan yang menyokong Ali Rustam akan berpaling dan menyokong Muhyiddin kembali. Itu adalah sikap dan sifat sebahagian perwakilan. Hakikatnya, para perwakilan menunggu "tanda" yang akan diberikan oleh Najib.



Sebenarnya, selagi sistem pemilihan tidak dibuka kepada seluruh ahli UMNO yang berjumlah hampir 4 juta itu, maka UMNO akan menghadapi masalah yang sama pada setiap kali berlaku pemilihan dalaman. Saya sangat berharap, agar UMNO dan kepimpinannya yang akan datang menyerahkan kepada akar umbi untuk memilih pemimpin yang mereka suka dan yakini. Janganlah diterhadkan kepada perwakilan semata-mata untuk mengundi.



Saya sangat simpati terhadap Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Mukhriz yang dituduh kononnya terlibat dalam konspirasi mencemarkan nama Ali dan Khairy. Petang semalan saya sempat menghantar SMS kepada kedua-dua pemimpin tersebut, memberi sokongan moral dan berkongsi rasa sedih - itu sahaja yang upaya saya lakukan kepada kedua-dua orang pemimpin yang baik ini. Tepat jam 6 petang Datuk Mukhriz membalas SMS dan menyatakan, "InsyaAllah, saya bersabar." Dan tepat jam 7.56 malam pula Tan Sri Muhyiddin membalas SMS saya dengan menyatakan, "Terima kasih Azli, kerana sudi membantu." - saya sebenarnya sedih dengan nasib yang menimpa mereka, dituduh sebegitu sekali. Sedangkan mereka ini merupakan antara para pemimpin UMNO yang ikhlas untuk melihat UMNO pulih dan bersih. Kepada Allah kita berdoa semoga mereka memenangi jawatan masing-masing dan seterusnya mengubah UMNO menjadi lebih baik. Amin.

Comments

hanis said…
insya Allah.
Allah bersama dengan org yg bersabar.
Budak Kampung said…
kesabaran Muhyiddin akan memenangkan beliau!
add said…
Sabar-sabar la juga, tapi persediaan dan strategi mesti dibuat.Insya Allah calon pilihan akarumbi akan memperoleh kemenangan.
Unknown said…
Kalau kau perasan. Sinar Harian ada quote blog kau dalam ruangan Blog. Eh Wanie Dawama baru meninggal dunia. Maklum tak?
azlishukri said…
budak kampung - betul tu

add - betul

anuar - berkenaan sinar harian tu aku tak tahu, tetapi pasai wanie tu aku dah tahu daripada nazir, dia call semalam, terkejut aku dia baru sahaja kahwin. tak sangka, dia banyak tolong majalah aku dulu. Semoga Allah merahmatinya.
Anonymous said…
Sukar untuk rakyat, terutama ahli UMNO mempercayai bahawa kes Ali Rustam bukan konspirasi. Ini kerana tindakan Lembaga Disiplin UMNO dilihat tidak menyeluruh. Kalau Ali Rustam didapati melanggar tataetika, beliau patut diberi amaran, digantung keahlian atau dipecat terus. Seseorang yang masih menjadi ahli yang sah tetapi dilarang bertanding (boleh mengundi) adalah sukar diterima. malah ramai yang masih sangsi dengan hukuman tersebut. Imej Ali Rustam tercemar, tetapi jawatan KM Melaka tidak terjejas. Ini satu lagi isu.

Apa sahaja alasan yang diberikan, orang tetap menganggap bahawa melarang Ali Rustam bertanding, bererti memberi laluan kepada Muhyiddin menduduki kerusi nombor dua. Melihat kepada angin politik semasa, perwakilan UMNO lebih condong kepada Ali Rustam.

Semua orang tahu bahawa Ali Rustam bukan setakat setia kepada UMNO, malah setia kepada Pak Lah juga. Ini yang menjadi ketakutan musuh politiknya.

Pada pendapat saya, UMNO sedang berda di titik "penentuan" yang sukar dijangkakan.
azlishukri said…
putera bumi - ini pun satu lagi dilema ahli-ahli UMNO
Salam Azli

Saya menulis di dalam blog saya, sanggupkah UMNO memikul beban KJ sebagai seorang yang bersalah dan perasuah?

Sanggupkah UMNO memikul beban Mohd2Taib sebagai org bersalah yang tidak mengaku boleh berbahasa Inggeris?

