Skip to main content

Berguru dengan Mukhriz


Berguru dengan Mukhriz

Oleh Muhammad Azli Shukri


No 1 yang dimiliki oleh Datuk Mukhriz Mahathir dalam kertas pengundian untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dilihat sesuatu yang sangat signifikan. Mengapa saya berkata begitu, kerana, setiap sesuatu yang berlaku sama ada kita sedar mahupun tidak, sesungguhnya ada tanda atau "signal" yang perlu ditafsir dan diselidiki. Umpamanya, kita tidur - sebelum kita tidur, terdapat tanda-tanda bahawa kita ingin tidur, seperti kita mula menguap berkali-kali, mata semakin mengantuk, badan semakin tidak bermaya dan sebagainya. Semua tanda ini membawa kita untuk tidur. Begitu juga dengan kejayaan dan kemenangan - ada tanda dan signal yang perlu kita fahami, baik yang berupa tersurat mahupun yang tersirat. Dalam hal tersebut - saya memerhatikan bahawa Datuk Mukhriz mempunyai tanda-tanda tersebut - beliau mempunyai tanda untuk menjadi pemimpin besar negara pada satu hari nanti, saya dapat rasakannya. Dengan no 1 yang beliau terima baru-baru ini saya merasakan bahawa tanda kemenangan itu memang ada - walaupun beliau tidak menggunakan wang untuk meraih sokongan dan undian. Saya yakin jika Datuk Mukhriz ikhlas dan jujur untuk memperjuangankan kebenaran dalam UMNO, beliau akan tetap menang, baik dari segi moral mahupun dari segi prinsip dan jatidiri - Teruskan berjuang Datuk Mukhriz, yang jujur dan ikhlas tetap akan berjaya, lambat atau cepat dan jadikan doa sebagai senjata untuk menangkis fitnah dan tohmahan. Allah bersama orang-orang yang ikhlas berjuang dan syaitan tidak akan berupaya menyesatkan orang-orang yang ikhlas. Salam Berani Berubah!

Comments

Fazrulls said…
Salam Tuan,

Ya betul dan saya amat setuju..so macam mana kiranya saya juga ingin berguru bersama Mukriz? apa yang perlu saya lakukan?

sila email di fazrulls@gmail.com untuk sebarang maklumat lanjut..
azlishukri said…
ok fazrulls - nanti saya email saudara.
Anonymous said…
UMNO dan AGAMA

UMNO pada zaman dahulu hebat perjuangan Melayu dan agama Islam. Mereka begitu prihatin dan tidak mahu membiarkan nasib bangsa dan agama diperlekeh. Mereka amat mudah terkesan dengan persekitaran dan ancaman luar baik politik, ekonomi, sosial dan agama. Sebab itulah tumbangnya Malayan Union.

Itu dahulu, tetapi cerita kini berbeza. UMNO dilihat lemah dan sering terdesak menggunakan tabir istana dan agama Islam sebagai kaedah mengekalkan sokongan. Lebih malang apabila sentimen Melayu ditiup kencang guna menakutkan orang Melayu agar terus menyokong UMNO.

Semasa zaman Tun Dr. Mahathir, semua orang hormat. Tiada yang berani secara terbuka mengkritik. Suasana harmoni kerana hal ini tidak ditiupkan oleh UMNO.

Tetapi apabila Datuk Seri Abdullah mengambil alih, beliau ingin jadi hero Melayu dan Agama Islam. Tetapi beliau gagal. Memperkenalkan Islam Hadhari bukan sahaja ditolak oleh ramai bukan Islam tetapi kalangan ilmuan dan tokoh agama sendiri bercanggah pendapat.

Detik ini memulakan era hilangnya rasa hormat kepada agama kita. Debat dan berterusan secara terbuka, manakala PM dan TPM membisu seribu bahasa tanpa menegah. Apa sudah jadi dengan UMNO ini.

Kemudian mereka sibuk pula bergaduh dan tuduh menuduh, memburuk moral sesama pemimpin, tidak menghormati pemimpin lain dalam UMNO yang lebih tua daripada mereka. Semuanya ingin jadi hero dan lantang bersuara. Tetapi dalam hal agama dan nasib bangsa Melayu dari segi pendidikan dan ekonomi tiada apa yang mereka lakukan.

Apabila tersedak, maka hal agama dan Nasib Melayu yang mereka akan jaja ke sana sini. Inikah yang dikatakan pejuang agama.

UMNO jangan asyik menyalahkan PKR, PAS dan DAP. Tetapi perlu menilai "dosa-dosa" mereka kepada orang Melayu, Perjuangan Islam dan amanah yang mereka abaikan.


Membeli emas sangatlah mahal
Kalau tidak dengan dinar
UMNO kini bagaikan kapal
Nahkoda sakit bakal terdampar


Dato' Adil
Bangsar, KL
Anonymous said…
BLOG dan IKLAN

Tahniah, kerana blog ini memuatkan iklan. Saya berminat dan berapa agaknya bayaran untuk memuatkan iklan dalam blog ini?

Saya juga mencadangkan supaya saudara Azli membuka ruangan Iklan dan Maklumat para usahawan kecil-kecilan. Hal ini untuk membolehkan perkongsian dan menggerakkan ekonomi orang Melayu. Dari situ dapatlah kita memajukan bangsa kita dan saudara mungkin boleh gunakan pentas ini menganjurkan pertemuan dengan usahawan melayu mungkin sebulan atau dua bulan sekali. Ini sangat bagus.

Namun saudara jangan pula tertipu jika ada majalah tertentu yang ingin berbuat-buat baik mengiklankan majalah mereka. Maklumlah didunia ini kadang-kadang ramai orang suka menikam kita dari belakang.

Saya difahamkan Majalah yang saudara kendalikan dahulu kini merosot jualannya? Betulkan hal ini?. Namun saudara pasti tidak boleh menjawabnya kerana saudara tidak lagi mengendalikan majalah Malang tersebut.

Malang sungguh Majalah tersebut, setelah mendapat "Penjaga" yang bertanggungjawab dan menghantarnya kesekolah supaya nanti dapat melanjutkan pelajaran dan setanding dengan orang lain, "Penjaga" itu "dibunuh".

Akhirnya Majalah Malang itu terpaksa dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak. Kita tida tahu sama ada pekerja Indonesia atau Bangladesh yang akan menjaganya di sana. Kita risau dia menerima nasib malang seperti menjadi mangsa penderaan dan lain-lain.

Akhirnya, tahniah sekali lagi kerana blog saudara kini setanding blog che det (Tun Dr. Mahathir). Saya juga ingin bertanya, adakah benar Tun akan mengiklankan blog saudara dalam Blog Che Det? Hanya saudara dan Datuk Mukriz yang tahu. Itulah dipanggil rezeki selepas kita dianiaya.

Jangan lupa, mohon cadangan saya dipertimbangkan berkenaan iklan dan gabungan perkongsian usahawan.

Sekian

Dato' Adil
Bangsar, KL.
Najib Milatu said…
Blog Yang Wajib diLayari?

Itulah perkataan yang saudara gunakan dalam blog saudara. Saya berpandangan perkataan Wajib tidak wajar digunakan dalam konteks ini.

Memang ianya sangat kerap digunakan oleh ramai orang untuk memberikan penekanan peri penting sesuatu perkara itu. Namun, bukankah bahasa kita mempunyai perkataan yang dapat menyampaikan maksud tersebut, tanpa menggunakan perkataan Wajib.

Sebagai Muslim, kita menggunakan perkataan Wajib untuk mengkelaskan amalan yang 'mesti dilakukan dan sekiranya tidak dilakukan, berdosa'.

Adakah melayari blog-blog yang tersenarai dalam senarai blog saudara berada pada tahap 'mesti dilakukan dan sekiranya tidak dilakukan, berdosa'. Saya pasti tidak. Jadi mengapa menggunakan perkataan Wajib.

Remeh. Begitu komen ramai orang apabila saya mengemukakan pandangan yang sama kepada mereka. 'Hal kecik pun nak heboh', sebahagian mereka berkata.

Salah seorang dari mereka ini adalah guru di sekolah di mana anak saya bersekolah. Beliau pernah memberitahu anak saya 'pelajar wajib berada di padang sebelum jam 4 petang'.

Anak saya memberitahu saya akan arahan gurunya itu dan saya katakan kepada anak saya, 'kita berada di padang dari jam 4 petang. Apabila sampai waktu Asar, ada tak guru tu mengingatkan, solat asar itu Wajib'.

Saya mengemukakan persoalan ini kepada guru tersebut dan dia menjawab, 'kalau tak kata Wajib, pelajar tak ambil berat. Mereka ambil ringan. Apa salahnya gunakan perkataan Wajib tu.'

Mungkin tidak salah, saya cuma tidak bersetuju dan berpandangan perkataan itu tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana walaupun kita mungkin tahu maksud sebenar ungkapan perkataan tersebut, mengikut konteks ayat, penggunaan yang kerap pada konteks yang tidak wajar akan menimbulkan salahfaham.

Lagi pula, siapalah kita nak meWajibkan apa yang tidak. Tidak pula saya pasti akan hukumnya, samaada ianya sama dengan hukum mengHalalkan yang Haram dan mengHaramkan yang Halal?
azlishukri said…
dato adil - saya sememangnya mendapat beberapa panggilan untuk meletakkan iklan, tetapi ini bukan tujuan blog saya, saya sudi meletakkan iklan2 mereka dengan bayaran tertentu, tetapi bayaran2 tersebut saya dermakan untuk tabung rakyat paliestin, harap maklum
Anonymous said…
Blogger NAJIB MILATU, tahniah. Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara berkenaan hal Wajib tersebut.

Hal ini wajib dibetulkan. Perkara ini berlaku di Sekolah sangat meluas. Pihak Kementerian Pelajaran harus mengambil perhatian serius dalam hal ini.

Sekian.
Budak Kampung said…
Azli,

jom berguru dengan Tok Guru Nik Aziz...
ADI JAGAT PUTRA said…
saya pun nak berguru dengan dato mukhriz mahathir
kalau bole email la saya
adi_jagat30@yahoo.com

hidup dato mukhriz///

para perwakilan PEMUDA jangan lupa calon No.01 Y.B Dato Mukhriz Mahathir
sebagai ketua PEMUDA UMNO Malaysia
azlishukri said…
adi jagat - ok saya email sebentar lagi
.@blogger.com said…
Salam,
Tuan, saya menyokong dan berjuang utk TDM dan kini saya menyokong dan berjuang utk MM, blog saya, saya dedikasikan untuk TDM dan MM. Sila lawat BERANIKAN HATI > http://braveheart-blogger.blogspot.com
Detguaq said…
Salam Azli,

Saya juga adalah penyokong kepada wawasan Dato' Mukhriz. Tetapi saya bukanlah penyokong Dato' Mukhriz atas kapasiti beliau sebagai individu, saya menyokongnya kerana saya yakin dia boleh memperkukuhkan kembali institusi UMNO.

Saya tidak senasib dengan Azli yang sentiasa berpeluang berdamping dengan Dato' Mukhriz, hatta pangglian dan sms sayapun tidak pernah beliau jawab. Tetapi ianya tidak sedikitpun melunturkan sokongan saya kepada inspirasi beliau.
azlishukri said…
blogger - terima kasih atas maklumat tersebut.


akusayangumno - saya juga menyokong mukhriz dari segi bahawa beliau mampu mengubah UMNO, berkenaan no phone tersebut mungkin saudara menggunakan no phone datuk yang telah tidak digunakan lagi.

jika datuk mukhriz tidak membalas, itu tidak bermaksud beliau tidak ambul tahu, saya juga kadang kala sms saya beliau tidak membalasnya, tetapi niat kita ikhlas menyokong beliau. boleh berikan email saudara kepada saya?
Unknown said…
Salam tuan,

sekarang ni sy tgk makin kerap blog-blog berbqau kutukan terhadap calon-calon MT diwujudkan.

rata-rata dibuat oleh ahli UMNO sendiri.

saya harap, blog ni tidak seperti itu. dan diharap juga Mukhriz akan berkempen dgn jujur tanpa sogokan.

kalau tak menag, adatlah... yg penting jujur...

terima kasih ssb lawat blog sy dan linkkan blog sy.
singamaraja said…
Auuum!

Singamaraja menziarahi anda
azlishukri said…
khairul anuar - blog ini tidak untuk tujuan tersebut


singamaraja - silakan saudara.
Detguaq said…
sebenarnya e-mail address saya ada di blog profile saya. Tak apalah ini saya bagi sekali lagi, iaitu detguaq@gmail.com

Ada perkara yg saya nak beritahu....
Detguaq said…
singamaraja ni bukan pompuan ke azli? tengok gaya bahasa macam jiran kita disebelah barat, iaitu Indonesia.
azlishukri said…
akusayangumno - saya pun tak kenal dia ni siapa. kalau betul orang seberang, dia harus belajar memahami politik tempatan.
Artozy said…
membaca blog kamu ini satu escapism ke dunia nyata
Saudara Azli,
Saya secara peribadi mengharapkan Dr Khir menang sebagai Ketua Pemuda UMNO. Tapi sekiranya ditakdirkan Datuk Mukhriz menang, saya tetap gembira kerana Datuk Mukhriz ada "wow" factor. Cuma harapan saya yang paling besar ialah yang menang jangan lupakan yang kalah, berilah platform untuk mereka terus memberi sumbangan dalam Pemuda.
sahabat gunung said…
Salam perjuangan bro. Yang pasti, Tuan mempunyai idola dan ikhlas menyokong Mukhriz sbg Ketua Pemuda.

Dalam masa yang sama, Tuan tidak memburukkan mana-mana calon lain, ini nampak Tuan matang dalam hal pemilihan ini.

Tahniah bro.

Salam perjuangan dari Sahabat-Gunung
fital said…
Setiap perjuangan yang ikhlas insyallah akan mencapai kejayaan.Memang Datuk Mukhriz seorang yang berani bersuara untuk memertabatkan kembali UMNO yang telah kian layu.Kelantangan beliau telah disalah anggap dan dipolitikkan.Insyallah Allah bersama orang yang sabar dan ikhlas.Meski pun dicemuh anggaplah itu sebagai ujian.sedangkan Nabi lagi diuji dan dicaci inikan kita manusia biasa.
tunku said…
pasti banyak cabaran yang akan dihadapi oleh mukhriz kerana dalm politik banyak halangan dan rintangan. kita berharap agar mukhriz akan tabah dan cekal dalam menghadapi segala cabaran.hanya cabaran2 iniakan mematangkan lagi beliau di dalam politik seperti ayahandanya.
marilah kita berdoa agar mukhriz akan memenangi jawatan ketua pemuda supaya kita akan mendapat seorang ketua pemuda yang bersih dan mampu mendapat kembali sokongan rakyat malaysia, bukan ahli umno sahaja.pengundi terdiri dari berbagai bangsa.
Anonymous said…
Salam perkenalan buat Tuan Tanah,
Saudara Azli, terima kasih kerana menjengok saya tadi. Izinkan saya bermain di laman rumah saudara seketika bermula saat ini sehingga selama saya saya diizinkan.

Menurut hemat saya memang wajar setiap pemuda UMNO berguru dengan Mukhriz yang sangat saya sanjungi keperibadiannya.

Saya juga sanjungi bapanya Tun walaupun banyak perkara yang saya amat tidak setuju mengenai Tun. Namun neraca saya lebih condong positif mengenai Tun berbanding negatif.

Saya doakan agar Mukhriz dapat meninggalkan warisan negatif tersebut sekiranya hendak lebih berjaya berbanding bapanya. Tak perlu berasa malu untuk dibayangi bayang bapa kita sendiri asalkan bayangan itu menjurus kepada keputusan terbaik bagi kita orang Melayu dan Islam.

Peribahasa Melayu, Bapa Borek Anak Rintik dan Guru Kencing Berdiri Murid Kencing Berlari sudah tidak sesuai lagi sekiranya kita hendak mendaulat bangsa Melayu dan Syiar Islam. Kuah-kuah pun dah semakin kurang tumpah ke nasi kerana ramai orang Melayu dah terima Spaghetti sebagai makanan utama harian.

Apalah sangatnya Obama kalau nak dibandingkan dengan Mukhriz? Sama gagah, sama muda, sama berilmu, sama berbisa dan sama-sama lahir sebagai Islam.

"Pokoknya niat dihati mesti betul dan ikhlas. Istighfar, Bismillah, Salawat mendahului perbuatan dan diakhiri doa dan tawakkal."

Tanpa di atas, perjuangan hanya sia-sia walaupun kita ada 100 ORANG Mukhriz.

"MELAYU ITU ISLAM, ISLAM ITU MELAYU"

"KEARAH PERPADUAN MELAYU DAN ISLAM"

Sekian.
Anonymous said…
ADA BANYAK TEKA TEKI

1. Di mana Pak Lah akan duduk (Parlimen) selepas Mac?

2. Siapa akan menang Jawatan Ketua Pemuda?

3. Apa beza Tingkat 4 dan Tingkat 20?

4. Apa akan jadi dengan Politik Perak?

5. Siapa yang masih takut dengan penyingkiran(tak sah) Editor Terhebat Dewan Ekonomi?

6. Ibu mana yang mendiskriminasi 9 anak dan sayang hanya kepada Muhammad Masyarakat?

7. Kenapa bos selalu marah bila mesyuarat?

8. Kenapa tak boleh minum di kedai bucu (luahan hati kawan saya pegawai kanan)?

9. Siapa Mat Letup dan Mami Jarum dalam Hikayat DE?

10. Kenapa masih ada tokoh boleh menulis dalam Majalah Dewan Masyarakat walaupun secara terangan menentang dasar Kerajaan iaitu PPSMI? Manakala orang yang memberi pendapat peribadi dalam blog dianggap dosa besar?

Saudara Azli / blogger yang budiman boleh jawab teka teki ini, kalau tak semua, 5 soalan pun sudah memadai.


Ikhlas

Dato' Adil
Bangsar, KL.
fahana_ann said…
tunggu kepimpinannya:)
Panglipulara® said…
salam Lee...

musykil teman xdapat nak fikir lagi...
kenapa Najib dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak..?
apa anak tempatan xde bakat ke...?
yg kaya raya pun dah ramai selama 50 tahun umno merintah, tp xde sorang pun anak perak layak jawatan tu, pandai bercakap je kot...sia2 perjuangan datuk nenek kita dulu kalau dorang tau mcm ni hasilnya...

8662 talang
Detguaq said…
Saya juga nak minta Azli bagie-mail Azli kat saya terima kasih.

Salam.

Saya bagi kebenarna kat Azli kalau nak delete komen-komen saya yang terdahulu, kerana 'tong sampah'pun dah ada kat......silakan.
Salam.. Thanks kerana singgah di blog kami..
Najib Milatu said…
Terima kasih Dato' Adil di atas sokongan terhadap ulasan saya mengenai penggunaan perkataan Wajib.

Memang penggunaan perkataan tersebut sangat berleluasa di sekolah-sekolah, samaada dalam ucapan mahupun surat-surat yang dikirimkan kepada penjaga.

Kepada Saudara Muhammad Azli Shukri selaku pengendali laman blog ini, saya berharap saudara dapat membuat sedikit perubahan dan tidak menggunakan perkataan Wajib pada tajuk laman-laman blog pautan yang tersenarai di blog ini, sebagai permulaan.

Saya seterusnya berharap, saudara selaku seorang yang mempunyai hubungan dengan orang yang berpengaruh dalam pemerintahan Malaysia, dapat mengutarakan pandangan saya ini agar tindakan wajar dapat dilakukan dan kekeliruan dapat dielakkan.

Terima kasih.
APPLE PIE said…
salam berani berubah.
azlishukri said…
najib - nasihat saudara akan saya ikuti.
Najib Milatu said…
Tahniah Saudara Muhammad Azli Shukri. Saudara telah menunjukkan salah satu sifat penting seorang pemimpin.

Mahu meneliti dan menerima pandangan dan teguran orang lain dan seterusnya membuat perubahan kearah yang lebih baik.

Semoga dengan sifat ini dan sifat-sifat kepimpinan lain yang saudara miliki, saudara akan berjaya mencapai cita-cita saudara.

Sekali lagi, TAHNIAH.

Terima kasih.
zedmagel said…
Salam saudara,

Saya tidak pasti, adakah ini satu suratan atau kebetulan. Mengapa saya dan saudara selalu cenderung ke ruang kontra yang total?

Bukan KJ, DR Khir atau Mukriz bersalah. Pendapat saya dan saudara yang tidak sehaluan. Memilih Ketua Pemuda UMNO bukan memilah Ketua Pemuda negeri. Pemuda UMNO yang menjadi tulang belakang BN harus bersaing di persada dunia hari ini.

Mengapa Seorang KJ sahaja boleh membuatkan seluruh BN dan UMNO kacau bilau, begitu juga dengan orang lain di luar BN. Itulah kelebihan KJ yang tidak dimiliki oleh calon KPUM yang lain. KJ yang tidak disukai ramai tentu ada sebabnya? Kerana KJ itu memperjuangkan bangsanya dan KJ yang merenung jauh nasib masa depan agamanya.

Saudara Azli perwakilan G2 pemuda Bahagian ke? Jangan tersalah pilih merana pemuda nanti itu nasihat saya. Yang korek itu kendi, yang merah itu saga. Yang baik itu budi, yang molek itu bahasa. Fikirkanlah. Saya tidak pernah mendengan pandangan Mukriz yang boleh menaikan bulu roma saya apabila memperkatakan nasib bangsanya. Saya tidak pernah melihat Mukriz memporak perandakan kedudukan BN dan sekutunya macam KJ. KJ benar-benar berlainan dari dua orang calon yang lain.

KJ hebat dan boleh dilepaskan untuk berdebat. Pemuda UMNO tidak malu membiarkan KJ terbang walau ke langit biru.

Maaf Azli, saya suka awak bukan pilihan awak.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh