Tetamu Kehormat...

January 22, 2009


Realiti Baru



Kekalahan UMNO dalam Pilihan Raya Kecil di Kuala Terengganu pada sesetengah tanggapan masyarakat merupakan suatu yang mengejutkan. Tidak kurang pula yang sudah meramal akan keputusan tersebut. Bagi saya pula, saya mengandaikan kekuatan UMNO dan PAS di Kuala Terengganu adalah 50-50. Masing-masing ada kekuatan tersendiri. Namun demikian, keputusan yang mengecewakan itu – harus diterima dengan hati yang terbuka. Sekurang-kurangnya, seluruh ahli UMNO harus menimbangkan semula kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak ini dengan sangat teliti, “Kita mesti tampil dengan imej bersama nilai-nilai baik dan positif. Saya selalu tekankan bahawa kita kena mesra rakyat di semua peringkat, bukan atasan saja. Dari kaca mata rakyat di peringkat akar umbi, mereka menilai UMNO berdasarkan interaksi dengan pemimpin.” Kata-kata ini juga disambut oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan menyatakan bahawa UMNO memerlukan perubahan radikal. Namun demikian, soalan yang harus segera dijawab ialah, apakah yang dimaksudkan dengan perubahan radikal tersebut? Apakah UMNO bersedia untuk mengubah tujuh perkara di bawah ini? Jika UMNO benar-benar mahukan perubahan radikal, sekali gus mengembalikan semula keyakinan rakyat? Cuba fikir-fikirkan.



1. Semua pemimpin UMNO yang banyak mengundang fitnah kepada parti harus segera meletakkan jawatan dengan ikhlas.



2. UMNO harus membenarkan setiap ahlinya untuk mengundi siapakah calon pilihan mereka untuk menerajui kepimpinan UMNO. Lakukan pemilihan pemimpin-peminpin UMNO seperti mana dalam pilihan raya umum. Biar akar umpi yang memilih pemimpin yang mereka sukai dan bukan lagi sekadar para perwakilan.



3. Hapuskan pinjaman PTPTN atau para peminjam hanya perlu membayar 50 peratus daripada keseluruhan pinjaman mereka. Hal ini mampu menarik minat golongan muda untuk menyokong kembali kerajaan dan UMNO.



4. Izinkan golongan muda profesional menyertai UMNO dengan mudah tanpa perlu birokrasi melalui peringkat cawangan dan bahagian.



5. Letakkan syarat bahawa ketua-ketua UMNO bahagian mestilah tidak terdiri daripada kalangan para kontraktor atau terlibat dengan perniagaan. Terbukti orang-orang Melayu tidak tahu membezakan antara politik dengan perniagaan.



6. Jawatan Ketua UMNO Bahagian haruslah disandang tidak melebihi tiga penggal. Begitu juga dengan jawatan ADUN atau Ahli Parlimen yang seharusnya tidak begitu lama dipegang oleh seseorang. Tetapkan syarat seseorang wakil rakyat hanya dibenarkan menjadi wakil rakyat sekitar tiga penggal sahaja.



7. UMNO harus kembali menghayati perjuangan tokoh-tokoh Islam, serta menyerapkan Islam dalam perjuangannya secara holistik dan serius. Tekankan soal solat, zakat, dosa dan pahala kepada ahli-ahlinya agar budaya politik wang dan membeli undi dapat ditangani.



Inilah tujuh pandangan ringkas saya berhubung bagaimanakah UMNO harus mencipta perubahan. Semoga Allah menyelamatkan UMNO daripada kehancuran. Dan berdoalah kita agar negara Malaysia tercinta ini terus kekal aman dan sentosa.

19 comments:

GOMO said...

DRAMA PENDEK TERBAIK BRO...

KHALID TARZAN...http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/tarzan-khalid.html

Muhammad Azli Shukri said...

gomo..biasa2

anonymous said...

buang pak lah dan kj dan kamaludin dan kroni,
Selamat UMNO. tu je,

Signorina Syima said...

saya sokong item yg sebut pinjaman PTPTN dihapuskan atau bayaran 50% sahaja....

Hope said...

Saya setuju UMNO perlu membuat perubahan yang radikal. Tetapi ada beberapa perkara yang mungkin memerlukan lebih banyak perbincangan.

PTPTN. Objektif PTPTN adalah untuk memastikan pelajar pelajar yang layak memasuki IPT dapat meneruskan pengajian mereka tanpa dibebani masalah kewangan. Jika kita hapuskan PTPTN, ia adalah seperti memberi education secara percuma. Can the country afford that?

Saya pasti ramai yang menyokong saudara Azli tentang perkara ini, tapi pada saya, pelajar kita harus tahu bersusah payah, harus belajar untuk meng-appreciate apa yang diberikan, dan bukan hanya terima sahaja bantuan seolah olah mereka ini tidak boleh berdikari sendiri. Tentu ramai yang akan bertepuk tangan kerana mereka tidak perlu lagi membayar pinjaman pelajaran, tetapi adakah mereka menghargai nilai education yang mereka dapat selama di universiti?

Sebagai contoh, seseorang yang telah bersusah payah belajar hingga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, diberi scholarship, biasiswa untuk meneruskan pengajian. Apa pula bezanya dia dengan kawannya yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang, tidak berusah payah untuk belajar, hanya mendapat keputusan 'cukup makan' untuk ke universiti, tetapi dapat belajar dengan percuma?

Even if kita letakkan 50% bayaran pinjaman balik, can the country afford it?

Just my two cents.

lovegoal said...

have a great day my dear friend

fital said...

mengenai PPTN saya mencadangkan agar pinjaman tersebut ditukarkan kepada biasiswa kepada pelajar bumiputra yang dapat mencapai CGPA 3.50 ke atas sebagai insentif supaya mereka bersunguh-sunguh belajar.

Mengenai UMNO saya tak boleh komen sebab saya bukan orang politik tapi demi survival ummah pemimpin UMNO mestilah seorang yang berkarisma, berwawasan dan berpengetahun agama yang mendalam di samping sebagai seorang politikus yang hebat.

Teech Airil said...

Assalamualaikum Saudara Azli,

Just returning the favour of your kind visit to my blog.


Menarik buku 'Psikosemantik' itu.

Saudara Azli ada cebisan muka surat yang boleh dimuat-turun di atas talian?

Salam hormat.

-airil-

TeechConsult Home
|Blog@TeechConsult|
*The New Teech Times*

eiza said...

salam singgah...
blog ang menarik.

Muhammad Azli Shukri said...

anonymous - saya setuju pandangan saudara

syima - saya setuju

hope - saya sangat bersetuju dengan pandangan hope yang saya kasihi. memang itulah yang terbaik dalam mengajar para remaja menghargai ilmu dan usaha. dalam keadaan UMNO kuat saya berpandangan apa-apa yang hope katakan itu sangat relevan dan sesuai. namun demikian, pada hari ini UMNO terlalu lemah, sesuatu harus dilakukan agar keyakinan golongan muda kembali menghayati perjuangan UMNO - jika tidak, padahnya UMNO akan hancur. saya juga agak kurang bersetuju memberi percuma PTPTN - namun begitu, setakat ini hanya itu sahaja caranya menarik minat orang muda menyokong UMNO kembali. percayalah. ini hanyalah sekadar pandangan saya. dan saya amat menghormati pandangan hope yang saya kasihi.

lovegoal - Tq my best friend, u too have a nice day.

fital - pandangan saudara sangat dialu-alukan

airil - saya akan cuba memenuhi permintaan saudara tersebut.

eiza - blog saudara juga menarik, terima kasih sudi singgah.

sakurasa 2 said...

Azli terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog sakura...moga kita juga sentiasa di rahmati Allah.

only said...

UMNO have to change.the younger generations nowadays seems more tend towards supporting the opposition.furthermore even the professionals seems more keen in joing the opposition rather than UMNO and BN.

if UMNO want to survive,they better come up with fresh ideas and throw away all the snobbish act that UMNO associated with so many years.UMNO have to stand out and make their existence relevant especially towards the younger generation.

if UMNO allow the younger generations to keep supporting the opposition,then the possibilty for UMNO to die and rot is high.

Ciptaan Terhebat said...

Saya bersetuju dengan 7 pandangan itu dan ia seharusny dibuat awal dahulu. sekarang rakyat sudah membuktikan mereka mahukan pembaharuan dari segenap peringkat. Pandangan saya, jika mahu selamat UMNO, maka keluarkan kerak-keraknya dan tanak yang baru...

add said...

Salam MAS,
Reformasi (pinjam dari PKR)dalam umno ialah;
1.Bila Najib Jadi PM, Rosmah mesti pakai tudung (bukan stail siti nurhaliza).
2.Pemimpin dan isteri pimpinan tertinggi jangan sesekali bersama-sama dengan aktiviti seperti juara lagu,jom heboh,konsert af dan pelbagai lagi aktiviti yang nyata kalau pergi ke aktiviti tersebut konform majoritinya tak tunaikan kewajipan terhadap Allah (sembahyang).
3.Kena buang KJ,Mat taib,khir toyo,ali rustam,menteri uban(sharir)kalau tak nak buang mereka ni, paling tidak KJ mesti reject juga.
4.turunkan harga minyak,turunkan tarif elektrik,hapuskan 1%ptptn (tapi ambil tindakan undang-undang terhadap peminjam yang tidak membayar pinjaman).
5.kurangkan tol.
batalkan koridor yang di buat oleh pak lah.
6.martabatkan kakitangan awam (gaji kena naik)
7.puteri umno wajib pakai tudung.
8.menteri wanita kena pakai tudung (bukan ala siti nurhaliza)
9.pemimpin umno jangan kaki betina dan minum.
10.aktiviti solat mesti masuk kedalam agenda parti.
11.Yang paling penting sekali ialah masukan Tun DR Mahathir ke barisan pentadbiran kerajaan (bukan menteri kabinet) walaupun TDM menolaknya, paksa dan heret beliau sehingga TDM mengalah dan mnyertai kerajaan.
12.tukar stail ceramah ala bn kepada ala PKR dan pas. jangan ambil mudah hal ini.
13.Pemimpin umno jangan dok pakai la kereta mahal-mahal datang balik kawasan, rakyat akan buat persepsi "ha tu guna duit projek bn la tu"
14.walau pun syarat no.4 dan 5 sukar nak dilaksanakan, najib wajib laksanakan, walau pun kerajaan terpaksa tanggung risiko. lebih baik kita bangkrap beri pada rakyat daripada DAP menghancurkan malaysia ketangan cina dan menjadikan melayu terasing seperti di thailand dan disingapura....
15.bila ada prk jangan ada lagi projek segera yang akan dilaksanakan, pengundi dah muak dengar dan tidak akan makan pujuk rayu stail ni dah sekarang ni.
16.Najib jangan jadi lalang, sekejap ke kiri dan sekejap kekanan.
17.najib belajarlah dari TDM mentadbir negara dan belajar lah macamana TDM sound kaum bukan melayu ...
wassalam..
sungguh berat syaratnya tapi lagi pedih jika PRU 13 nanti milik PR.

Tulisan ini telah di post oleh saya dalam Dr.novandri pada
January 21, 2009 11:36 PM

Hope said...
This comment has been removed by the author.
QasehNuryz said...

Salam Azli,
Cadangan² yg baik dimaa UMNO perlu lakukan perubahan drastik.
Cuma ttg PTPTN tu agak sukar di laksanakan.hehe~
Kebanyakan pelajar dr golongan berpendapatan rendah mgharapkan bantuan PTPTN utk memulakan sesi pembelajaran di IPT.

Jika di hapuskan,akan sukar la gerak langkah pelajar2 kita ni.
Dan jika di suruh byr hanya 50% akn effect lain pula.
Kita kenalah ada tolak ansur..org beri bantuan,kita balas lah balik sewajarnya.

Apapun..idea2 anda yg lain agak bernas..sy juga hrpkan BN/UMNO dpt menambat semula hati pengundi.Sedey bile kita kalah 2x dlm PRK..tp kita x bole berhenti dan mengalah..perjuangan harus di teruskan:)

TokBatinSenoi said...

Pemimimpin2 UMNO perlu mengubah citarasa mereka. Kembalilah kepada persepsi pemimpin2 UMNO dizaman awal perjuangan. Pemimpin2 perlu menitik beratkan kesejahteraan rakyat.

Bangkitlah kembali hai perjuang2 UMNO, jangan leka, lena... dan nyanyuk.

Home User said...

saya sangat setuju Add bagi petua supaya umno kembali gagah. jangan lupa hukum hudud harus di laksanakan. tak payah cerita bila pembangkang nak buat, itu hudud pembangkang! jadi di mana hudud Umno? Malaysia berbilang bangsa? Masa Nabi dulu bukan berbilang bangsa ke? Umno berkuasa memerintah malaysia sekarang. Gunakan kesempatan tu demi islam.

Mohd Hazran said...

as'kum Bang Azli

pada pandang saya cadangan abang 2 mmg bgus tp bagaimana kalau cadangan saya agar kita tutup dulu mulut pihak pembangkang dengan memperbetulkan akhlak2 pemimpin UMNO seperti menerap nilai2 islam terhadap pemimpin UMNO yg kini menjadi buah mulut pembangkang walhal rakyat sendiri. Misalnya, penampilan pemimpin UMNO, yang lelaki tidak bersentuhan antara lelaki dgn perempuan yg bukan muhrim, pemimpin perempuan serta isteri pemimpin UMNO, wajib memakai tudung..
Abang tlong reply kan ke blog saya atau ke megahertz91@live.com

wassalam