Tetamu Kehormat...

July 30, 2008


Penulis Bersama Tan Sri Muhammad Ali Hashim
di pejabatnya.


Seorang Guru,
Seorang Sahabat
dan Ahli Korporat


Pertama kali saya mendengar “Orang Kuat” Johor Corporation ini berucap adalah sewaktu beliau membentangkan kertas kerjanya di Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu III di Hotel Legend, Kuala Lumpur 17 bulan yang lalu. Saya turut sama menyertai persidangan yang berlangsung selama dua hari itu. Sejak mendengar ucapan Tan Sri Muhammad Ali Hashim tersebut, rasa hormat dan kagum terhadap idealisme dan konsep korporat Islam yang ingin beliau terapkan dalam kalangan kakitangannya di JCorp semakin saya sokong dan dukung.



Sebelum ini, saya hanya mengenali beliau melalui buku-bukunya seperti Bisnes Satu Cabang Jihad dan lain-lain. Konsep seperti “Jihad Ekonomi” dan “Jihad Perniagaan” cukup sinonim dengan beliau. Sukar untuk menemui tokoh korporat yang berjiwa Islam dan mempunyai misi Islam yang sangat jelas dan tepat. Yang lebih menarik, beliau tidak hanya bercakap, sebaliknya turut mempraktikkan apa-apa yang telah beliau sampaikan.



Akhirnya, banyak yang saya pelajari daripada Tan Sri Ali Hashim ini, seorang guru, seorang sahabat dan seorang tokoh korporat yang sangat berjaya. Malaysia memerlukan tokoh korporat seperti beliau, yang berupaya membuktikan agama Allah dan sunah Rasul-Nya adalah sesuai untuk setiap zaman dan di mana-mana keadaan sekali pun. Antara pengajaran yang saya peroleh dengan beliau setelah beberapa kali saya bertemu dan berbincang dengannya, adalah seperti berikut:



  1. Jangan ikut teori ekonomi dan budaya korporat bangsa lain, sebaliknya orang Melayu jika ingin berjaya harus kembali kepada akar budaya kita dan agama kita sendiri, iaitu Islam.
  2. Bina budaya korporat cara Islam, kita pasti mampu mengalahkan perniagaan-perniagaan bangsa lain. Kita gagal kerana meninggalkan agama kita sendiri.
  3. Membina organisasi perniagaan berasaskan kepada tanggungjawab, tanggungjawab kepada Tuhan, masyarakat, keluarga dan diri sendiri.
  4. Perniagaan Orang Melayu harus berasaskan kepada konsep “Jemaah” baru boleh berjaya dan maju. Jauhkan organisasi daripada sikap individualistik.
  5. Jangan mengamalkan pengurusan perniagaan melalui peminjaman budaya kerja bangsa lain. Ambil mana-mana yang secocok dengan Islam dan Sunah.
  6. Mengutamakan kepentingan ummah dan selalu bermusyawarah, kerana itu merupakan asas kejayaan sesebuah perniagaan.
  7. Jadikan ekonomi dan perniagaan sebagai satu cabang jihad dalam jiwa orang Melayu, InsyaAllah peniaga-peniaga Melayu akan bangkit menguasai ekonomi.

9 comments:

Danielle_Corleone said...

guru yang baik berhasil jua.

NieZearm said...

sy juga pernah bertemu dengan tan sri beberapa kali.. :-)

MUHAMMAD AZLI SHUKRI said...

betul tu danielle...

niezearm...betul jika kita bertemu dan berbicara dengan beliau banyak kita akan pelajari..

denanz said...

d budaya pernah, lama dulu, wawancara beliau masa beliau di JB. Beliau suruh kami cover sekali Pulau Sibu. Kami ke sana, semua ditanggung. kami 4 org. ni bukan rasuah tau.

MUHAMMAD AZLI SHUKRI said...

Ha ye Nan? janji makan minum diaorang tanggung...

Zaharuddin bin Abdullah said...

WORD VERI TU BUANGLAH SAUDARA

man_helang said...

salam...selalunya 'baka' sebegini baik amat sukar atau 'rare' sekali utk dijumpai...kalau ade pun 1 dlm sejute...

mohamadsofee said...

Salam,

Bagi saya Tan Sri adalah tokoh ulong dan lagenda korporat yang masih hidup untuk kita belajar banyak perkara daripadanya.

Mohd Radzian said...

Saudara Azli,

Terimakasih kerana sudi add "link" saya di blog saudara.

Saya juga add link saudara di blog saya.Saya berharap saudara dapat terus berkongsi ilmu dan pengalaman dengan hasil tulisan saudara.

Salam hormat.