Skip to main content

MONOLOG AZLI SHUKRI


Bab 1 : Selamat Datang Kehancuran!






Saya cuba menganalisis secara jujur tanpa terpengaruh dengan nada politik atau sentimen sempit agama. Kerana politik bukanlah semata-mata kuasa dan pengaruh, tetapi merupakan tanggungjawab, amanah dan keikhlasan.


Saya membaca begitu banyak ulasan ekoran kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, termasuk pandangan Tun Mahathir Mohamad dan Datuk A.Kadir Jasin, melalui blog masing-masing. Kedua-dua tokoh tersebut memberi beberapa kesimpulan yang sangat baik, antaranya kemenangan Anwar akan mengubah landskap politik Malaysia daripada politik berasaskan kaum kepada politik berasaskan ideologi. UMNO akan hancur jika Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak meletakkan jawatan dan ahli-ahli UMNO masih takut untuk membuat perubahan di dalam parti yang begitu banyak jasanya kepada negara.



Namun demikian, suka saya mengulas isu kemenangan Anwar ini daripada luar perspektif kedua-dua tokoh yang amat saya hormati itu. Sesungguhnya, apa-apa yang berlaku pada hari ini merupakan gambaran untuk masa hadapan. Saya lebih selesa membicarakan soal beyond Anwar Ibrahim yakni melangkaui sekadar isu kemenangan Anwar di Permatang Pauh dan cita-cita besar Sang Rajuna Tapa ini. Saya tidak mungkin menyimpan rasa bimbang ini berkenaan masa hadapan negara yang semakin jauh daripada laluan yang benar. Ramai yang berasa bahawa dengan menjatuhkan kerajaan yang sedia ada, maka kerajaan yang baharu akan menjadi lebih baik dan berkarisma. Soalnya benarkah begitu?




Saya melihat jauh daripada itu. Pertama saya melihat struktur parti politik pembangkang yang dikatakan sangat bernafsu besar untuk menggantikan kerajaan yang sedia ada. Struktur parti-parti seperti PKR, PAS mahupun DAP merupakan struktur parti yang gagal. PKR menang semata-mata kerana kelemahan pemimpin UMNO bukan kerana kekuatan parti tersebut. DAP lahir adalah untuk menolak ketuanan Melayu dan memperjuangkan kesamarataan yang pada hakikatnya tidak sama. Perjuangan mereka hanya menguntungkan parti dan cita-cita politik DAP semata-mata. Dan PAS umpama sebuah bahtera yang berlayar di lautan, tetapi nakhodanya adalah orang lain. Hakikatnya PAS tidak mungkin mampu mengawal dan menguasai DAP dan PKR. Jadi bagaimana Islam dapat dilaksanakan? Satu pihak jelas tidak mahu sebuah negara Islam manakala yang satu pihak lagi inginkan negara Islam dan satu pihak lagi tidak peduli sama ada negara Islam atau pun bukan negara Islam – yang penting Anwar jadi Perdana Menteri. Akhirnya negara Utopia yang menjadi impian dan mimpi parti pembangkang itu hanya mitos dan gula-gula untuk rakyat menolak BN selama ini. Ahli-ahli BN tidak terlepas daripada terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mendakwa bahawa UMNO dan BN sudah terlalu kotor.




Tetapi kita lupa, tidak ada kotor yang lebih kotor daripada bersekongkol dengan manusia yang terang-terang menentang Islam seperti mana yang dilaungkan oleh DAP. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia sebuah parti yang sangat jelas permusuhannya dengan Islam malah sanggup pula mencabar bahawa jika mahu dilaksanakan negara Islam, maka langkah mayat mereka terlebih dahulu. Tetapi hati kita telah buta akan melihat semua ini atas nama sebuah strategi dan diplomasi. Hakikatnya Islam tidak berkompromi dengan mana-mana golongan yang terang-terang menentang Islam. Tetapi PAS sanggup bersahabat dengan golongan ini. Dan pada hari ini, PAS sendiri sudah berpecah dua, yang menyokong dan yang menentang persahabatan parti itu dengan DAP.




Kita bersorak apabila Anwar kembali ke Parlimen, tetapi kita lupa yang menang ialah DAP dan yang seangkatan dengannya. Mereka yang gembira dan menunggu masa, memang bukan pada hari ini. Tetapi di kemudian hari. Pada hari yang mana Anwar sudah tidak ada taring lagi. Dia akan disingkir dan “dibunuh” oleh kawan-kawannya yang selama ini menyokongnya. dan ketika itu, nasi sudah menjadi bubur. Anwar hanyalah boneka DAP untuk mereka mengaut segala kepentingan politik sempit mereka. Kita menang bersorak, tetapi kampung tergadai. Politik berasaskan ideologi subjektif seperti keadilan, kebenaran dan ketelusan hanya akan berkesan apabila akhlak para pendukungnya adalah tinggi dan mencintai kebenaran. Tetapi hal ini tidak ada dalam kalangan pembangkang. Yang jelas mereka sanggup menggadaikan kebenaran dan keadilan jika tidak secocok dengan matlamat mereka. Jadi apakah bezanya mereka dengan BN yang mereka dakwa terlalu menyeleweng itu?




Apakah bezanya antara UMNO dengan PAS, jika PAS pun sudah sanggup menggadaikan kepentingan Islam demi mahu bersekongkol dengan DAP, semata-mata mahu mencapai cita-cita politiknya? Kerana mahukan kuasa, maka dengan DAP pun mereka sanggup berkawan? Negara kita sedang menuju ke arah kehancuran, kerana pemimpin kita yang tidak bijaksana, baik dalam UMNO ketika ini, mahupun dalam PAS atau Anwar Ibrahim sendiri. Kita, sebenarnya sedang menuju ke gaung kemusnahan apabila Anwar menang di Permatang Pauh, kerana beliau tidak ubah hanyalah boneka kepada orang lain yang menunggu masa untuk menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang berasaskan hukum rimba – siapa yang kuat dialah yang menang!

Comments

Isu biasa. panjang jika saya mahu menulis. kalau kita dapat berjumpa bagus juga. :-)
Assalamualaikum Tuan,

Seperti tuan saya juga bimbangkan masa depan malaysia nanti. Jika anwar ibtahim berkuasa nanti dia kena memenuhi janji2nya kepada DAP. Ketuanan Rakyat @ Malaysian Malaysia... bila dilaksanakan apa yg dilindungi selama ini akan hilang selama2 nya. Masa itu barulah melayu kita yang menyokong PKR itu baru sedar betapa mereka dipermainkan
saya sokong pendapat saudara

dan saya sangat2 menyokong kata2 saudara bahawa pembangkang menang bukan kerana kekuatan mereka, tapi kerana kelemahan pemimpin BN sendiri.

pemimpin2 BN khususnya UMNO telah lupa akan kepentingan rakyat, rakyat yang mulai bosan dengan berbagai2 kerenah pemimpin dari peringkat bawahan hingga pucuk pimpinan telah menunjukkan kuasa mereka semasa pru tempohari.
Kikuri-hime said…
Sdr Azli,
This is exactly what is playing in my mind right now. UMNO lemah and PKR mengambil kesempatan atas kelemahan itu.

Mana perginya suara PAS yang kononya nak membela hak Islam di Malaysia? Kenapa PAS macam tikus takutkan kucing (DAP)? Pelik betul saya... Saya tidak faham what's really going on dalam minda2 mereka (the malays) yang menyokong PKR.

Then, based on my observation, mostly, org2 yang menyokong PKR adalah dikalangan org yang senang dari segi financial. So, they are rather selfish because they don't need the help from the governmennt anymore. They should think more org2 (the malays) yg masih memerlukan pertolongan dan bantuan k'jaan sekarang.

I'm sorry... I'm not being racist or judgemental.. I'm just expressing my worry. Tha's all...
Mogen Ali Rico said…
Selamat menyambut ramadhan dan selamat merdeka!!!
azlishukri said…
danielle-InsyaAllah, boleh juga kita berbuka puasa bersama.

anakmalaysia-amat tepat kenyataan tuan itu.

fauzi-inilah masalah kita, kita tidak mahu insaf-insaf lagi.

kikuri-saya pun mcm saudari, tak faham mengapa dengan DAP mereka takut sangat

mogen-selamat menyambut ramadhan dan kemerdekaan.
kuanderas said…
Saudara Azli,
Lanskap politik memang telah berubah sama sekali :-

1. Siapa sangka orang Melayu sudah mengundi & menerima DAP.

2.Siapa sangka hak keistimewaan orang Melayu kini dipertikaikan sewenang-wenang, secara terbuka dan tanpa sebarang sekatan.

3.Siapa sangka biasiswa JPA,Melayu dah tinggal 55% dan jelas melanggar Perlembagaan.

4.Siapa sangka orang Melayu sendiri mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru.

5.Apabila orang Melayu sendiri mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru, maka orang lain juga tanpa segan silu dapat mengkritik dengan terbuka.

6.Kenapa hak orang Melayu ditagih? Bagaimana dengan hak kerakyatan & hak mengundi yang diberi kepada bukan Melayu agar dapat menjadi warga negara.

7.Biadap sungguh permintaan-permintaan ini yang mahu hak orang Melayu dikurangkan. Jelas melanggar perlembagaan, jelas melanggar foundation serta perjuangan nenek moyang kita dahulu.

p/s:
Cuba nilai blog Anwar Ibrahim serta perdebatan Lim Guan Eng VS Koh Tsu Koon... Inikah mereka yang mahu kita berikan kuasa?

Akhir kata, saya menyeru kepada Pak Lah agar meletakkan jawatan, demi agama, bangsa dan negara!!!
azlishukri said…
saya pun begitu, pak lah harus letak jawatan!
sufya said…
Salam,

Tuan kata "Tetapi kita lupa, tidak ada kotor yang lebih kotor daripada bersekongkol dengan manusia yang terang-terang menentang Islam seperti mana yang dilaungkan oleh DAP"

Saya kurang setuju dgn pendapat ini. DAP menentang Msia menjadi negara Islam,bukannya menentang Islam.Jangan lah disamakan keduanya.Mana mana negara yg bermasyarakat majmuk pon,akan menolak negara Islam.mmg logic.tapi mereka tak menentang Islam seperti Israel tu.

Pada pendapat saya,very unlikely org bukan Islam utk menerima negara Islam,unless kalau kita ada pemimpin seperti Nabi Muhammad S.A.W. maka barulah negara seperti Madinah boleh wujud. Jadi, perjuangan DAP adalah sgt normal.very expected of them to reject negara Islam kerana mereka bukan Islam.

Yang tak normal nye,ialah UMNO. Parti yg kononnya melindungi Islam,tp menghina Islam. Saya tak percaya lagi kepada perjuangan UMNO utk "membela Islam" selepas Tun Mahathir menghina dan memperleceh sunnah Nabi s.a.w.”Siapa pernah tengok janggut Nabi. Masa zaman dia tak ada Gillette, itu sebab dia tak cukur janggut.” Diucapkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi ketika membincangkan isu perlucutan jawatan Mufti Selangor dan bahaya fahaman Syiah.

UMNO juga memperkecilkan soal murtad. Soal murtad tidak langsung dianggap penting dan merbahaya bagi umat Islam. Hamid Osman mengulas, “murtad soal kecil, kita ada banyak agenda lain yang lebih penting” bila disoal. Dibawa usul ke Parlimen oleh PAS ditolak mentah-mentah. Saya rasa ini cukup menghina,lagi hina dr DAP yg bukan Islam tu.

Oleh itu,jgn lah bercakap soal siapa lebih kotor antara UMNO dgn DAP. kerana kedua2 pon kotor, tapi UMNO lebih kotor kerana dia MENGAKU dia melindungi Islam tetapi dia menghina Islam.
azlishukri said…
terima kasih saudara sufya, saya percaya antara cakap orang yang kita anggap jahil dengan orang yang dianggap ulama, sangat jauh bezanya. Apabila Tun Mahathir bercakap seperti itu,maka kita dakwa bahawa beliau sudah sesat atas nama kejahilan, tetapi apabila Tuan Guru Nik Aziz bercakap bahawa "dengan syaitan pun kita sanggup bersahabat" maka kita tafsirkan kata-kata itu sebagai kiasan. beginilah manusia, kita tidak pernah nak menyalahkan golongan kita masing2. namun demikian, kata-kata Tun Mahathir tidak hanya dikritik oleh PAS semata-mata, bahkan dalaman UMNO juga mengkritik hebat kata-kata beliau itu, malah ulama rasmi kerajaan juga mengkritiknya, tetapi malang, Lidah rasmi PAS Harakah tidak sedikit pun mengkritik, malah mengiyakan pula, walaupun jelas kesalahannya. sebab itu sayakan, jika kita jahil ilmu agama sekurang2nya boleh dimaafkan, tetapi jika kita bertaraf ulama dosanya lagi besar. tidak kira siapa, Tun Mahathir, Nik Aziz, Mufti Perlis atau sesiapa sahaja - mereka bukan nabi. salah tetap salah, sebab itu kita harus ada ilmu. jika kita rujuk kepada al-Quran dan hadis shahih ia tidak akan ada masalah. wallahualam.
kuanderas said…
Saudara Azli,
Saya memang banyak melihat kecenderungan pihak tertentu yang mempermainkan agama ataupun melakukan fitnah dengan agama..

1.Apabila malapetaka menimpa orang lain dianggap bala, apabila sendiri terkena dianggap ujian.

2.Apabila pertuduhan salahlaku menimpa pemimpin mereka, dicari nas-nas dan dikeluarkan agar menepati pemimpin itu.

3.Sebenarnya di akhir zaman ini, apa yang paling ditakuti adalah golongan berpengetahuan agama yang memandang dunia.

Apabila terlibat dengan parti atau politik, hukum hakam yang dikeluarkan banyak yang berat sebelah.

4.Terdapat banyak pihak yang memperalat agama, antaranya kisah pengeluar Pau Ahmad yang menjenamakan pau tersebut agar dapat menarik pengguna Islam, sedangkan pemiliknya adalah bukan Islam.

Ini tidak dikira lagi salah laku oleh:-
-Ayah Pin
-Hassan Anak Harimau
-David Koresh

P/s: Kejayaan Anwar Ibrahim adalah membuat orang Melayu menerima DAP.. Tahniah!!
Akar Umbi said…
Be positive, saya menunggu hikmah dicelah-celah keberantakan ini. Anggaplah sebagai satu proses pencarian pemimpin yang terbaik, dengan izinNya.

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A