Tetamu Kehormat...

February 20, 2009

Kenali Datuk Mukhriz Mahathir Siri Ke 4


DIARI LAWATAN KE PALESTIN DATUK MUKHRIZ BERSAMA
TUN MAHATHIR MOHAMAD


Oleh Dato' Mukhriz Mahathir


Siri Kedua (Kenali Datuk Mukhriz Mahathir Siri 4)



Penduduk Palestin kini terpaksa berpindah ke kawasan tembok yang bersebelahan dengan Palestin apabila mendapati tembok tersebut telah memisahkan mereka daripada jiran dan saudara-mara mereka. Selain daripada itu, Israel turut membina sistem lebuhraya yang ditinggikan sehingga memisahkan kawasan dan daerah-daerah Palestin. Kesemua kawasan yang terangkum dalam tembok tersebut pula menjadi tanah jajahan Israel, termasuk Baitulmaqdis. Betapa sedihnya realiti di belakang muslihat pembinaan tembok ini – pemaksaan penduduk Palestin ke daerah-daerah Palestin yang kian mengecil dan pembentukan negara Israel yang bertambah luas.



Walaupun rundingan yang diawasi Washington sedang diadakan antara Palestin dengan Israel, hakikatnya, semua mengetahui bahawa hanya Israel akan menentukan kesudahan masalah ini. Sebagai kuasa yang jauh lebih kuat daripada Palestin serta mendapat sokongan politik dan ketenteraan daripada Amerika Syarikat, sudah tentu Israel tidak akan mengendahkan sebarang tekanan sama ada dari dalam mahupun luar.



Seperti yang terbukti berulang kali, Israel akan melakukan sesuka hatinya walaupun mencabuli hak asasi manusia. Tidak ada sesiapapun, termasuk Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu yang mampu memaksanya agar menghormati undang - undang dunia.



Kini, peratusan penduduk Palestin yang hidup dibawah paras kemiskinan adalah 60 peratus. Dengan sekatan yang pelbagai jenis, dan prasarana seperti tembok dan lebuhraya yang menghalang kegiatan ekonomi setempat, rakyat Palestin telah banyak kehilangan kuasa ekonominya sendiri. Ini juga merupakan salah satu taktik untuk mengusir mereka supaya keluar mencari makan di negeri- negeri jiran.



Perdana Menteri Palestin menggambarkan, cita-citanya untuk melihat Israel mengundur ke garis sempadan yang dipersetujui pada tahun 1967, dengan Baitulmaqdis dikembalikan sebagai ibukota Palestin. Hanya penyelesaian seperti ini sahaja yang akan membolehkan Palestin memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi seperti yang telah dilakukan Malaysia. Kata beliau, Palestin perlu belajar dari “great experience” Malaysia ini.




Rombongan kami dibawa ke makam Allahyarham Yasser Arafat dekat Muqatah, iaitu pejabat Presiden Palestin. Satu majlis serba ringkas yang menyayat hati dilangsungkan di mana ayahanda saya dengan diiringi empat orang askar Palestin berpakaian rasmi meletak bunga di atas pusara sahabat lamanya itu. Al-fatihah disedekahkan oleh semua yang hadir.




Seterusnya, kami dibawa melihat bahagian pejabat Presiden yang rosak akibat serangan tembakan kereta kebal dan sodokkan jentolak Israel. Kerosakan ini memberi gambaran bagaimana tertekannya Arafat sewaktu masih menerajui kepimpinan Palestin bila menghadapi cubaan membunuh oleh Israel. Di dalam pejabatnya pula seakan-akan sebuah kubu perlindungan (bunker) kerana tingkap ditutup dengan guni pasir bagi menahan sebarang tembakan penembak tepat (sniper) Israel yang sentiasa mencari kesempatan untuk membunuh Arafat dan orang- orang kanannya.



Kami tertanya-tanya bagaimana seorang pemimpin negara boleh mentadbir dalam keadaan perang seperti ini. Jelas, tidak adil bagi Arafat untuk berunding dengan Israel mengenai penyelesaian konflik mereka jika helikopter penggempur sentiasa mengelilingi pejabatnya dan kereta kebal pula menembak ke arahnya dengan sesuka hati.