Semua isu ini akan memberi peluang pihak pembangkang memenangi hati rakyat

Rakyat tidak akan terima pemimpin yang telah dijatuhkan hukuman sebagai orang yang bersalah, apa lagi yang berkaitan dengan rasuah

Bring this point to perwakilan!
Anonymous said…
bro..selagi gejala rasuah masih tebal dikepala ahli2 umno ni...selagi tu lah rakyat akan memingirkan umno...this is fact
azlishukri said…
Mantra - sebenarnya perwakilan tahu semua itu, tetapi mereka tersekat untuk memikirkan antara habuan dengan kepentingan rakyat
Anonymous said…
Apa yang harus kita lakukan banyakkan berdoa dan biarkan Allah tentukan siapa yang akan terpilih nanti.. Janganlah kita bermusuhan sesama sendiri..Harap perwakilan akan memberi undi yang terbaik demi kebaikan UMNO...

Harapan org yg terpilih itu benar-benar dapat membawa Malaysia ke arah keamanan dan kemajuan selaras dengan tuntutan Islam.
azlishukri said…
irene - betul saya sangat bersetuju
Anonymous said…
Semoga Muhyiddin menang
Keseluruhannya - yang membunuh UMNO dan musuh UMNO adalah orang dalam, ahli dan penyokong sendiri.

Senerio ini kekurangan dalam parti pembangkang kerana mereka belum begitu lama berkuasa, tetapi di parti yang begitu lama berkuasa seperti MCA dan MIC, kenapa tikam belakang dan politik wang kurang kedengaran.

INi masalah UMNO atau masalah orang Melayu? Nik Aziz dan Hadi di PAS pun sudah mula retak... Anwar dan Timbalan KM Pulau Pinang pun dah tak sebulu...
azlishukri said…
kluangman - saya juga perasan akan hal tersebut, ini masalah orang Melayu, bukan masalah UMNO semata2
zedmagel said…
Bro Azli,

Saya tidak melihat ini satu konspirasi politik pihak atasan, jika ada bahan untuk dibuktikan terjadilah natijahnya. Saya slaute pada YAB Datuk Seri Ali Rustam, beliau tenang dan terbuka menerima hukuman. Ahli-ahli UMNO perlulah menghormati keputusan lembaga displin UMNO, jika bukan kita siapa lagi?

Jika dikira semua orang, memang tidak dapat kita penuhi semuanya. Lantaran itu saya melihat lembaga displin mungkin telah menjalankan tugasnya.

Ikut saya sendiri, sememangnya lebih banyak lagi yang perlu dihalusi....
Anonymous said…
Bro, senang cerita tinggalkan lah kapal yang dah nak tenggelam ni. Dah nak tenggelam dek terlalu beratnya rasuah. Rasuah sukar dipisahkan dari UMNO.

jika umno nak hapuskan rasuah ibarat 'Penagih Tegar Nak Hapuskan Dadah'. Lucu bukan?
Anonymous said…
Marilah kita sama-sama menadah tangan memohon doa dari ALLAH SUBHANAHUWATAALA semoga kemenangan berpihak kepada pemimpin yang bersih. AMIN!
Anonymous said…
Saya juga ada menghantar SMS kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan telah dijawabnya. Walaupun dia begitu sibuk tetapi dia dapat meluangkan masa untuk membalas SMS dari saya yang tidak dikenalinya.
PaKMie said…
Salam Azli dan kwn2...

Percayalah, jika kita tdk tersilap pilih pemimpin negara semasa Persidangan Agong Umno nanti Malaysia terus gak dan Umno akan bertambah kuat.

Najib, Muhiddin dan Mukriz mampu merubah, meletakkan Umno BN sebuah parti dan komponen dalam BN menerajui negara dengan pentadbiran yang lebih tersusun, berani dan tegas.

Sy juga tetap menyokong dan bersama barisan muda/pelapis yg diketuai oleh saudara Azli...

Asalmualaikum dan salam perjuangan utk semua, demi agama,bangsa dan negara.
ifin said…
azli...
anda di tagged by me!
Anonymous said…
Semua bangsa Melayu berjiwa parti PEKEMBAR..
Merasa sungguh sedih melihat pergolakkan dalam parti UMNO (PEKEMBAR).

Saya percaya parti UMNO perlu berwajah baru dengan singkatan PEKEMBAR yang pada dasarnya roh Islam untuk orang Melayu.

Semua masyarakat menganggap UMNO(AMENO). Adalah pencetus kekacauan, perasuah, pembolot harta rakyat, pembodek, kaki kipas dan sebagainya.

Maka wajah UMNO perlu kembali kepada penjenamaan semula. Kembali kepada sejarah penubuhan PEKEMBAR.

ADAM AMIN
KG. Jerlun, Kedah.
Azli ..

perasaan tidak puas hati penyokong ali terutama di Melaka dan juga di negeri lain tidak boleh dibendung lagi ..

UMNO ini semua terdiri drpd ahli perniagaan ,kontraktor di setiap negeri bukan di Melaka shj .JIka pemimpim besar UMNO datang ke tempat mereka dan berkempen ,cukup hebat mereka support dan jaga .

perkara ini tidak boleh diubah lagi azli ,peringkat bahagian semua kebanyakkan yang menang tauke2 ,kontraktor bukan golongan profesional spt Doktor ,Cikgu,Jurutera dan sbg ..

susah untuk kita ramalkan samada mereka akn menyokong muhyidin @ tidak . Signal Najib pun belum tentu dpt merubah perasaan org tengah marah ..
kuanderas said…
Saudara Azli,
mohon mobile jika tak keberatan.

Thanks
Kuanderas
Anonymous said…
semoga Allah memberi jalan keluar. sebagai generasi muda, apa yang saya dan rakan harap-harapkan ialah satu komuniti yang bersatu bukan sahaja kerana bangsa tetapi kerana Allah juga. alangkah baik kiranya pemimpin2 sedar bahwa mereka bukan sahaja memerintah malah juga diperintah, oleh kuasa yang lebih besar, Allah. adakah mustahil utk kita kembali kepada islam? soalan yang sering bermain di fikiran saya, kenapa kita tidak mengikut sejarah nabi? bukankah sudah jelas tercatat dalam sejarah islam ttg kegemilangan stlh dtgnya islam?
~lari dr tajuk. ini mungkin luahan dari hati dan fikiran yang masih keanak-anakkan.~

teruskan berjuang. semoga Allah bersama-sama anda dan semoga kita terus dirahmatinya~amin~
Brahim Nyior said…
Pekabo Yob?

Mike ke PWTC jugak ke nanti? Jadi pemerhati ke? Tentu le idak jadi perwakilan. Dalam UMNO, orang menongkah arus susah ke tengah..

Pasey Muhyidin dan Mukhriz tu, rasanye masih ada harapan, tapi macam mike tulis, semuanya bergantung kepada Najib juga adanya.

Tapi ada satu lagi kuasa yang menentukan, Allah s.w.t. Itu dah pasti. Adik teman yang dok Putrajaya, peluang Muhyidin agak kelam, sebab dia agak biadab.

Teman tanya di mana biadabnya. Dia kata, puak UMNO Putrajaya(baca: Menteri-menteri kabinet) anggap kenyataannya kekadang mendahului Paklah dan Najib..

Hai, payah jugak kalu tak sehaluan atau sependapat, ye?

Mike, di Kuale Kangso, idak ke dianggap serupa itu?
Penggali Kubur said…
Saya memang suka baca tulisan saudara yang berisi dan waras. Tetapi TAJUK tu saya tak boleh blah.

"Semalam, Saya Menerima SMS daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin."

Wajarkah ini dijadikan tajuk posting?

Padahal bukan cerita pasal SMS.

Lagi satu, banyak pulak gambar-gambar dengan politician & VIP. Apa motif? Apa kena-mengena dengan kandungan posting?

Saudara ni gila publisiti kah?

Bagilah tajuk yang kena-mengena sikit. Kita kan belajar karangan masa sekolah dulu. Cikgu kata, tajuk mestilah relevan dengan karangan yang ditulis.

Saya cuma bagi komen membina. Maaf kalau berlaku agak 'kureng'.

Sekian, wassalam.
PARPUKARI said…
SALAM TUAN, SAYA HARAP YANG KEDUA-DUA PEMIMPIN INI AKAN MENANG, INSYA'ALLAH..

TPM - TS MUHYIDDIN
KP - DATO MUKHRIZ

BERANI BERUBAH!
Leenoh said…
Salam,
Biarlah Islam mengajar dan mendidik orang Melayu. Insya Allah selamat.
Saya berdoa agar pemimpin yang bersih menang dalam pemilihan nanti tetapi pemimpin yang bersih tentulah mengharapkan pengundi yang bersih.
Jika di luar sana ramai manusia yang tidak bersih, maka mereka tetap akan menyokong pemimpin mereka tanpa ambil kira bersih atau sebaliknya.
Sebab itulah kita sangat memerlukan Islam untuk menambahkan jati diri orang Melayu.
TULIS ONLINE said…
Salam Blogger,

Tertarik dengan tajuk.. hehehe
azlishukri said…
saya tak sempat nak membalas semua tulisan saudara semua. tetapi satu sahaja yg hendak saya jawab, posting saya dengan gambar tokoh2 tu hanya perhiasan, dan tak ada kena mengena dengan nak cari publisiti atau apa2 sahaja, ini adalah blog peribadi saya, dan saya rasa tak salah jika saya nak letak gambar apa2 pun selagi ianya tidak haram. Wallahualam.

Pilihan Pembaca

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca