Tetamu Kehormat...

January 16, 2009

Tahniah
Dr. Firdaus!

Saya difahamkan bahawa Datuk Dr. Firdaus Abdullah, Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerima surat lantikan sebagai Senator. Ucapan tahniah harus saya sampaikan kepada beliau sebagai satu penghormatan daripada seorang anak didik serta seorang yang pernah bekerja dengan beliau di DBP. Saya rapat dan baik dengan Dr. Firdaus sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (Hal Ehwal Pelajar). Pernah dijemput untuk berdikusi berkaitan hal-hal politik semasa bersama dengan beliau dan Mantan Ketua Pengarah DBP Datuk Aziz Deraman di Dewan Kuliyyah Pusat Sains Sukan, Universiti Malaya sekitar tahun 2000/01 (jika tidak silap penulis).





Saya juga pernah mengkritik pandangan beliau dalam majlis tersebut, sedangkan penulis pada ketika itu baru sahaja berusia 21 tahun. Namun demikian, sikap Dr. Firdaus sangat saya puji dan sanjung. Beliau sangat mudah menerima kritikan dan pandangan daripada generasi muda. Lantaran itu, tidak menghairankan jika para pelajar UM ketika itu, sangat rapat dan mudah untuk bertemu dengan beliau bagi membincangkan pelbagai masalah dan mendengar rintihan mereka. Beliau juga seorang yang bijak dalam menangani isu "Diploma Bahasa" yang dikeluarkan oleh Fakulti Bahasa dan Lingustik sekitar tahun 1997/1998 yang sebenarnya tidak diiktiraf oleh JPA dan Kementerian Pendidikan. Pada waktu itu, saya turut menyertai perarakkan aman untuk mendapatkan keadilan dan pembelaan, berkenaan isu Diploma Bahasa kami yang tidak iktiraf . Hal tersebut mendapat liputan meluas, khususnya daripada Harakah.






Namun demikian, hubungan saya tidaklah terhenti setakat itu sahaja dengan Dr. Firdaus, malah saya juga terlibat dalam Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang mana Dr. Firdaus juga merupakan orang kuat GPMS. Hal tersebut menyebabkan kami saling berinteraksi antara satu sama lain. Tuhan memanjangkan hubungan kami, sehinggalah saya ditemuduga oleh beliau sendiri untuk jawatan Pegawai Perancang Bahasa (S41) di tinggkat 30 Menara DBP pada pertengahan tahun 2006. Saya lulus temuduga tersebut dan diterima bekerja di DBP. Selama dua tahun saya bekerja di DBP dan selama setahun setengah, saya sempat merasa bekerja di bawah beliau sebagai Ketua Pengarah. Hubungan saya dengan Dr. Firdaus semakin rapat setelah saya berjaya membuktikan kepada beliau bahawa majalah Dewan Ekonomi yang tiada sambutan pada satu ketika dahulu, berjaya ditingkatkan jualan dan imejnya. Apabila saya dimaklumkan bahawa Dr. Firdaus tidak lagi disambung kontraknya sebagai Ketua Pengarah DBP - saya sangat terkejut. Terkejut kerana terdapat unsur permainan politik "luar biasa" di sana, yang menyebabkan beliau tidak lagi disambung kontrak sebagai Ketua Pengarah.






Namun demikian, hal tersebut sudah lama berlalu. Malah, wilayah keraguan politik "luar biasa" yang saya alami ketika itu pun sudah terjawab secara jelas pada hari ini, setelah saya sendiri mengalaminya. Nasib yang dialami oleh Dr.Firdaus dan saya - sebenarnya begitu sinonim. Walaubagaimana pun, hal tersebut telah mematangkan kehidupan kami. Tetapi, itu semua sudah menjadi sejarah. Sekarang Dr. Firdaus sudah dilantik sebagai Senator, mungkin minggu hadapan beliau akan mengangkat sumpah. Saya ucapkan tahniah.