Biasanya perundingan kedamaian dibuat dalam suasana gencatan senjata, tetapi ini tidak berlaku di Palestin. Terletak di dinding pejabat peribadi Arafat adalah gambar foto kesukaannya, iaitu gambar seorang anak kecil melontar batu kearah kereta kebal yang begitu besar. Inilah simbol darah perjuangan yang mengalir didalam setiap tubuh rakyat Palestin. Tidak seorang pun dari rombongan kami yang tidak kesian dan marah melihat kesengsaraan pemimpin agung Palestin ini.



Pegawai pengiring Palestin memberitahu kami bahawa Datuk Bandar Jenin sebenarnya telah mengatur lebih 400 anak sekolah untuk menyambut kami di Jenin. Bandar Jenin juga berhajat melantik ayahanda saya menjadi Presiden Kehormat Pembinaan Semula Jenin. Ayahanda begitu hampa kerana tidak dapat ke sana kerana kesuntukan masa akibat kelewatan yang disengajakan pihak imigresen Israel.



Oleh kerana kami juga tidak dibenarkan ke Baitulmaqdis, kami dibawa pula ke rumah sepupu Ahmed Qorei di Abu Dis dari mana kami dapat melihat persekitaran Baitulmaqdis dan Masjid al’Aqsa. Rumah itu terletak di atas bukit tetapi bersebelahan dengannya adalah tembok pemisah Israel yang berdiri 30 kaki tinggi dan mengelilingi Baitulmaqdis seperti ular yang berliku-liku. Ternyata tembok ini bukannya bertujuan untuk memisahkan orang Israel daripada orang Palestin seperti yang diumumkan Israel tetapi untuk mengambil alih secara haram tanah Palestin dan memaksa penduduk asal disitu supaya berpindah ke tempat lain.




Sekolah yang hanya 1 km jauh kini memakan masa 2 – 3 jam perjalanannya kerana anak sekolah terpaksa menyeberangi tembok di checkpoint yang diawasi askar Israel. Kalau tersilap susila, askar-askar ini akan membelasah anak-anak kecil yang tidak bersalah ini. Pekebun sayur-sayuran kini disekat daripada menjual hasil mereka di pasar tani, kerana terpaksa merentasi jalan yang amat jauh walaupun pasar tersebut sebenarnya hanya beberapa ratus meter sahaja dari rumah mereka. Semuanya ini adalah kesan daripada kezaliman rejim Zionis yang bersikap rakus dan angkuh.



Gambar : Tun Mahathir dan Datuk Mukhriz di hadapan Bangunan Pejabat Yasser Arafat yang rosak teruk dibedil oleh askar Israel.


Bersambung...

11 comments:

add said...

Tahniah MAS,DM dan TDM.
Inilah pemimpin yang diperlukan oleh rakyat dan negara untuk memimpin kearah yang cemerlang,gemilang dan terbilang(pinjam kata-kata bapa mertua KJ).
Kalau nak menilai usaha KJ apa dia? FAM -merudum jatuh.Pade doh 18 tahun pas memerintah kelantan? -bukan merudum tapi dah menjunam dan tersungkur lagi.Berpeleseran dikelab malam dengan wanita bukan muhrim? yes... itu adalah yang terbaik buat KJ.
Kepada Khir Toyo... rakyat selangor sudah tidak mampu melihat wajah berseri anda lagi, walaupun Nabi Muhamad dahulu pernah kalah dalam peperangan namun menag kembali dalam beberapa siri peperangan yang lain. Politik di Malaysia kita tidak boleh menggunkan kaedah zaman Nabi(bukan maksud saya menidakkan Nabi kita), Nabi adalah manusia Maksum disisi Allah, manakala KT ni saya rasa ....(no komen) la dari segi kemaksuman beliau...tapi apa-apa pun lebih baik dari KJ dan SUKJ la. Apa-apa pun kepada perwakilan pemuda UMNO... ingat !!! setiap pangkahan kepada KJ bermaksud kedurjanaan lah kepada anak-anak perwakilan sendiri serta kepada rakyat malaysia dan juga UMNO serta BN.

Muhammad Azli Shukri said...

add - saya setuju

Budak Kampung said...

satu lagi posting menarik Azli, Idup Mukhriz. Agak2 Bila Mukhriz nak jadi menteri pelajaran?

C.H.E Dayat said...

Kepada semua, lihatlah, bagaimana kita hendak memilih pemimpin.. adakah pemimpin yang hanya suka berlakon dan menonjolkan diri seolah2 dialah hero seperti khairy ataupun yang benar2 ikhlas seperti Datuk Mukhriz.. melalui posting ini saja kita sudah dapat melihat mana intan mana kaca.

Dimana imam hadhari dan menantunya ketika saudara seislam kta dibedil???

Salam.

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com

"saya sedang mengemaskini dan ingin menaik taraf blog saya, akan kembali pada minggu hadapan.. nantikan posting2 saya didalam blog kisah sebuah bangsa."

khairul anuar said...

sedih baca coretan ni.
teruskan perjuangan membela nasib palestin.

RAHISAM RAMLI said...

Di sebalik kesengsaraan mereka pasti ada cebisan kejayaan yang telah mereka lakarkan. Mungkin saudara Azli boleh bongkar kisah ini?

Muhammad Azli Shukri said...

budak kampung - Rezeki hanya di tangan Allah


Dayat - abang setuju

khairul - memang sedih

Rahisam - akan saya usahakan InsyaAllah.

hans said...

inilah pemimpin yang berani
pemimpin yang tak payah nak cakap satu dunia pun apa dia nak buat
alih2 dengar dah pergi sana dah...
bagus
hidup Dato MUKHRIZ

Azizahns said...

hati menangis, mata mengalir bila membaca kisah palestin..
hanya doa yang mampu saya lakukan.

Muhammad Azli Shukri said...

azizah - begitu juga saya

zul rahman said...

Alhamdulillah,
Segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah Azzawajalla,

Salawatu, Salawat a'la Muhammad(SAW),
Selawat salam kepada Baginda Muhammad SAW, serta kepada ahli keluarga baginda, serta para sahabat-sahabat baginda dan para anbiya yang terdahulu,

saudaraku az'li shukri yang sangat aku sayangi,

La ilaha illallahu,
"Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?"
-Sebuah syair agung (rujukan) yang sangat ingin daku hantarkan suatu waktu dulu kepadamu (dan kepada yang sudi),

Alhamdulillah,
kini, tibalah masanya untuk daku hantarkan jua kepadamu saudaraku, penghantaran ini adalah pada kadar daku jua dibacakan dan dipesankan-pesankan, demi masa,

Akrammakumullah,
saudaraku az'li shukri,
terimalah seadanya dirimu yang jua hidup dizaman yang sezaman denganku ini,

untuk itu dan untuk kesekiankalinya,
aku jua akan pergi belayar jauh, belayar terus (sailing & ride the storm), hingga aku bertemu engkau di pulau penantian itu,
(mana mungkin bisa aku mendahuluiNya)

bergembiralah serta bersabarlah saudaraku,
usahlah lagi dikau berduka lara,
terimalah dirimu seadanya saudaraku,
(mana mungkin bisa aku bicarakan tentang diriNYA)

dan dengan itu saudaraku,
demi masa, bergembiralah dengan perkhabaran ini, dan dengan ini, kepadamu pula ingin aku sampaikannya;


Syair Perahu
- Hamzah Fansuri

Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikan pun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.

Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.

La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.

Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.

Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.

Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.

Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca)

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.

Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.

La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.

~ Hamzah Fansuri

maka, berakhirlah sebuah episod,
sebuah episod yang sedih duka lara,
maka dengan itu,
salam hormat saudaraku,
salam penuh kaseh sayang kepadamu,
-zul rahman

April 18, 2009 9:27 PM