Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2008
KEMUNCULAN MAHATHIR BARU Tidak ramai yang berkesempatan bertemu secara bersemuka dengan tiga orang anak Tun Dr. Mahathir Mohamad dan berbincang-bincang dengan mereka, tentang politik, ekonomi dan perniagaan. Salah satu sebab mengapa saya mahu bertemu mereka adalah kerana, saya tidak suka mendengar fitnah tentang keluarga Tun Mahathir yang dilemparkan oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim. Lebih selesa saya bertemu dengan mereka dan bertanya sendiri bagaimanakah sikap dan cara Tun Mahathir di rumah dalam mendidik mereka. Melalui itu, kita akan dapat menangkap “cara” dan “kaedah” Tun Mahathir mentadbir negara. Kerana sikap seseorang itu hanya dapat dihidu dan dibaca oleh ahli keluarganya yang rapat sahaja. Lantaran itu, analisis kita akan lebih menghampiri kebenaran dan bukan tohmahan dan andaian semata-mata. Bagaimana Tun Mahathir mendidik dan mentadbir rumah tangganya, maka begitu jugalah cara dan kaedah beliau menguruskan negara. Dalam ruang yang terhad ini, saya tidak bisa menyimpul
MURID TERAKHIR TUN DAIM Artikel saya pada 10 Ogos 2008 dalam blog ini bertajuk “Belajar daripada Guru”, saya turut menyarankan kepada pihak kerajaan, agar tambatan ringgit yang pernah diperkenalkan oleh kerajaan ketika krisis kewangan melanda Asia pada tahun 1997 dilaksanakan semula. Pemerhatian tersebut adalah berasaskan bahawa rejim kapitalis dunia, sama sekali tidak akan mengubah paradigma sistem kewangan dunia yang lebih berorientasikan kepada keuntungan berlipat kali ganda. Sesungguhnya, tiada kejujuran langsung dalam kalangan pemain-pemain ekonomi global terhadap apa yang sering diistilahkan oleh mereka sebagai “Win-Win Situation”. Setiap segmentasi ekonomi dunia, tiada kata-kata manis bahawa setiap negara akan mendapat manfaat daripada sistem yang diamalkan oleh rejim kapitalis tersebut selama ini. Apabila kita mengamalkan sistem kewangan dan ekonomi yang berasaskan kepada “pelindungan” sejak lahirnya Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970, semangat tersebut diteruskan oleh Tu
Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Ulama-us Su' Manusia Paling Bahaya Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 13/08/2003) Ulama-us su' ertinya ulama yang buruk. Namun demikian, pada umumnya masyarakat mengertikan ulama-us su' sebagai ulama yang keji atau ulama yang jahat. Ulama yang tidak mengikuti jejak nabi SAW ini, mempunyai bermacam-macam model. Ada yang menjadi tukang fitnah, ada yang menjual agama dan ada pula yang rosak akhlaknya. Golongan ulama jenis ini, sentiasa wujud pada setiap masa dan zaman untuk merosakkan masyarakat. Dalam sejarah Islam, hampir setiap zaman dapat ditemui ulama semacam ini. Namun begitu, agama suci ini tetap dapat dibersihkan dengan kemunculan ulama-ulama yang ikhlas mempertahankan dan membersihkan agama Allah. Dalam kalangan masyarakat awam di negara kita, gelaran ulama yang diberikan kepada seseorang itu amat disanjungi lagi dihormati. Gelaran seperti tok guru, ustaz dan sebagainya merupakan simbol penghormatan masyarakat
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 5 : Langit Cerah 16 September Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mewar-warkan bahawa 16 September ini merupakan tarikh keramat, bersesuaian dengan hasratnya untuk menarik hampir 40 ahli parlimen BN berpaling tadah dan menyertai parti pakatan rakyat, sekali gus menobatkan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, begitu ramai mempercayainya. Bahkan, tidak ketinggalan dalam kalangan pemimpin UMNO dan BN yang sangat gelisah dengan percaturan politik Anwar tersebut. Namun demikian, izinkan saya melihat isu lompat parti ini di luar kerangka minda biasa. Saya juga, seperti pemimpin-pemimpin BN dan UMNO yang lain, sama sekali tidak percaya akan berlakunya pertukaran kerajaan dengan cara yang sangat tidak demokratik itu. Pertama, saya ingin meminjam kata-kata Mohamad Sabu, Naib Presiden Pas yang mendakwa bahawa, beliau tidak berapa gemar menggunakan cara "lompat parti" sebagai jalan untuk merampas kepimpinan kerajaan BN. Menurut beliau lagi, cara inilah
BLOG SAYA INI, INGIN MERAKAMKAN SELAMAT PENGANTIN BAHARU KEPADA RAKAN SEKERJA DAN RAKAN BLOG, SAUDARA MOHD KHAIRULANUAR MANSHOR DAN ISTERI TERCINTA NOR FADHILAH AHMAD ATAS PERKAHWINAN MEREKA PADA 17 OGOS 2008 BARU-BARU INI. DOA SAYA AGAR KALIAN BAHAGIA SEHINGGA KE ANAK CUCU. AMIN. MAHA SUCI ALLAH YANG MENJADIKAN MANUSIA BERPASANG-PASANGAN.
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 4 : Jalan Lain Ke Neraka Saya mendapat begitu banyak respon ekoran tulisan saya yang agak keras mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri Monolog Azli Shukri Bab 3 baru-baru ini. Yang pelik dan aneh ialah, ramai yang seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa Anwar Ibrahim juga adalah manusia biasa, seperti kita. Dia juga tidak terlepas daripada sebarang kesalahan dan kesilapan. Keadilan bukan hak mutlak Anwar Ibrahim, kebenaran juga bukan hak mutlak Anwar Ibrahim. Keadilan dan kebenaran merupakan hak semua orang. Jika Tun Dr Mahatir Mohamad, pada suatu ketika dahulu pernah dituduh sebagai MahaFiraun, maka apakah bezanya pula dengan Anwar Ibrahim yang jelas-jelas tidak peduli tentang ketuanan Melayu dan kontrak sosial yang menekankan hak keistimewaan orang-orang Melayu agar terus terpelihara? Seperti yang kita sedia maklum apabila Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menyerahkan 400 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 3 : Di manakah Syaitan? Kepercayaan sesetengah masyarakat Cina terhadap burung Phoniex sememangnya tidak dapat disangsikan. Mereka percaya bahawa Phoniex merupakan sejenis burung yang penuh dengan keajaiban dan kesaktian. Jika burung tersebut jatuh ke bumi, ia bisa hidup kembali dan menjadi burung Phoniex yang baru. Yang tidak lagi bersifat asalnya. Phoniex yang baru muncul ini, adalah lebih ganas dan tiada perikemanusiaan. Kita lupakan seketika kisah Phoniex di atas. Ramai yang tidak sedar, khususnya penyokong PKR bahawa Anwar Ibrahim yang sedang mereka sokong, puja dan sanjung ini bukanlah Anwar Ibrahim yang mereka kenali 10 tahun yang lalu. Anwar Ibrahim yang mereka kenali 10 tahun yang lalu telah lama mati dan meninggalkan kita semua. Kita kena terima hakikat tersebut. Anwar dahulu telah lama dibunuh dan dikuburkan oleh Tun Mahathir Mohamad di penjara Sungai Buloh. Hakikatnya, Anwar Ibrahim yang dipuji dan dipuja oleh penyokong-penyokongnya sekarang hanyalah
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (