Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A
MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 9 : PEMIMPIN UMNO AL-MUNTAZAR “UMNO telah mengguna pakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.” – Tun Mahathir Mohamad Saya mulakan Monolog Azli Shukri Bab 9 kali ini dengan kenyataan Tun Mahathir yang didakwa oleh ramai pihak bahawa beliau cuba campur tangan dalam mempengaruhi pemilihan dan pencalonan pemimpin-pemimpin UMNO Mac depan. Namun demikian, saya t
Taasub Beragama Timbul Perpecahan Ummah Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah disiarkan di dalam Utusan Malaysia, pada 09/10/2003) Kamus Al-Mujid mendefinisikan taasub sebagai berikut “Tidak menerima (menolak) realiti kebenaran, sedangkan telah jelas terbentang buktinya ; semata-mata kerana condong kepada satu-satu pihak” . Manakala di dalam Kamus Pengetahuan Islam, tulisan Datuk Dusuki Hj Ahmad pula mendefinisikan taasub sebagai berikut, “ taasub ertinya fanatik, keras kepala atau mempertahankan sesuatu sikap secara membabi buta.” Umumnya, kedua-dua kamus tersebut jelas menunjukkan persamaan makna taasub yang ditujukan kepada sikap fanatik dan tidak mempedulikan kebenaran walaupun sudah jelas buktinya. Sifat taasub cukup dicela oleh Islam, kerana ia jelas merugikan diri dan masyarakat. Orang Arab Jahiliah sangat taasub dengan tradisi mereka yang sesat, walaupun sudah nyata bahawa kedatangan agama Islam membawa cahaya kebenaran. Orang-orang Yahudi dan Nasrani juga term
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurlah ses
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 7 : Opera Bulan Oktober Opera bulan ini disambung kembali, setelah opera bulan September diakhiri dengan tipu daya Anwar Ibrahim bersama isu 16 Septembernya. Opera Anwar Ibrahim yang mengharu birukan ekonomi negara buat seketika itu, benar-benar menjadikan politik Malaysia tidak stabil dan berhadapan dengan krisis keyakinan dan kepimpinan yang sangat mengecewakan. Namun demikian, Opera 16 September Anwar Ibrahim, kini bersambung dalam bulan Oktober, bermula dengan sikap kurang ajar Hindraf “menyerbu” rumah terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di PWTC beberapa hari lalu, yang kemudiannya disokong secara tidak langsung oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dengan berkata “Mereka (Hindraf) dibenarkan masuk, mereka masuklah. Saya rasa itu tidak biadab, itu demokrasi.” Mudah benar Tuan Guru Haji Hadi mendakwa apa-apa yang dilakukan oleh kumpulan Hindraf itu merupakan manifestasi demokrasi. Jadi, tidaklah salah jika ahli-ahli UMNO
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 6 : Sisi Gelap Kebenaran Salah satu kebodohan dan kejahilan ketara yang sering kita lakukan dalam membuat kesimpulan terhadap sesuatu isu yang diperdebatkan, ialah ketidakemampuan kita melihat isu tersebut dari disiplin ilmu lain, kegagalan itu – akhirnya membawa kita ke jurang kesesatan yang paling bahaya, bahkan menyebabkan kita terlalu mudah menjatuhkan sesuatu penilaian hanya berasaskan kepada latar belakang pendidikan yang kita terima. Umpamanya, isu kebebasan bersuara dan kebebasan untuk melakukan rapat umum dan berdemonstrasi, sering kali dilihat dari kaca mata perundangan semata-mata. Apatah lagi jika orang yang berbicara berkenaan isu tersebut merupakan lulusan undang-undang. Begitu juga apabila kita menyentuh soal ekonomi, kita sering melihat isu tersebut berasaskan kepada latar belakang pendidikan tinggi kita, dan jika kelulusan kita dalam bidang agama, maka isu tersebut hanya akan dilihat dari sudut agama semata-mata. Jarang kita memikirkannya di lu