Skip to main content

Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa itu?


MONOLOG AZLI SHUKRI
BAB 12 : Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa Itu?



Saya agak lambat membuat respons berkenaan apa-apa yang telah berlaku di Kuala Kangsar, khususnya di Istana Sultan Azlan di Bukit Chandan baru-baru ini. Banyak sms saya terima yang mahukan agar saya segera memberi sedikit pandangan berkenaan isu tersebut, memandangkan bahawa saya merupakan anak jati Kuala Kangsar (kerana ayah dan ibu saya orang Kuala Kangsar dan saya juga dilahirkan di Kg Semat, Manong., K.K.) Saya percaya - seluruh ahli UMNO dan sebahagian besar ahli PAS dan PKR membenci tindakkan Karpal Singh yang cuba mengeruhkan keadaan dengan bertindak untuk menyaman Sultan Perak. Semua orang bersetuju bahawa Karpal Singh terlalu biadab dan kurang ajar dengan Sultan Perak. Dan semua ini akhirnya, menyebabkan kita membuat beberapa kesimpulan bahawa Karpal harus diambil tindakkan tegas - sekurang-kurangnya ditangkap dengan menggunakan Akta ISA, serta tidak kurang juga yang mahu agar beliau diharamkan masuk ke negeri Perak dan "kerakyataannya" turut ditarik balik.



Semua cadangan ini, menunjukkan bahawa, orang Melayu tidak gemar bermain dengan api perkauman dan maruah raja-rajanya. Sebagi anak jati Kuala Kangsar - apa-apa yang berlaku di Istana Sultan Perak tempoh hari sangat mendukacitakan. Dukacita kerana, saya sangat kenal akan penyokong-penyokong PAS yang berbaring di atas jalan raya bagi menghalang kenderaan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin untuk masuk ke pekarangan Istana. Mereka merupakan warga Kuala Kangsar - dan selalu pula berjumpa di pekan Kuala. Kecewa melihat tingkah laku mereka, serta sikap manusia yang mendabik dada, kononnya untuk memperjuangkan Islam tercinta.





Isu penderhakaan ini - telah membuka mata saya bahawa syaitan telah menang. Menang dalam mengalihkan perhatian kita semua daripada terus taat kepada Allah, Rasul-Nya serta Ulul Amri-Nya. Apabila Allah berfirman agar taatlah oleh mu kepada Allah, Rasul serta Ulul Amri dalam kalanganmu, tiba-tiba sahaja kita menjadi begitu jahil, dan seolah-olah tidak memahami akan perintah-Nya itu. Manakala, syaitan begitu halus dalam menipu dan memperdayakan kita semua. Dia berbisik kepada para penyokong PAS agar sama-sama berdoa dan bersembahyang Jumaat beramai-ramai di Masjid Ridhzuaniah dan Ubudiyah. Setelah kita taat menyembah Allah yang Maha Esa, marilah pula sama-sama kita berarak dan berdemonstrasi untuk menentang keputusan Sultan Perak yang didakwa zalim dan salah itu. Maka, tanpa kita sedar, setelah kita taat dengan bersujud menyembah Allah yang Maha Esa sebentar tadi, tidak sampai sepuluh minit selepas itu, kita kembali derhaka kepada perintah Allah, yang jelas mewajibkan umat Islam untuk taat dan patuh kepada Ulul Amri dalam kalangan kita (dalam konteks ini adalah Sultan) selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam.





Lantas, kita semua turut ke kaki tangga masjid lalu menjerit, membaling batu serta berbaring di atas jalan raya untuk menghalang Raja Muda Perak daripada masuk ke Istana - dengan satu matlamat yang jelas, yakni mahu menunjukkan protes serta rasa benci dengan keputusan yang telah dilakukan oleh Baginda Sultan Perak berkenaan isu pelantikan Menteri Besar Perak yang Baharu dan pelucutan jawatan MB yang lama. Maka - pelakuan ini sangat jelas menunjukkan kebiadaban dan ketidaktaatan golongan tersebut kepada Sultan Perak, Raja Azlan yang menjadi Sultan dan Ketua Negeri Perak Darul Rizdhuan. Begitulah mudah syaitan memesongkan kita semua. Dalam diam-diam kita taat dengan solat di masjid, dan kemudian kita berbuat dosa dan maksiat kepada-Nya dengan mengadakan demonstrasi dan menentang keputusan Sultan Perak.





Manakala, di sisi lain pula, sekali lagi syaitan berjaya memesongkan hati-hati ahli UMNO yang berjaya menunjukkan taat setia mereka kepada perintah dan keputusan Sultan Perak tersebut, dengan beramai-ramai berarak dan mengadakan rapat umum bagi mempertahankan institusi kesultanan Melayu Perak dan maruah Raja-Raja Melayu, khususnya Sultan Perak di Ipoh baru-baru ini. Namun demikian, kita dengan tiba-tiba "terlupa" atau sengaja melupakan tentang solat fardu Zohor dan Asar, apabila terlalu leka untuk terus "taat" kepada Kebawah Duli Tuanku Sultan Perak. Tanpa kita sedar, rupa-rupanya kita telah dilekakan dengan perjuangan politik dan tipu daya syaitan yang amat halus, sehingga kita taat kepada Sultan tetapi derhaka kepada perintah Yang Maha Agung. Akhirnya, orang Melayu hilang kedua-duanya. Dan hanyut dalam dua tipu daya yang merugikan kita semua.




Justeru itu, dalam kes yang berlaku baru-baru ini, saya dapati sebahagian daripada peyokong-penyokong PAS - sangat taat kepada Allah (dalam konteks solat), tetapi mereka lupa untuk taat kepada Ulul Amri yang juga merupakan satu kewajiban. Manakala, sebahagian ahli-ahli UMNO (di Ipoh ketika mengadakan rapat umum tempoh hari) begitu taat kepada Sultan Perak sehingga leka dan terlupa untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Akhirnya, yang menang adalah syaitan - mengambil kesempatan terhadap kejahilan dan kelalaian kita selama ini. Sesungguhnya, kita telah rugi dan berpecah-belah gara-gara kita jahil terhadap agama kita sendiri. Wallahualam. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.

Comments

add said…
Salam MAS,
Inilah dia penyokong UMNO yang majoritinya kurang taat kepada perintahNya.Dalam melakukan apa jua aktiviti anjuran UMNO, penyokong UMNO ni memang tidak begitu mengambil berat berkaitan mentaati kepadaNya.Ini lah yang sebenarnya punca segala musibah dalam UMNO, kerana segala aktiviti yang dianjurkan tidak mempunyai keberkatan.
Kepada pimpinan tertinggi UMNO, sedarlah bahwa Nur Islam dalam UMNO amat kurang kerana sikap kepimpinan itu sendiri. Kepada MB Perak sekarang, alhamdulillah, isterinya memakai tudung, dan harus diingatkan kepada anak-anak MB sekarang, ni agar menjaga tingkahlaku diri demi menjaga namai baik agama dan juga jawatan yang disandang oleh bapa beliau.
Admin said…
Setan sekor terlepas di blog saya!
Admin said…
Setan sekor terlepas di blog saya!
azlishukri said…
add - saya sangat setuju kata2 saudara. UMNO perlu menekankan soal agama.

desperado - hati2 tu.
NONG said…
Peristiwa Di Perak baru2 ni jelas menunjukkan ketaksuban manusia sesama manusia..Apalah salahnya jika bertenang dan buat perbincangan di meja perundingan.
Jelas di sini...bukan kuasa luar yang menghancurkan keamanan negara Malaysia, sebaliknya rakyat negara ini sendiri.Bia melihat kepada senario ini, dengan mudahnya pihak luar mengambil kesempatan membuat propaganda yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kita terus ke tangan mereka..percaya atau tidak, just wait and see la kalau pemimpin pelbagai parti kita ni saling bercakaran..
Dan kesempatan ini jugalah peluang besar kepada SYAITAN mengambil kesempatan untuk merosakkan warga kita..Apa tidaknya,dengan kemelut politik yang semakin memuncak, masalah sosial turut melanda dengan DASHYATNYA..
Kita yang kerdil hanya mampu menadah tangan memohon kepadaNYA perlindungan sedangkan para pemimpin kita hanya tahu menggadai hidup kita kearah kehancuran.. Terlalu pelik mereka ini.
Apa pun, sama2lah kita mendoakan agar negara kita tetap terpelihara dari sebarang kejadian yang terlalu genting..
erisya nor said…
setuju!umno kena berubah banyak sangat yang dah melencong dari perjuangan asal...tentang orang2 PAS tuh....biasalah...kekadang emosi terlebih sikit...

nampaknya cawangan erisya di PP dah sealiran ngan azli :) masih belum tukar cawangan sini....tak berapa berkenan :)...lebih selesa berkecuali
C.H.E Dayat said…
salam abang, setuju dengan pandangan abang. Ya, orang melayu ini memang agak gopoh didalam membuat keputusan dan juga agak fanatik dan taksub dengan sesuatu isu itu. sehingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar mereka sebagai khalifah di bumi Allah S.W.T. itulah yang amat saya kesalkan. Orang melayu akan jatuh ke tahap yang amat hina di masa hadapan akibat dari perbuatan bangsanya sendiri. kerana kita tidak pernah belajar daripada sejarah.

akan post di blog saya berkenaan dengan isu ini kemudian, sekarang tgh sibuk untuk cari tempat praktikal.

Hidayat Rashid

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
Pok Li said…
Berjuanglah dengan ikhlas. Pasti tiada syaitan yang mampu menggodanya.
Anonymous said…
Salam,
Biar apa pun tindakan yang kita lakukan biarlah berlandaskan kepada ajaran dan hukum Islam sekiranya kita ni orang Islam lah.Kalau ada yang menyimpang tu,baik balik ke pangkal jalan.Jangan sampai berterusan selama-lamanya.Apa yang berlaku dalam arena politik sekarang adalah petunjuk dari Allah agar menjadi pengajarang kepada kita yg bergelar ketua.
Unknown said…
Salam sdr. Azli.

Setan yang paling besar di malaysia ini sekarang ialah Setan tua yang Setanpal!
Tamindhari said…
Sekarang bukan masa untuk kita bercakaran sesama orang Islam. Sebagai anak jati Perak, dan menetap di Perak, memang saya amat-amat kecewa dgn apa yang berlaku sekarang ni.

Kat masjid, tak ada cerita lain, semua cerita pasal politik, puak A salahkan puak B, puak B salahkan puak A. Apa barang niiii??

Sekarang masa untuk ummat ini bersatu, bukan masa untuk mencari salah orang. Semua orang Islam kat Malaysia khasnya kat Perak kena fikir dan sentiasa berdoa bagaimana ingin satukan ummat ni. Bukan fikir bagaimana nak menangkan kumpulan aku, dan nak kalahkan kumpulan lawan!!! Kena fikir, bagaimana kumpulan aku dan kumpulan lawan (patutnya dlm Islam mana ada kumpulan2) boleh bersatu dan menjad Ummat yang satu.

Sikit lagi ada pilihanraya kat Bukit Gantang, RISAU AKUUU!!!! Makin banyak ler keji mengeji, umpat mengumpat, salahkan orang tu, salahkan orang ni. Macam mana nak bersatu kalau macam ni???

4 kejadian besar (kematian ummat Islam secara besar-besaran) telah berlaku di muka bumi ni.

1) Di Iraq. Puncanya kenapa? Perbalahan dua kumpulan Islam untuk mendapatkan pemerintahan negara.

2) Di Afganisthan. Puncanya kenapa? Perbalahan dua kumpulan Islam untuk mendapatkan pemerintahan negara.

3) Di Acheh (Tsunami). Puncanya kenapa? Perbalahan dua kumpulan Islam (GAM dan ABRI) untuk mendapatkan pemerintahan sebuah negara.

4) Di Gaza. Puncanya kenapa? Perbalahan dua kumpulan Islam (Hamas dan PLO) untuk mendapatkan pemerintahan sebuah negara.

So.. kat malaysia jugak sekarang perbalahan 2 kumpulan ummat Islam PAS dan UMNO untuk mendapatkan pemerintahan sebuah negara!

tak boleh ker UMNO ngan PAS ni bersatu? TAK PAHAM AKUU!!!
Nasihat yang berguna buat semua yang 'terkena kat batang Idung tu'.

Syabas kepada saudara Azli kerana menulis 'post' ini. Thought that this would be another Pro-Umno piece..rupanya untuk kepentingan Ummah..Alhamdulillah.
akan bergeraklah lalu kepulan awan yang menebal itu,
akan bergeraklah lalu cari dan duduki tempat sejati itu,

kata hati; jati diri,
kata diri; jati hati,

maka bergeraklah lalu diangin lalu,
terbukti sudah bahawa suara yang mengalas lalu itu bakal berlalu,

suara yang tak mahu rayau mancari tempatnya lalu,
suara yang tak mahu disia waktu,

suara yang mahu difaham tingkah laku,
suara jitu, suara satu


undur,
undur yang tenang beradap sopan,

undur,
undur cari susunan haluan,
tak gundah dek kalah,
tak gentar dek menang,

jitu, padu, satu.


bersabarlah azli,
salam hormat dari kami,
-tti
azlishukri said…
terima kasih atas komen2 sahabat semua - sememangnya UMNO perlukan berubahan, saya mesti bercakap perkara yang sebenar dan realiti, agar orang Melayu kembali bersatu.
Haula Hati said…
pendirian yang tiada kekuatan...

pengetahuan yang tiada kegunaan...

harap je msg2 cerdik....

tapi .......

hurm....

*jgn "digegar" kedaulatan sultan....kerna itu akan membinasakan...

kan??
kan??

=)
CIVIC Power said…
Begitulah tuan,
Sedih lihat mereka. Dan malunya mereka2 itu adalah org yng pergi smbhyang jumaat.. Adeh..
Saya Link blog tuan.
GELIgeli said…
cakap..jgn tak cakap..mike sebagai pelapis UMNO perlu..berani.Siapa lagi kalau bukan mike yang akan mengubah senario politik kuala.
GELIgeli said…
cakap..jgn tak cakap..siapa lagi kalau bukan mike..sebagai generasi pelapis UMNO..yang berwibawa.Harapan pada mike untuk mengubah senario politik kuala.
GELIgeli said…
tahniah..teruskan ..mike memang hebat..
GELIgeli said…
tahniah..teruskan ..mike memang hebat..harapan bagi pemuda kuala
GELIgeli said…
tahniah..teruskan ..mike memang hebat..
azlishukri said…
civic power - terima kasih

geli-geli - terima kasih atas sokongan.
farid ramli said…
Assalamualaikum tuan..

Saya rasa tuan dah silap paham antara tentang taat dan taksub. Sedangkan ulama-ulama hadith pn ada dikritik dalam penyampaian hadith mereka, inikan pula hanya seseorang raja mahupun sultan.

Dan bersikap adillah kita tiap kali menyampaikan berita. Sultan pun sedaulat mana pun dia, tetap boleh lakukan kesilapan. Dan jika kita tak tegur, maknanya kita dah zalim padanya. Sifat maksum hanya pada Nabi dan Rasul. Selain dari itu, hatta para sahabat yang paling rapat dengan nabi pun boleh melakukan kesilapan.

Dalam menjaga adat, agama jangan kita lupa. Jangan dipisahkan kedua-duanya. Jauhilah dari tergolong dalam golongan sekular tanpa kita sedari..

Wallahu 'alam
cik_mimie said…
salam..huhu..
blog politik rupenye..
smg dpt harungi situasi tegang di perak :)
Saya setuju dengan apa yang dikatakan dan digambarkan.... "Di mana syaitan dalm peristiwa itu?" Kedua2nye telah dipengaruhi oleh syaitan yang direjam....
TOK GEBOR said…
Itulah sebabnya UMNO dan PAS perlu bersatu.. UMNO memperjuangkan Kaum Melayu untuk mengubah Nasib kaum Melayu, Selaras saranan Allah dalam Quran.. Pas memperjuangkan hukum HUDUD (limit/max).. yang mustahil dilakukan melalui sistem demokrasi ciptaan ROM.. bukan dari Islam.. Hanya sistem khalifah/Raja(bukan melalui keturunan) sahaja boleh dilaksanakan HUDUD.. Demokrasi adalah bertuhankan rakyat.. ini akan menghancurkan Islam.. telah berlaku di turki dan Iran... jatuh ke tangan SYIAH (bukan Islam Sebenar).. tetapi masih mengekal IMAM (Imam 12).. telah membunuh ramai Ulamak Suni dizamannya..
uhang kinchai said…
The more I study religions the more I am convinced that man never worshipped anything but himself.
azlishukri said…
farid - saya berpandangan bahawa apa2 yang telah dilakukan oleh penyokong2 PAS jelas menunjukkan sikap tidak taat terhadap pemerintah iaitu sultan/raja.
wiseman said…
Salam..
mgkn agak kasar pertanyaan ni...

"adakah kita ni seorg ISLAM?..."

setiap masa percakapan + perbuatan+pergaulan+pergerakan = ader unsur2 negatif!...?

@ sekadar islam keturunan!..@ islam baka?...
pk2kan la...
azlishukri said…
wiseman - satu pernyataan yang jujur.
salam, saya rasa syaitan tak de kene mengena dengan semua yang berlaku. tetapi mentaliti orang melayu yang kearah itu... sampai bila harus begini???

sekarang pun kita lihat fenomena lompat - melompat menjadi tren. tapi tak de usaha yg khusus dalam menyelamatkan ekonomi malaysia yg masih boleh disselamatkan. takkan asyik nak dapatkan pandangan drpd tun mahathir dan tun daim je? kalau macam tue bila nak berdikari kan?

why not cuba dapatkan pandangan drpd generasi muda pulak/ saya lihat banyak je yg pandai2 dan berjaya. cumanya mereka tidak diberi ruang dan peluang pada masa yg sama tidak berminat dalam politik semasa.

terima kasih atas komen anda di blog saya.
azlishukri said…
bob - pandangan orang yang berpengalaman dan pandangan generasi muda dua2 perlu. tidak semua pandangan orang muda betul dan jitu.

tentang syaitan - ia tetap ada kene mengena dengan manusia. Mentaliti kita juga dipengaruhi oleh hasutan syaitan. Hal ini telah digambarkan oleh Allah dalam al-Quran. wallahualam.
Datuk Adil said…
Saya rasa dua-dua pihak adalah bodoh. Sebabnya, semua mahu menjadi hero. menjadi mangsa ialah sultan.
Baijat said…
terima kasih atas komen dan testimoni dari saudara - http://fromkl4u.blogspot.com/2009/02/sinar-pagii-follow.html
Cheguman said…
Tulisan saudara menguatkan lagi tekad saya untuk menyeru pada perdamaian.
singamaraja said…
Atok saya kata kalau contoh UMNO dapat kawan dengan raja , dengan mufti dengan menteri, boleh rompak orang dan dapat duit banyak
bluehope said…
BlueHope msh seolah2 tdk prcaya prkara seumpama ini bleh blaku di negara kita. Sungguh sedih krn slama ini kita baca berita ttg kekecohan di negera org lain tpi hari ini kita bleh baca ttg kekecohan di negara kita sndiri. Kekecohan yg dimulakan oleh ank jati M'sia sndiri. Kalau anak M'sia sndiri tdk mghormati rajanya, bgimana kita nak harapkan org luar hrmat dgn raja kita. Sedih...
bluehope said…
Salam dari BlueHope. U hve interesting and informative articles. I'll add ur blog to my list.
fahana_ann said…
em,ulasan buku oleh Dato Saifuddin Abdullah tentang buku tulisanbeliau 'Politik Baru' diUUM baru2 ni sangat mengubah persepsi saya tentang politik UMNO khasnya dan dan keseluruhan secara amnya.
Saya kagum dgn beliau dan juga tuan sendiri.Semoga ada pembaharuan untuk UMNO setelah berlakunya sgala2 yang sangat teruk dan memang sesetangah pihak tak memandang pada UMNO lagi.Cuma untuk diri saya yang masih melihat dan memilih, saya harap saya juga dapat lakukan sesuatu.Semoga perjuangan ini berjaya dan dapat melahirkan generasi yang mampu memartabatkan Islam juga setrusnya keamanan Malaysia yang berterusan.Moga agama tidak dipermainkan dalam memperjuangkan hak dan kebenaran..
assalamualaikum warahmatullahi wb,

'selagi mereka bernama manusia'

bumi malaysia ini bumi bertuah,
bumi malaysia serta apa yang ada pada penghamparannya adalah tidak sekali-kali sama seperti bumi iraq,
bumi afghan,
bumi afghan,
bumi acheh,
bumi bosnia
dan bumi-bumi yang lain,

bumi bertuah malaysia ini benar segala rupa bentuk nya adalah tidak sekali-kali akan sama dengan yang lain,
akan tetapi,
perubahan-perubahan lengguk perilaku manusia yang menghuni pada penghamparannya boleh jadi sama seperti apa yang ada di bumi-bumi yang lain,

tetapi tidak bagi bumi serta apa yg ada pada penghamparannya,
tidak sama sekali akan berubah dan engkar,
bumi dan seklian alam yang bertasbih, patuh taat setia terhadapa penciptanya,

tetapi kita,
selagi mereka bernama manusia,
lihatlah pada apa yang telah terjadi,
lihatlah pada apa pengajaran daripada Tuhan yang telah disampaikan melalui perantaraan kalam oleh para insan yang terdahulu,

penghuni-penghuni dibumi malaysia sudah seakan-akan telah berani mencabar yang Haq',
atau,
apakah mereka sudah bersedia untuk menerima pukulan ombak dan air yang dasyat?
atau apakah telah mereka bersedia untuk menerima bakaran api yang menjalar?
atau apakah telah mereka bersedia untuk menerima pukulan-pukulan angin yang dasyat?

kita telah menerima turunan air yang lembut melalui hujan,
lalu hujan membasahi tanah,
dan tanah telah berubah keadaan strukturnya,
lalu tanah telah bergerak menjadi runtuhan-runtuhan yang perlahan,
maka terkorban jua jiwa atas kerana runtuhan-runtuhan tanah sedemikian,
tidak kah kita memerhatikan,

tidakkkah kita memerhatikan akan pukulan-pukulan yang lembut yang mengigati kita untuk menginsafi perbuatan?

tidakkah kita tahu bahawa titisan-titisan air yang membenah ke dasar bumi itu sebenarnya takut untuk berhenti di atas penghamparan bumi lalu terus jatuh kedalam dasar yang paling dalam kerana takut akan kekuasaan penciptanya,

tidakakah kita memerhatikan bahawa air suci yang terbenam yang dinamakan 'air mineral' didalam tanah itu banyak khasiatnya,

kenapa air itu takut, membenam dan berselindung,
dan bukankah kita yang mencari, megggali dan mengoreknya keluar,


maka, apa pula halnya dengan kita,


'selagi mereka bernama manusia'


salam hormat,
terima kasih saudara azli shukri,
-tti, yg bersepakat.
f_24434 said…
salam..
wahh banyak info juga ye..
salam ziarah~

:)
Salam,,,
tumpang lalu,,,
Thanks 4 ur comment,,,
sy tertarik bc blog ni...
Memang perlu, agama adalah cara hidup kerana telah terlalu ramai dikalangan mereka telah hilang cara hidup mereka...
pemuda cheh said…
islam, ilmu, amal dan parti.
assalamualaikum...kita manusia di beri satu sifat iaitu suka memilih. kalau nak beli atau buat sesuatu pekerjaan kita mesti memilih untuk beli atau buat yang terbaik. sifat ini ada pada orang yang guna akal untuk memilih. ada satu lagi golongan suka juga memilih, tapi pilih benda yang tak baik. golongan ini ada akal tapi tak digunakan akal dengan betul. kenapa tak betul sebab nak guna akal mesti ada ilmu. tapi ada pulak yang ada akal, ada ilmu tapi masih tak pilih dengan betul lagi, sebab apa...sebab tak mahu beramal dengan ilmu yang dia ada itu tadi. walau ada akal dan ilmu masih tak mahu guna untuk pilih yang betul. sebab apa, sebab cintakan dunia. takut hilang kedudukan dan kemewahan jika pilih yang betul atau untuk menyatakan yang betul.

jika kita membuat amalan contohnya solat maka kita mestilah mempunyai ilmu untuk menunaikan solat. pokoknya, kita mesti tahu apa yang akan kita lakukan. jadi untuk solat, kena lah tahu rukun dan syarat-syaratnya sebelum bersolat. sebelum solat kena berwuduk. untuk berwuduk kena pula tahu rukun dan syarat-syarat berwuduk. jadi kalau rukun-rukun dan syarat-syarat tu tadi kita tak pasti, maka solat pun jadi tak sempurna.

samalah juga dalam soal berpolitik. kita kena guna akal dan ilmu untuk mencari amalan dan pegangan politik yang betul. dalam konteks kita sebagai umat muhammad s.a.w, politik yang mendapat kerehdaan allah di dunia dan akhirat. bukan politik untuk dapat habuan didunia saja.

jadi, politik dalam islam adalah melaksanakan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah keluarga, negeri atau negara dengan berlandaskan al-quran dan hadis. bukan berlandaskan undang-undang atau perlembagaan ciptaan manusia seperti perlembagaan ciptaan LORD REID. tapi ada orang kata, malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum, macam mana nak laksana undang-undang islam. senang saja jawapannya. dunia dan makhluk dalam alam semesta ini ciptaan siapa? al-quran diturunkan oleh siapa? jadi kalau penciptanya sama sudah pasti semua ciptaan dan kejadian itu adalah yang terbaik sebab allah maha mengetahui. allah yang mencipta segalanya sudah pasti semua ciptaan dan perintahnya itu adalah yang terbaik buat kita makhluknya. ada sesiapa yang berani kata undang-undang ciptaan manusia lebih baik dari undang-undang allah?

sama juga dalam soal memilih wakil rakyat kita. dalam konteks kita sebagai umat islam mestilah memilih wakil yang ingin melaksanakan islam. untuk pilih wakil yang ada cita-cita dan asas perjuangan begini, pastilah mereka dari parti yang menjadikan islam asas perjuangan. bukan parti yang memperjuangkan bangsa. yang mana ahlinya pun ikut bangsa. macam umno, parti orang melayu. orang cina, india atau iban tak boleh. tapi PAS walau apa bangsa pun boleh asalkan islam.

melaksanakan pemerintahan ikut perintah allah adalah wajib buat semua yang mengaku islam. sebab kita dah mengaku dan berikrar bahawa "tiada tuhan yang disembah melainkan allah dan nabi muhammad itu pesuruh allah". jadi kalau kita mengikut undang-undang selain dari undang-undang allah, maka siapa kita? malah ada yang kata undang-undang islam dah lapuk dan tak sesuai untuk masyarakat majmuk di malaysia. undang-undang allah tak sesuai? murtad lah orang yang berkata sedemikian. sama lah juga dengan orang yang memperjuangkan undang-undang selain undang-undang allah yakni al-quran dan sunnah.

sebab tu dalam soal memilih kena guna ilmu dan akal, lepas tu bila dah pilih kena amalkan atau guna pilihan itu. samalah dalam soal memilih parti. kalau parti tu terang-terang tolak islam kenapa nak pilih? mungkin sebab tak ada ilmu. kalau tak ada kena cari lah. tapi macam dikatakan di awal tadi, ada yang dah ada ilmu tu, tapi takut nak guna sebab takut hilang pangkat dan kemewahan. golongan ini adalah ilmuan fasik. ada ilmu tak nak guna. sama macam orang yang pakai seluar pendek, mereka ini adalah golongan fasik, sebab dah tahu hukumnya haram pakai seluar pendak sebab tak tutup aurat, tapi masih pakai jugak. itu lelaki, perempuan pula bila tak pakai tudung. bukan tak tahu rambut tu aurat. tapi masih tak bertudung. ada suami pun tak boleh nak perintah untuk tutup aurat. kalau ke atas isteri pun dah tak boleh untuk dilaksanakan perintah allah, macam mana nak perintah negara atau negeri? pemimpin macam ni ke kita nak pilih dan agung kan? parti yang mempunyai pemimpin beginikah yang kita nak pilih.

wahai pembaca semua, ketepikan keegoan kita. fikirkan sejenak. bila kita mengucap dua kali masyahadah dan pada masa yang sama menolak perintah allah, maka siapakah kita disisi allah.
dan ingatlah bahawa ilmu itu akan jadi ilmu hanya bila kita beramal dengan ilmu itu, dan untuk beramal mestilah berilmu barulah amalan itu diterima. jadi untuk memilih gunakan lah ilmu. wassalam.
Posted by pemuda cheh at 08:40 0 comments Links to this post
add said…
SDR MAS, Off topik sikit, mohon minta laluan:

Apa cerita sekarang? budak keling jalang tu dah mula berkokok dah... nak buat perjumpaan pulak, malam esok nak berhujah pulak,,, senarai nama perwakilan dah siap key in dalam komputer dah kot?tunggu enter je menjelang PAU nanti, ntah-ntah termasuk juga ke akaun DMM.

saya ada komen dalam blog suara perubahan pasal budak hitam ni
Unknown said…
Salam...tuan dan semua yang komen dikehendaki melawat blog saya untuk tujuan muzakarah...
Anonymous said…
Assalamualaikum dan Selamat Petang.

Saya amat sibuk kerana urusan yang sangat banyak. Namun tatkala singgah di penuh blog maklumat ini, ada seekor anjing yang cuba menyamar menjadi haiwan lain, beliau ialah blogger Datuk Adil.

Siapa Datuk Adil? Kenapa dia menggunakan nama itu sedangkan saya sebenarnya "blogger dato adil" yang selama ini memberi komen, menghentam dan sesekali menyokong dan ada kalanya berkecuali.

Amaran saya kepada makhluk asing sesat ini :

"anjing tidak akan dapat menyamar menjadi kucing. Kucing mengiau manakala anjing menyalak. Walaupun anjing dapat memperdaya kononnya dia makan tulang sama seperti kucing, namun anjing jangan lupa yang dia makan "tahi" (najis), kucing tidak melakukannya"

Saya harap blogger "Datuk Adil" yang menyamar itu faham maksud cerita saya.
Kalau saudara/saudari susah sangat mencari nama untuk dijadikan nama dalam blog, saya nasihatkan rujuklah kamus atau kalau dah malas, gunalah nama berikut :

1. Datuk Letup
2. Datuk Jarum
3. Datuk L. Tikus
4. Datuk Luar Nikah
5. atau cari dalam majalah dalam ruangan Mat Letup yang pernah mempersoalkan banyakknya gelaran datuk.

Bukankah Mat Letup dah kata bahawa banyak sangat Datuk sekarang ini, jadi saya beranggapan pandangan itu mengajar kita supaya jangan guna gelaran yang sultan berikan (tapi ini dikira derhaka) sebab tak hargai dan mempertikai anugerah Tuanku Sultan.
Maka kerana dah begitu kata Mat Letup, jangan salahkan budak-budak sekolah jika mereka memanggil :

1. Mat Abdullah Badawi
2. Mat Najib Razak
3. Mat .....
Semua gunakan Mat.

Kesimpulannya, blogger Datuk Adil patut guna nama Mat Bom, iaitu bunyi LETUPan.


Sekian

Dato Adil
Bangsar, KL
Anonymous said…
Maka dengan itu.. saya ada soalan kepada yang Budiman Saudara Azli (hanya Saudara Azli yang tahu atau mungkin blogger Budak Kampung, sebab mereka ini jujur).

1. Siapa Sebenarnya Yang Tulis Ruangan Mat Letup? Dalam Hikayat terdahulu saya pernah terbaca namanya, namun saya ingin pengesahan.

Terima kasih.

Hal-hal Lain.

1. Tahniah. Kerana rakan politik Saudara iaitu Datuk Zambry kini MB Perak. Begitu juga seorang Exco di Perak (kalau salah betulkan, ini maklumat dari Perak).

2. Bagaimanakah kesudahan kes saudara di DBP? Adakah saudara mendapat pampasan atau bagaimana?
Mungkin saudara patut sambung Hikayat Dewan Ekonomi.

3. Selepas saudara tidak lagi mengemudi Majalah Ekonomi, tiada lagi maklumat yang baik manakala editornya pula kita tak tahu. Saya tidak menyokong majalah itu bukan kerana saudara tidak lagi menulis, tetapi tiada apa-apa yang menarik (korporat) dalam majalah tersebut. Kalau Saudara tak percaya, saudara lihatlah sendiri tokoh-tokoh yang mereka tampilkan itu.

Sekian

Dato Adil
Bangsar, KL.
azlishukri said…
terima kasih atas komen semua bloggers, tidak sempat untuk saya membalas komen semuanya.
Zahari Ismail said…
salam dari karipap...wow mcm2 pendapat...semua betul.

ini pendapat saya...

melayu kena open heart...baru yang beragama lain mahupun tak beragama akan hormat.

tak ada sejarah lagi orang open heart mampu ditipu atau terinaya...kerana ini perundangan alam.

open heart boleh menjernihkan keadaan secara semula jadi...

islam menyediakan satu system kehidupan yang amat lengkap..dan yang terbaik.

dan jika orang itu islam pasti ada tanda...

mafkan saya...bukan sepanduk jadi bukti islam.

open heart...berhemah...semulajadi...bukan buat2...semulajadi.

tanda islam budaya...cepat melompat...
salam,

bangun azli!
bangun tanpa goyang,
bangun tanpa goyah,

bangun, juang,
elakkan diri dari yang berpaling-paling!

salam hormat dari kami,
azlishukri said…
terima kasih taman-taman ilmu.
Anonymous said…
ini lah blogger yang paling luas pemikiran yg saya pernah jumpa.. saya xnak ulas banyak2... awk sendiri dah ulas semuanya... tahniah... teruskan usaha anda..
Fiwdaus said…
sy x fhm...

kerajaan yg jatuh adlh kerajaan DAP, bkn kerajaan PAS. PAS hanya ada 6 kerusi. jelas sekali siapa yg menguasai kerajaan di perak.

DAP bknlah parti yg baik utk umat Islam. ini tlhpn terbukti dlm sejarah.

sekiranya PAS benar2 ingin mendaulatkan Islam, sepatutnya mereka memberi laluan peralihan drp sebuah kerajaan non-muslim kepada sebuah kerajaan muslim. Jikalau mereka melihat kpd prinsip2 siyasah syar'iyah, inilah yg patut mereka lakukan. bknlah dgn menjadi penghalang kpd peralihan ini... itu asobiyah.. mngutamakan kepentingan parti berbanding kepentingan ummah.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh