Skip to main content
KENALI
DATUK MUKHRIZ MAHATHIR

Siri Pertama

"Saya membesar seperti kanak-kanak lain."

Oleh Muhammad Azli Shukri



Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi.





Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan Mukhriz dengan kanak-kanak sekampungnya tiada jurang dan perbezaan. “Zaman remaja saya seperti orang lain juga. Saya tiada beza dengan kanak-kanak yang sebaya dengan saya pada ketika itu. Walaupun ayah saya dihormati kerana seorang doktor, tetapi hubungan saya dengan rakan-rakan sekampung tiada beza, kami bersama-sama bermain di dalam sawah, pergi berenang di sungai Kedah, memancing ikan dan bermain meriam buluh, semua ini membuatkan hubungan kami sangat rapat dan mesra, tanpa mengira status dan kedudukan.”




Mukhriz berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1974, ketika berada dalam darjah empat, kerana Tun Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran . Mukhriz dibesarkan di Kuala Lumpur, tetapi pendidikan menengahnya di Kelantan. Menurut Mukhriz, walaupun Tun Mahathir merupakan Menteri Pelajaran pada ketika itu, dan mempunyai peluang untuk menghantar anak-anaknya belajar ke luar negara, namun demikian, beliau tidak melakukannya. Tun Mahathir lebih selesa menghantar Mokhzani dan Mukhriz ke sekolah berasrama penuh. “Saya dan abang saya, Mokhzani dihantar bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Bharu (Sekarang MRSM Pengkalan Chepa) selama lima tahun dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Di sana, saya mendapat banyak pengalaman yang berbeza, kerana saya dibesarkan dalam budaya dan bahasa percakapan masyarakat Kedah dan bukan Kelantan. Pada awalnya, agak sukar untuk memahami pertuturan orang Kelantan, tetapi lama kelamaan ia semakin mudah difahami.” Jelas Mukhriz lagi.





Menurut beliau , zaman remajanya di Kelantan sangat indah dan menarik, kerana budaya dan cara hidup Islam yang diamalkan di sana. Menurut Mukhriz, “Saya dibesarkan dalam suasana masyarakat Kelantan yang teguh kepada ajaran Islam serta budaya Melayu. Saya hidup selama lima tahun di negeri tersebut, sehingga sekarang saya masih fasih bercakap dalam dialek Kelantan, kerana saya mempunyai kawan yang ramai di sana. Hal ini menyebabkan saya berasa bertuah dan tidak meninggalkan cara hidup Islam dan orang Melayu.”





Sepanjang lima tahun belajar di Kelantan, Mukhriz banyak belajar erti berdikari dan kehidupan susah masyarakat Kelantan. Hal ini mematangkan beliau. Apatah lagi menurut Mukhriz, walaupun Mokhzani berada di tingkatan tiga dan beliau berada di tingkatan satu, namun abangnya itu lebih gemar agar Mukhriz berdikari dan tidak bergantung harap kepadanya selalu. malah, menurut Mukhriz, pernah sekali beliau dibuli oleh pelajar-pelajar senior, tetapi Mokhzani tidak datang membantu, sebaliknya mahu beliau mempelajari erti tidak bergantung harap kepada orang lain.




Ketika Mukhriz di sekolah, beliau begitu aktif dalam persatuan, tetapi bukanlah sebagai ketua atau pemimpin, sebaliknya lebih kepada pelaksana dan penggerak kepada tugas yang diamanahkan. Kehidupan beliau semakin mencabar setelah Tun Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1981, iaitu ketika beliau berada di tingkatan lima. Mukhriz terpaksa bekerja keras untuk membuktikan bahawa sebagai seorang anak Perdana Menteri, beliau mampu mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dan yang lebih penting tidak memalukan ayahnya sebagai Perdana Menteri. Akhirnya, Mukhriz berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan menyambung pelajarannya di Universiti Sophia, Tokyo, Jepun dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan. Seterusnya menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat dalam bidang Pemasaran.





Menurut beliau, perkara yang tidak dapat dilupakan ketika zaman remajanya ialah, setiap kali keluarga Tun Mahathir bercuti ke luar negara, sudah pasti Tun Mahathir akan membawa mereka melawat ke kilang-kilang kereta. Bagi Mukhriz, beliau rasa bertuah, kerana sejak zaman remaja lagi, beliau sudah didedahkan dengan syarikat-syarikt pengeluar kereta terkenal dunia, seperti Toyota dan Mistubishi. Tidak disansikan oleh sesiapa pun bahawa hobi Tun Mahathir adalah melawat kilang kereta dan pembuatan. Lantaran itu, tidak menghairankan apabila Tun Mahathir membangunkan projek kereta nasional dengan kerjasama daripada syarikat-syarikat besar Jepun. Melalui hobi Tun Mahathir ini, menyebabkan Mukhriz secara tidak langsung jatuh hati dalam industri pembuatan.





Setelah menamatkan pelajaran di Jepun dan Amerika Syarikat, beliau berazam membina perniagaannya sendiri melalui Opcom Holdings dan merasai jatuh bangun dalam pelbagai bidang perniagaan. Setelah membuktikan bahawa beliau mampu berjaya dalam dunia perniagaan, Mukhriz menceburi secara langsung dengan dunia politik dan kerja-kerja amal. Kini, beliau banyak terlibat dengan kerja amal melalui pertubuhan bukan kerajaan seperti AMAN Malaysia. Serta terlibat secara aktif dalam politik setelah memenangi jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 2004. Malah, karismanya semakin menyerlah setelah memenangi kerusi Parlimen Jerlun dalam pilihan raya umum 2008.

Comments

Unknown said…
Salam Azli,

Minta maaf kerana komen di luar topik posting tentang Mukhriz, kerana saya baru sempat membaca segala kemelut yang dihadapi dalam beberapa posting sebelum ini. Diharapkan Sdr tabah menghadapi dugaan dan terus dengan gaya sdr. Mungkin ada orang tak begitu suka dengan gaya saudara tetapi bagi saya, selagi sdr memberikan 'right of reply' dalam blog saudara, ia sudah cukup adil dan memadai.

Sbg contoh, bagi diri saya sendiri, ada yang saya setuju dgn pandangan Azli Shukri dan ada yang saya tak setuju. Tetapi tidak setuju tidak semestinya bermakna kita perlu berbalah dan bersengketa. Ada banyak pilihan bagi mereka yang tidak setuju, seperti tidak membaca blog, memberikan jawapan untuk menyanggah pendapat dengan cara sivil atau memberikan pandangan sendiri yang bernas.

Diharap saudara teruskan blog dengan gaya unik saudara dan maklumkan kita tentang perkembangan terbaru kerjaya sdr.
Pemuda Membakut said…
Pemuda Membakut memberi sokongan penuh kepada Datuk Mukhriz
azlishukri said…
Razali - betul begitulah sepatutnya yang berlaku, berbeza pandangan adalah lumrah. sebab itulah fungsi blog dan agar semua orang dapat manfaatnya. gembira dapat mengenali saudara selama ini.
azlishukri said…
pemuda membangkut - mari sama2 kita sokong Datuk!
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Cheguman said…
Azli,
Saya dapat bayangkan betapa sukarnya menjadi anak PM padahal mereka juga manusia biasa yang tidak semestinya dijadikan Allah utk cemerlang. Malah jika mereka tidak cemerlang, kenapa ayah mereka pula dipersalahkan? Saya mendapat tahu Mukhriz diletakkan di tepi 'jurang maut' dalam PRU12(Jerlun). Namun beliau berjaya juga. Sampaikan salam tahniah saya pada beliau.
Unknown said…
Mukhriz sememangnya dilahirkan sebagai pemimpin. Wajah sesaorang boleh melambangkan hati dan perilaku sesaorang bezakanlah muka dan wajah Datuk Mukhriz dengan yang 2 lagi bertanding untuk Ketua Pemuda tu, lihat dan perhatikanlah...amat jauh bezanya/
Unknown said…
salam sdr. AZLI,

Mukhriz, dulu saya hanya kenal beliau adalah anak PM. Dan sekarang beliau cuba nasib nak jadi Ketua Pemuda. Beliau memang sudah matang dan cukup pengalaman untuk itu.

Saya doakan beliau akan berjaya. Seorang yang berwatak 'Berani berkata yang benar'. Watak ini susah didapati di dalam UMNO sekarang.
azlishukri said…
demang - saya setuju, sebab itu saya anggap mereka sengaja untuk menganiaya beliau.

Famin - saya setuju

mountdweller - sama2 kita berdoa, amin
Harimau-Menaip said…
Dan...kita berkongsi impian yang sama nampaknya Tuan Azli.
add said…
Satu kempen yang bijak khusus untuk DMM. syabas MAS.Teruskan agenda mengenengahkan potensi DMM.
azlishukri said…
harimau menaip - benar, saya setuju

add - akan ada kempen yg lebih menarik selepas ini.
tunku said…
this is all because of the blood.
we hope mukhriz will make his father proud of him and will continues all of his good works.
azlishukri said…
tunku - memang betul, semoga beliau meneruskan kerja2 yang baik yg pernah dilakukan oleh bapanya.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
azlishukri said…
nak tahu cerita? tunggu sambungannya...
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
arsaili said…
salam..satu pengalaman yang menarik!
azlishukri said…
arsaili - benar pengalaman yang menarik. terima kasih sudi singgah.
JRY The Boonto said…
saya rasa pemikiran saudara lebih kurang dgn penulis ini http://jentayuabaka.blogspot.com
azlishukri said…
JRY - mungkin itu satu persepsi, tetapi berbeza.
Anonymous said…
saya rasa en. mukhriz suka negeri kelantan macam sekarang,
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
Salam kenal Encik Azli.
Saya mengucapkan jutaan terima
kasih kepada encik kerana sudi
singgah di blog lama saya

*maaf ye, saya juga dah tersasar
komen. xceli sebagai satu konsep
blogger untuk beramah mesra antara
satu dengan yang lain.

Salam kenal. Jemputla untuk
bertukar link. Terima kasih

Kreuger®
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Nazali Noor said…
Salam kenal saudara Azli,

Terima kasih kerana blog hopping ke blog saya tempohari..

Saya harap kita akan berkawan baik..

Salam dari Liverpool
azlishukri said…
azman - sama2 kita bertukar link

pok cu - wallahualam

nazali - salam kenal

THE KING OF TRUTH - saya makin tak faham, mula2 hentam saya, kemudian minta maaf, apa sudah jadi. manusia yang hipokrit mcm ni tak patut kerja di DBP, rosak DBP

"kau cari makan dulu sini tapi skrg nak cakap bukan-bukan. kau tak payah nak tipu pengikut kau dalam blog ni dgn kata macam-macam penganiayaan"

saya cakap bukan2? kalau saya cakap bukan2 tidak akan ada orang yang melompat dan terasa sampai tak tidur malam. berasa bersalah dan mula tak dapat melelapka mata.

saya tak mengharap sesiapa pun untuk menyokong atau simpati kepada saya. saya hanya menceritakan kisah sebenar, kalau tak suka baca. tak perlulah susah2 buka blog saya. soal cari makan bukan bermakna apabila orang aniaya kita maka kita diamkan. orang pijak kepala kita, kita diamkan, orang fitnah kita, kita diamkan. itu namanya dayus.

"tak ada lagi nak baca cerita kau. datoadil yang selama ini tunggu cerita kau dah mula sangsi lepas kak ton bagi komen kat kau."

saya berterus terang, saya tidak peduli sesiapa pun sama ada nak baca atau tidak cerita saya. saya tak peduli dato'adil nak sokong atau tidak. saya tulis bukan untuk dapat sokongan, saya tulis untuk menceritakan kisah yang sebenar, yang semua orang tak tahu. hanya orang yang bersalah sahaja yang takut dengan kisah ini. sabar, baca sampai abis.
Budak Kampung said…
ini dah melampau!!! the king of truth libatkan nama aku. oi setan, nama yg lu guna tu pun dah boleh jadikan lu murtad tahu? Allah sahaja memegang kebenaran mutlak. sape lu nak jadi raja kebenaran, setan punya the king. jangan nak tuduh aku staf kontrak.

lu jawab dulu soalan gua ni setan.