Kebiasaannya, apabila seseorang itu dilantik sebagai Senator dalam keadaan tertentu - ia membawa banyak tafsiran. Dan dalam hal ini, mungkin Dr.Firdaus akan dilantik oleh Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai Timbalan Menteri Pelajaran yang baharu - menggantikan tempat Allahyarham Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia baru-baru ini. Jika hal ini menjadi kenyataan, barangkali seperti sirih pulang ke ganggang, Dr.Firdaus mungkin akan memegang fotfolio yang sama dengan Datuk Razali, iaitu menjaga hal ehwal Dewan Bahasa dan Pustaka.





Hal ini amat sesuai pada pandangan saya kerana Dr. Firdaus pernah mengemudi DBP selama dua tahun sebagai Ketua Pengarahnya. Malah, sudah tiba masanya, beliau mengembalikan taring DBP yang semakin kronik dengan budaya politik cantas-mencatas dan politik bodek-membodek yang semakin membelit organisasi tersebut. Semoga Allah mengabulkan doa saya ini. Amin. Selamat Maju Jaya Datuk!




Gambar : Penulis kiri sekali (berbaju Melayu merah) bersama-sama dengan beberapa rakan dari Universiti Islam Antarabangsa bergambar kenangan dengan Dr. Firdaus di Putrajaya sewaktu majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, anjuran GPMS. Turut kelihatan ialah Jaafar Rahim, Pakar Pemikiran Literal Malaysia.

27 comments:

zino said...

salam..
terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. buku yg saudara tanyakan saya beli di salah sebuah kedai di Jalan TAR.

saya sempat meninjau tulisan tulisan saudara dalam blog ini. tertarik dengan gaya penulisan saudara dan inshaallah saya akan ke sini lagi..

Nazeri Harun said...

Jika Tuan menghargai Dr Firdaus yang sanggup menerima kritikan drp anak muda, saya juga menghargai sikap Tuan yang sanggup membaca dan memberi komen di blog picisan saya. Terima kasih.

akuduniaku said...

salam buat saudara..

saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat datuk..

terima kasih untuk informasi ini..

salam

rantong said...

Sekadar mengingatkan. Amalkan doa ini.

Dari Surah Al-Baqarah ayat 286, bermaksud;

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau babani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".

Muhammad Azli Shukri said...

zino-sama2 kembali

nazeri - gembira dapat menemui saudara.

akuduniaku - sama2

rantong - terima kasih atas tips tersebut saya sangat gembira.

Brahimnyior said...

Saudaraku Azli,

Harap dapat buat bedah siasat kekalahan UMNO/BN di Terengganu.

Saya berpendapat pemilihan calon tidak sesuai, ditambaha isu-isu tempatan telah menjerumuskan BN ke lurah dalam yang semakin sempit.

Pada awalnya, saya andaikan tiada masalah BN mengekalkan kerusi ini, tapi keputusan pengundi sangat berbeza dengan risikan akhbar utama seperti BH dan UM.

Akhirnya, terlepas lagi satu kerusi Parlimen.

Tapi yang untung orang KT, banyak yang dijanjikan (entah ditunai atau tidak, tak tahulah saya)

datoadil said...

Assalamualaikum Saudara Azli dan sekaliannya.

Rasanya lama juga tidak singgah dalam blog saudara ini. Sebenarnya saya ke luar negara selama beberapa hari baru sahaja berada dalam negara dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Izinkan saya memberi komen dalam beberapa perkara.

1. Hikayat Dewan Ekonomi.
Saya pernah dikritik oleh seorang blogger supaya tidak mendengar satu pihak sahaja. Namun selepas saya secara terbuka meminta sesiapa menukilkan "Versi Paling Benar", maka tiada pula hingga saat saya menulis komen ini. Kesimpulan saya ialah cerita yang disampaikan Saudara Azli adalah benar dan sahih menimpa dirinya. Manakala orang yang tahu bercakap sahaja tetapi tidak berani dedahkan kebenaran ramai jumlahnya.


2. Isu Palestin
Saya baru sahaja kembali dari negara Arab, awal sedikit daripada Rombongan Perdana Menteri. Isunya cukup jelas, selagi tiada jihad dan pengorbanan serius umat Islam, tiada Solidariti dalam kalangan negara Arab/Islam, sukar isu ini ditangani. Kebergantungan kepada Barat kerana kelemahan kita dalam Perniagaan dan penguasaan Ilmu sangat signifikan dalam hal ini.


3. Pilihanraya Kuala Terengganu.
Faktor kegagalan UMNO-BN adalah kerana sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk parti pemerintah ini, gagal mengemukakan pendirian tegas dalam isu Bahasa Melayu, Isu Hudud, isu Anwar Ibrahim yang terus diburukkan moralnya. Akibatnya padah menimpa UMNO. Tidak kurangnya kehadiran Polis yang terlalu ramai, menyakitkan hati penduduk untuk pulang mengundi kerana banyak sangat sekatan.

4. Datuk Firdaus
Beliau mantan Ketua Pengarah DBP. Jika beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Pelajaran, beliau bertanggungjawab terhadap DBP. Ini akan memberi pengajaran kepada "beberapa orang" di DBP yang sebelum ini melancarkan gerakkan "menjatuhkan" mantan KP tersebut. Saya percaya, orang-orang ini terlibat dalam diskriminasi terhadap Azli. Ada orang yang tidak sedap duduk bermula daripada ahli lembaga, ketua bahagian dan pekerja pengampu.


5. Soalan?
Saya tidak mengetahui "pergaduhan" antara blogger budak kampung dengan begitu banyak komen yang dipadam. Apa yang berlaku sebenarnya berlaku dan kenapa bahasanya begitu "indah". Mungkin saya perlu bertanya Editor Majalah Dewan Bahasa, saudari Ritah, tentang jenis bahasa yang digunakan ini.

Bertemu Lagi Pada Kesempatan Lain

Dato' Adil
Bangsar, KL.

Muhammad Azli Shukri said...

brahim -akan saya berikan komennya.

dato adil - komen yang sangat baik.

datoadil said...

Hikayat Dewan Ekonomi Menakutkan?


Oleh : Dato Adil

Kedengaran khabar bertiup ke telinga rakan saya kononnya tindakan menulis Hikayat Dewan Ekonomi oleh Saudara Azli, Mantan Timbalan Editor (walau sepatutnya editor) Dewan Ekonomi, merungsingkan beberapa orang di bahagiannya dahulu. Kata kawan saya yang saya jemput semalam untuk mengambil ole-ole yang saya bawa dari Timur Tengah.

Tanpa berselindung beliau mengatakan ada ketakutan dan bahagian majalah tidak "seaman" dahulu. Ada juga mengatakan bahawa mantan bos saudara Azli mula rungsing dengan perkembangan yang berlaku. Entah betul atau tidak, kawan saya menambah bahawa Saudara Azli ada menggunakan "orang politik" untuk kembali menegakkan haknya dan sedang mengumpulkan bukti untuk menegakkan keadilan bagi dirinya.

Kawan saya juga percaya saudara Azli telah menemui beberapa tokoh politik yang antara lain turut bersimpati dengan nasibnya. Antaranya Tan Sri Muhiyyidin, Datuk Mukriz, Mantan ketua Pengarah DBP, Beberapa Mantan Ahli Lembaga Pengelola, dan beberapa pemimpin politik daripada Pakatan Rakyat. Tidak kurang juga kononnya beliau telah didatangi sebuah syarikat Penerbitan Majalah Swasta untuk mengajaknya menerbitkan Majalah Baru tentang Ekonomi. Kemungkinan (e-Ekonomi atau D-Ekonomi). Dengan rangkaian luas syarikat tersebut, mungkin beliau berjaya.

Namun ini semua khabar angin. Kisah saudara Azli bagai politik dalam negara kita. Maka saya berpandangan jika hal ini betul, tidak mustahil Saudara Azli menjadi seperti Anwar Ibrahim tatkala dipecat dahulu.

Mengambil kisah Dato Seri Anwar, beliau telah kehilangan banyak kawan yang pernah rapat dengannya. Semuanya kerana menjaga Tun Mahathir. Kini, jika Saudara Azli ke DBP, ada tak sesiapa yang sanggup duduk minum bersamanya di DBP, khususnya mereka di bahagiannya dahulu? Janya Allah yang tahu.

Namun Dato Seri Anwar bukan seorang yang diam, dia bangkit kerana yakin tindakannya betul. Saudara Azli bangkit kerana yakin tindakannya betul. Jika Dato Anwar pernah menggunakan blog, maka demikian juga Saudara Azli. Nampaknya betullah kata kawan saya. Menakutkan sebenarnya Hikayat Dewan Ekonomi.

Kalau semua khabar angin ini betul, maka konspirasi menjatuhkan Saudara Azli jika ada, sebenarnya lebih menguntungkan beliau. Kerana beliau sebenarnya bukan sembarangan orang, kalau rekod disandarkan, beliau seorang penulis yang hebat sebenarnya sebelum lagi menjejakkan kaki ke DBP. Dengan orang disekelilingnya begitu berpengaruh, hatta beliau sendiri tidak nampak apa sebenarnya kesalahan yang dilakukan, maka sesuatu mungkin berlaku. Siapa lagi yang sehebat Saudara Azli, sanggup mengatakan "tidak" kepada orang atasan atau bosnya, jika yang dikatakan beliau betul? Tidak ramai. Semuanya kerana takut hilang pekerjaan bergaji 2000.00. Maka sampai bila-bila kepala dipijak untuk mempertahankan 2000.00 tersebut. Kebenaran dan keadilan tolak ketepi. Sebab itu kita mesti pegang, katakanlah kebenaran walaupun pahit.

Peribahasa yang sesuai

1. Kalau tiada angin bertiup, tidak akan pokok bergoyang.
Kalau ada pun tupai melompat-lompat.

2. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau,
jatuh ke darat menjadi gunung. Tapi kalau dijatuhkan, mesti juga menjatuhkan.

Sekian.

Muhammad Azli Shukri said...

dato adil - terima atas komen2 dato.

Demang Lebar Daun said...

Saudara Azli,
Saya baru sahaja menghadapi satu situasi yg agak genting apabila cuba dikhianati oleh orang saya percayai. Memang berlaku konflik yang hebat dalam diri. Konflik apa? Konflik samada untuk bertahan, menyerang semula, atau berdiam diri. Akhirnya, saya pilih untuk berdiam diri. Ramai yang bertanya saya, apa sebenarnya yang berlaku, namun saya katakan: tiada apa-apa. Ada juga yang menyuruh saya mempertahankan diri, namun saya tidak tergamak kerana dengan itu saya perlu mendedahkan keburukan beliau.

Azli,
Saya sendiri hampir tidak percaya dengan kesudahan kes tersebut. Walaupun cerita buruk yang disebarkan namun akhirnya orang ramai menemui kebenaran. Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana tidak perlu memburukkan sesiapa.

Azli,
Saya fakir keluarnya saudara dari DBP adalah pilihan Allah. Memang, setiap yang berlaku ada alasannya. Namun bukankah ini satu peluang untuk saudara pergi lebih jauh? Jika saudara kekal di DBP hatta menjadi KP sekalipun, saudara akan menjadi KP yang ‘perak’ (bukan Perak!), yakni minda saudara tidak begitu terbuka.

Azli,
Biarkan sahaja perkara ini berlalu dan lihatlah jalan yang terbentang luas di hadapan. Ada banyak persinggahan lagi yang menanti anda di sana.

Bukankah “benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau?”

Saya menunggu berita kejayaan demi kejayaan saudara.

Muhammad Azli Shukri said...

demang - terima kasih atas nasihat yang sangat baik ini. saya percaya bahkan menyakini. saya harus mempertahankan diri saya. dan saya juga mempercayai bahawa rakan2 saya memerlukan penjelasan daripada saya. semoga Allah merahmati mereka.

datoadil said...

Izinkan Sedikit Ruang

Saya bersetuju dengan Demang Lebar Daun, hatta perbuatan saudara itu digalakkan dalam agama kita Islam. Namun disebalik persetujuan saya itu, saya menegaskan bahawa saudara Azli telah "dianiaya" dan wujud diskriminasi. Dalam politik sebegitu, adalah molek andainya Saudara Azli menegakkan kebenaran.

Pada saya cukup mudah, saudara Azli tidak memburukkan sesiapa. Saudara Azli cuba untuk "meluahkan" apa yang beliau rasa telah menimpa dirinya. Satu pengalaman dan karya bertajuk Hikayat Dewan Ekonomi. Namun tentunya ada pihak yang terasa, kerana mungkin pihak tersebut benar bersalah. Maka mereka mula Panas Buntut (Punggung), meminjam kata-kata blogger Budak Kampung. Azli tidak berniat memburukkan sesiapa, kerana apa yang saya lihat beliau cuba menceritakan dalam blognya (peribadi). Takkan blog saudara Azli yang milik peribadinya, ditakuti?. Lainlah mungkin kalau blog Che det. Tetapi kerana takut tembelang pecah, ada yang bimbang.

Saya setuju dengan Demang, tetapi saya yakin Saudara Azli telah mendiamkan diri, tetapi akhirnya beliau dicampak daripada jawatannya. Maka berdiam diri sudah cukup, sekarang masa untuk "berkarya". Sebab itu, saya berpandangan bahawa ada yang tidak betul berlaku dalam kes Saudara Azli ini.

Saya mengetahui melalui kawan saya bahawa saudara Azli boleh tahan juga pengetahuan agamanya. kata kawan saya beliau aktif dengan persatuan agama, menulis hal agama, dan sering juga memberi ceramah agama. Sudah tentunya beliau arif dalam hal ini.

-----------------------------------

Memang betul benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, tetapi kalau "Jerung" nampak terlebih dahulu, dia akan makan. Sebab itu kita perlu sedarkan jerung supaya jangan asyik makan benih yang baik, nanti tiada Pulau Pejuang Bahasa. Yang tinggal Pulau Pinang, ada dua bahasa di papan tandanya.
-----------------------------------

Pandangan Ringkas,

Dato Adil
Bangsar, KL.

Budak Kampung said...

aku setuju dengan Dato' adil, li cepat2 sambung hikayat, kami tak sabar ni.

Muhammad Azli Shukri said...

dato adil dan budak kampung - saya pasti akan menyambung hikayat tersebut.

Ciptaan Terhebat said...

Alhamdulillah, sangat memotivasikan dan generasi terdahulu ini memang sepatutnya kita sanjungi sebagai golongan pemula dan pembentuk asas...

Jika tiada mereka mungkin kita tidak seperti hari ini... Tahniah...

datoadil said...

BERIKUT PETIKAN BERITA UTUSAN MALAYSIA.

-----------------------------------
Dr. Firdaus Abdullah dilantik sebagai Senator

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Bekas Pengerusi Eksekutif Utusan Karya Sdn. Bhd. yang juga tokoh akademik, Datuk Dr. Firdaus Abdullah, 65, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara untuk penggal pertama hari ini.

Felo Penyelidik Kanan (Pelawat) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh dalam satu majlis ringkas di pejabatnya di Dewan Negara pukul 10 pagi ini.

Hadir sama isteri Firdaus, Datin Anim Hassan serta anaknya, Falahi Sarisatriya dan Dininasihah Sariyati.

Firdaus yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ketika ditemui pemberita berkata, beliau terharu dan bersyukur diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memikul tugas sebagai Senator.

Katanya, keanggotaan di Dewan Negara akan dimanfaatkan untuk mengambil bahagian secara membina bagi meningkatkan mutu perdebatan.

"Saya tidak dijelaskan mengenai kriteria pelantikan saya, barangkali berasaskan penglibatan dalam bidang akademik, budaya dan penulisan.

"Semoga peranan saya menyuburkan sistem demokrasi berparlimen di negara ini," katanya yang akan membuat penampilan pertama pada Sidang Dewan Negara pertengahan bulan depan.

Mengenai isu yang akan diperjuangkan, Firdaus berkata, ia berkaitan harapan melihat pemurniaan dan pengamalan kebudayaan kebangsaan diberi keutamaan oleh kerajaan.

Katanya, kedudukan penulis dan budayawan juga perlu diberi perhatian sewajarnya dalam struktur masyarakat.

"Saya berharap obsesi kita kepada sains dan teknologi dapat diimbangi dengan pertimbangan kemanusiaan dan kebudayaan dalam membentuk serta melaksanakan polisi.

"Saya tidak nafikan kepentingan sains dan teknologi namun ia perlu seimbang dengan unsur kemanusiaan, bak kata pepatah 'rasa dibawa naik, akal dibawa turun', katanya.

Firdaus yang merupakan bekas wartawan Berita Harian memulakan kerjaya akademiknya di UM pada 1972 sebagai penolong pensyarah dan dinaikkan pangkat sebagai pensyarah, profesor madya, profesor, dekan dan seterusnya Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).

Bermula 3 Mei 2005 hingga 2 Mei 2008, anak kelahiran Kuang, Selangor itu dilantik sebagai Ketua Pengarah DBP.

-----------------------------------


Kenapa saya memetik berita tersebut?

Pernah saya menulis semalam tentang khabar angin yang bertiup kencang melibatkan Saudara Azli menemui beberapa tokoh besar negara. Saya sendiri sangsi dengan ucapan tahniah Saudara Azli kepada Dr. Firdaus. Tetapi berita itu betul. Berita ini hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja. Saudara Azli mengetahui perkara tersebut awal menunjukkan beliau bukan sembarangan. Maka khabar angin yang saya dengar dan tulis sebelum ini mungkin ada benarnya.

Mungkinkah Saudara Azli juga akan "mengangkat Sumpah" jawatan di DBP? Atau ada pihak perlu bersumpah menafikan semua yang dikatakan Azli sebelum ini tidak benar?


Saudara Azli, saya tidak akan mengunjungi blog Saudara sehingga Selepas Tahun Baru Cina kerana bercuti. Namun Peguam saya berminat mengirim pendapatnya untuk mengulas kes saudara berdasarkan Undang-undang Pekerjaan, Akta Kerja 1955, dan Akta Mahkamah Perusahaan.
Mungkim pandangannya nanti boleh saudara gunakan buat panduan dari segi perundangan. Beliau akan mengulas dari sudut Kontrak Pekerjaan. Banyak kes majikan kalah kerana mencabuli kontrak pekerjaan.


Sekian dan selamat bercuti.


Dato' Adil
Bangsar, KL.

Budak Bandar said...

line clear.. nak komen sikit

Budak Bandar said...

aku lama dah tunggu kau budak kampung. puki mak kau sial. lepas kau hentam THE KING OF TRUE, kau diam. Puki kau sial. Aku le sebenarnye THE KING OF TRUE.

Budak Bandar said...

hoi dato adil, kalau kau berani datang kat dbp ni, aku nak gantung kepala kau dari menara dbp ni. yang lu asyik sibuk apa hal? Lu pun macam puki, sial.

Budak Bandar said...

hoi budak kampung.. kalau benar lu dbp aku nak jumpa sblm balik ari ni, aku nak hentak kepala dan campak kau kat tingkat 15 bangunan dbp ni, sial.

Budak Bandar said...

oi budak kampung. kalau berani masuk...

Budak Bandar said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Budak Bandar said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Muhammad Azli Shukri said...

sudah berkali-kali saya katakan bahawa, jangan mencarut. tetapi tuan2 tak nak dengar.

fital said...

saudara Azli
Budaya cantas mencantas dan politiking bukan sahaja berada di DBP tetapi berada dalam semua institusi jabatan kerajaan, mahkamah dan lain-lain. Ia merupakan satu barah dalam pentadbiran negara yang boleh menjatuhkan negara ke kancah yang lebih teruk dari serangan musuh dari luar.

Muhammad Azli Shukri said...

fital- saya sangat setuju dengan keyataan saudara.