1.kenapa lu panas buntut dan bela kak ton? lu kak ton ke?

2. aku syok baca hikayat azli, ramai yg tunggu kenapa lu sibok? dengki?

3. Aku cari nama kak ton dalam hikayat, tak ada sebut pun? sape lu maksudkan? atau takut bayang2 sendiri?

4. perbuatan bodoh tulis hikayat? siapa bodoh? lu la setan bodoh. lu baca sape suruh?

5. nak jadi raja kebenaran, tolong siasat bos lu salah guna kuasa, suaminya dah bertahun2 jadi pengulas buku kat dewan sastera. apa? tak ada orang lain ke? tiap2 bulan dapat 300 ratus, tak salah guna kuasa ke? tu puspanita guna kemudahan kat bahagian, tak salah guna kuasa ke? setan bodoh, kalau nak tegak kebenaran betulkan dulu bos lu la. lain kali jangan kait nama gua. Tak pasal2 dapat nama setan.
Anonymous said…
SALAM SAUDARA AZLI...

Rumah Tun di Kedah di bt.6 1/2 Titi Gajah ..selang beberapa rumah adalah rumah arwah tok saya "Chek Pok" tukang urut dan pembuat makjun ..tahun 1969 saya mula mendengar nama Tun ..masa tu mereka panggil Dr.Mahathir ..

Saya tak pernah ke rumah Tun namun abang saya pernah kesana dan ia pernah menaiki sampan? atau bot? saya tak pasti ..kalau tak silap ditulis dgn nama MARINA ...

maaf..nostalgia..release brain tension..sikit..

SEMOGA DATUK MUKHRIZ SENTIASA MENDAPAT PIMPINAN ALLAH...KERANA PADA HAKIKAT NYA SEMUA PEMIMPIN ADALAH "WAKIL TUHAN" BUKAN WAKIL RAKYAT KERANA ALLAH LAH YANG MENAIKKAN MEREKA MELALUI TANGAN RAKYAT ...SO MAHU TAK MAHU PARA PEMIMPIN SEMUA WAJIB MELAKSANAKAN AGENDA TUHAN DI DALAM MENTADBIR ...

p.s. kalau jumpa YG. BERBAHAGIA TUN dan Datuk Mukhriz ..sudi lah kira nya mentionkan nama CHEK POK kepada keduanya ..dan saya cucu CHEK POK yang berdarah Bugis Kedah/Selangor amat berbangga dengan lahir nya dua anak Kedah sebagai Perdana Menteri ..Datuk Mukhriz yg. ketiga kot..??? Hanya ALLAH YG MAHA MENGETAHUI..

SALAM PERJUANGAN..semoga sentiasa dalam pimpinan dan perlindungan ALLAH ...
Anonymous said…
ha3.cmne sdare taw?cbe2 je tu..;))
xkhusus btul.klu bl2 pnye,kne tumpukan keyword,niche,wat kjian,psaingan smua. JWA2.0 still the best info stkt ni.cbe lah..
bttw,my another blog is www.aalangcyber.com
saje share ape2 chance yg boleh earn some cash
Anonymous said…
http://www.alangcyber.com
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Budak Kampung said…
king the truth. woi setan lu jadi pencaci. lu salahkan orang lain. baik2 guna nama gua. jangan sampai gua belasah. lu.
Budak Kampung said…
lu kalau main tuduh2 diam sajalah.
setan, kalau berani sangat tunjuk namalah.

1. ini sikap yg seangkatan dengan bos mrk. lontar batu sembunyi tangan.

2. main tuduh, aku ini staf kontrak, azli bayar. banyak duit azli?

3. kalau sudah jadi setan, inilah sikap para setan.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Budak Kampung said…
the king of truth, dah nak jadi giler. mengaku buat, insaf kemudian tak mengaku.

1. kesan dosa aniaya orang

2. bila buat salah suka tuduh orang lain

3. buntutnya panas sbb orang dah tahu siapa dia. maybe kak ton ke?

4. panassss...
Mak Su said…
saya pun dah mula admire dia, moga dia ada ketegasan macam ayah dia
Budak Kampung said…
king babi...lu yag buat pasai dulu. kait nama gua dalam blog ni. main tuduh gua staf kontrak pasai apa? lu ingat gua staf kontrak? babi punya king.
Budak Kampung said…
lainkali jgn tuduh orang ikut sedap mulut. kan dah panas buntut lu. lu king apa?

1. kingkong?

2. king kelentong?

3. king pembohong?

4. king sotong?

5. kingstone (pendrive)
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
azlishukri said…
saya sudah ingatkan bahawa, jangan sekali2 menjadikan blog ini medan untuk bergaduh. tetapi tolong berikan hujah2 yang bernas. kisah lucah, caci maki, tolong hentikan. mulai hari ini semua yg menggunakan anonymous tidak lagi diizinkan meletakkan komen mereka di dalam blog ini. nampaknya kebebasan yang saya berikan telah disalah gunakan oleh pihak tertentu untuk mengaibkan sesama mereka.
azlishukri said…
saya juga ingin menasihati budak kampung, agar menggunakan bahasa yang baik-baik. jika tidak, mungkin ini merupakan kali terakhir saudara masuk ke blog saya. gunakan kata-kata yang elok dan tidak menuduh sesiapa pun dalam blog saya ini. kerjasama tuan-tuan, dan puan-puan sangat saya harapkan. mulai hari ini, hanya mereka yang berdaftar dengan blogger.com sahaja yang diizinkan meletakkan komen mereka. harap maklum.
Saudara Md Azli,

Terima kasih atas kesudian tuan menyenaraikan laman blog kami krttambalugu ke laman blog tuan, sumbangan tuan amat besar kepada kami dan tidak ternilai harganya,tq.

Jone Amit
C.H.E Dayat said…
dengan ringkas dapat dikatakan;

Kepimpinan melalui teladan..

Dr M telah membentuk keluarganya dengan penuh disiplin dan beliau sendiri tidak memanjakan anaknya walaupun menjadi PM..

Dr M benar2 melaksanakan apa yang diperkatakan.. bukan seperti Pak Lah yang hanya pandai bercakap manis dibibir tetapi tak serupa bikin..

p/s* maaf kerana tak dapat nak post update di blog Kisah Sebuah Bangsa (KSB), kerana sibuk menguruskan kemelut politikal kampus sempena pilihanraya kampus 2009. Saya akan post perihal ini kelak..

Sekian,

Che Dayat
www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
Mohd Nasri said…
mukhriz mahathir mmg gempak..
sbb sy dlu mrsm jgk..
cerana said…
salam....terima kasih kernan saudara sudi melawat blog saya...
mohad said…
perbanyak kan amalsoleh
azlishukri said…
pengerusi krt - sama2 saya akan membantu saudara selalu.

dayat - abang tunggu kisahnya nanti.

nasri - betul, beliau pelajar mrsm, selalunya pelajar mrsm seperti saudara akan cemerlang dalam kerjaya.

nik - sama2

ijad - terima kasih mengingati, semoga ijad sihat selalu.
Anonymous said…
aku rasa budak kampung tak relevan.. pasai dah ada budak bandar..hehehe
Anonymous said…
jangan marah.. gurau je..budak bandar ni nak berkawan dengan budak kampung utk jatuhkan penyangak kat Bhgn. M. brother.. betulke suami Puan P setiap bulan tulis kat majalah DS. aku baru tau..
assalamualaikum warahmatullahi wb, saudaraku azli shukri,

apa perkhabaranmu sekarang?

mohon ampun dan maaf lama tak singgah atas alasan ada tugasan-tugasan lain yang terdahulu,

Tun Dr. Mahathir :)
semasa bersalam selepas hari raya aidulfitri yang lalu di masjid besar putrajaya,

saya saja berseloroh: "tun, nak duit raya, (sengaja saya hanya mahu mendengar suaranya) lalu,

jawab Tun, "hmm hmm hmm hmm, lupa bawwak.."

saya pun kata, "saja nak melawak dengan Tun"
Tun jawab: "tau, tau.."

dulu, cerita abang angkat saya: semasa mereka kecil, Tun (Dr. Mahathir) buka klinik gigi,

Tun banyak sekali bersedekah,

Tun dan Dr Siti Hasmah, mesti bagi ubat (sedekah) kepada yang tak mampu bayar,

lepas tu, bila Tun habis kerja (Dr Gigi)
Tun nanti bagi gula-gula kepada kanak-kanak, (termasuk abang angkat saya)
tapi Tun bagi sorang satu dan berpesan-pesan,
"gula-gula tak buleh makan banyak-banyak, nanti rosak gigi",
(begitulah, baguih tun, demi masa)

Datuk mukhriz pun lebih kurang macam Tun jugak,

pernah sekali bertembung dengan dia, kat PNG Airport,
dia suka senyum (sedekah)
saya ni pulak orang yang suka tanya soalan biasa2 tapi dalam la jugak maknanya,

saya tanya: Datuk mukhriz dok kerusi no. berapa?
(dia mungkin, "mungkin" ingat saya nanti nak pi dok kat sebelah dia kot, mungkin la,)
tapi dia pun jawab selamba saja, macam biasa, no kerusi dia, tempat biasa, kelas ekonomi,

saya kata: hmm, ok, kelas ekonomi. jom, pi dulu,

dia terpikiaq la jugak sat, pasai apa, bukan apa, saya saja nak tau dia dok kelas apa? kelas business ka, 1st kelas ka, ekonomi ka, apa ka,
dia ikhlas dok kat kelas ekonomi, ok la,

maknanya bukan la lim guan eng saja yang naik kapai terebang naik kelas ekonomi, tapi datuk mukhriz jugak naik kelas ekonomi, saja dia buat rilex, itu lah, tak payah la cerita satu Penang, bila duduk kelas ekonomi,yer idak azli, :)

macam tulah,

azli sihat no.. :)

salam hormat kepada azli,
zr


p/s: maafkanlah budak kampung tu, tapi saya rasa dia bukan budak kampung (mungkin dia dah berhijrah ke bandar (pekan) sebab, kalau budak kampung, mana ada maki-hamun, sumpah seranah cerca balik, budak kampung kecik2 belajaq mengaji muqaddam, masuk pengakap, masuk hutan,) mana ada maki hamun, tak baik, tak mau macam tu.

mintak maaf na, saja nak habaq bagi.
fital said…
Assalamualaikum saudara Azli Shukri

terimakasih kerana sudi melayari blog saya.
saya kagum dengan penulisan saudara.
saya penulis sajak picisan pohon bimbingan dan teguran saudara, sekiranya sudi.

Pemimpin yang dicari adalah pemimpin yang berilmu, berwawasan,berani mempertahankan marwah agama, bangsa dan agama.

kini marwah agama dicabar
hudud dan hukumhakam Allah jadi
polemik politik
marwah bangsa diperkotak katik
siapakah yang lebih alim
dan siapakah yang lebih berani.
siapakah pemimpin yang dapat mempertahankan jati diri
siapakah pemimpin yang berkarisma tinggi
itulah pemimpin yang sedang ku cari
namun hingga kini belum ketemui.
Anonymous said…
zul rahman aku setuju benar le kata hang tu.. budak kampung budi bahasa tinggi. sebab tu aku budak bandar ni (asal kampung) bawak budaya kampung mai bandar. tak baik budak kampung marah-marah, nanti sakit kepala, sendiri juga susah. bawa=-bawa sabar.
Anonymous said…
fatal.. KUCARI DAMAI ABADI... itulah pemimpin bagus
Anonymous said…
aku risau pasal palestine. yahudi tambah biadap

1 yahudi : 100 Islam

kenapa kita lemah? pasal kita malas belajar dan menuntut ilmu.
Anonymous said…
ada tak org sudi tolong aku macam mana nak buat blog ni? aku nak belajar dan berdakwah pasal Islam dan tulis cerita Islam, nak tegakkan Islam . tapi aku jahil pasal blog ni.
Anonymous said…
maksud aku kalau ada buku yang ajar benda ni. aku nak buat blog. serius ni, aku nak tolong sangat ummat kita Islam. tapi aku tak tahu nak masuk gambar, masuk artikel.
azlishukri said…
kalau dah ada budak bandar, baguslah boleh joint dengan budak kampung.
Faisal Admar said…
Tun Mahathir memang hebat dan terkenal di serata dunia. Anak-anak beliau seperti Mukhriz, Mokhzani dan Marina juga terkenal di dalam bidang masing-masing. Saya amat mengkagumi Tun Mahathir sejak kecil. Saya masih mengikut Mukhzani dan diharap beliau boleh menjadi seperti ayah beliau, hebat berfikir dan berpendirian tegas. Tun Mahathir juga luas ilmu pengetahuan dan penuh dengan fakta. Saya sentiasa mendoakan Mukhriz dan semoga beliau akan berjaya sehingga ke peringkat tertinggi! Amin...
hans said…
the entry is very interesting...
continue plzzz
azlishukri said…
faisal - betul tu saya juga sependapat dengan saudara.

hans - sabar akan ada sambungannya.
Anonymous said…
Hi..you please change your themem of your blog.well i cant able to read the content because of the dark background...But apart from that your blog rocks.....By the way i am Isha from india.I found your name in one of my friend's Blog.i have already added you in my blog roll if you dont mind please add me in your blogs friends list..LET US SHARE OUR EXPERIENCES.Bye takecare friend.And see you in next post...
add said…
off topik sikit:

PAS telah menang dalam prk p36.
Untuk UMNO boleh hidup lagi di hari mendatang TDM mesti menyertai BN dan pentadbiran kerajaan pusat. ini sahaja cara untuk mengelak daripada malaysia digadai kepada DAP selepas pru13 nanti. seharusnya najib belum sesuai jadi pm ke 6 tetapi kena jadi pm ke 7 selepas TDM... suatu yang diluar keupayaan kita, tetapi kena buat sesuatu....
azlishukri said…
lovegoal - akan saya link blog saudara. terima kasih sudi singgah.
Hebat, manusia memang diciptakan mengikut fitrah mereka, tetapi apabila sampai pada tahap kedewasaannya, mereka merasakan yang mereka harus melangkahi fitrahnya. Maka berlakulah porak peranda kepada tingkahlaku, peribadi dan kehidupan mereka.

Tahniah, rencana yang menarik...
Fatin Baharum said…
salam singgah..`

hope someday, mukhriz bleh jadi pm jg..
azlishukri said…
fatin - terima kasih sudi singgah
sherrina said…
Salam,

Terjumpa blog saudara ketika merayau-rayau di alam siber. Tertarik dengan artikel berkenaan Dato' Mukhriz. Sungguhpun saya menyokong parti pembangkang, tetapi kewibawaan yg ada pada Dato' Mukhriz memang saya cukup respect.

Ada beberapa kali berjumpa dgn beliau (beliau adalah presiden Ansara, persatuan bekas pelajar MRSM). Seorang yg cukup mesra dan tidak melihat seseorang berdasarkan umur atau pangkat dan cara pemikiran beliau cukup berbeza drpd apa yg slalu saya lihat dlm org Umno. Harap beliau akan terus berjaya dlm karier politiknya, Malaysia memerlukan pemimpin muda spt beliau.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh