Skip to main content
Penulis bersama Tun Dr. Lim Keng Yaik di Putrajaya.

Mencari Mahathir Baru


Surat khabar tabloid popular, Era Baru keluaran 2 Jun 2008, mendedahkan Penasihat parti Gerakan yang juga bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Tun Dr. Lim Keng Yaik telah menyelar UMNO yang kononnya tidak berlaku adil kepada Gerakan, MCA, dan MIC dalam Barisan Nasional. Beliau menyifatkan mereka seolah-olah sebagai “peminta sedekah”. Keng Yaik berkata demikian ketika ditemu bual oleh sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily baru-baru ini. Beliau juga mendakwa kekalahan Gerakan dalam PRU ke-12 adalah berpunca daripada sikap UMNO yang sombong dan isu perkauman yang sering kali dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.- Era Baru



Ulasan Saya : Pertemuan saya dengan Tun Dr. Lim Keng Yaik pada bulan September tahun lalu, benar-benar mempunyai signifikan yang tersendiri. Beliau merupakan salah seorang pemimpin Gerakan yang paling lama berkhidmat sebagai Menteri Kabinet. Lantang bersuara dan kadang kala seolah-olah tidak mempedulikan perasaan orang lain. Kenyataan Keng Yaik di atas ada kaitan dengan senario politik Malaysia muktahir ini. Pelbagai tuntutan daripada kaum Cina dan India kita dengar ketika ini, di samping DAP sudah semakin berani memainkan isu panas membabitkan Ketuanan Melayu dan Hak-hak Istimewa Orang Melayu yang selama ini cukup sensitif untuk dimainkan oleh sesiapa pun. Inilah yang sedang kita hadapi ketika saat-saat politik orang-orang Melayu semakin lemah dan tidak bermaya.



Saya mungkin mempunyai sedikit pandangan yang berbeza dalam soal tersebut. Saya tidak menyalahkan pemimpin-pemimpin Cina atau India yang menuntut pelbagai hak dan kelebihan kepada pemimpin-pemimpin UMNO. Hal ini adalah normal, apabila kepimpinan orang-orang Melayu, khususnya UMNO semakin lemah. Lemahnya pemimpin-pemimpin UMNO akan diambil kesempatan oleh orang lain untuk menuntut yang bukan-bukan sehingga melepasi garis sempadan sensitiviti kaum yang telah terbina lama. Di mana-mana sahaja, jika seseorang Ketua Negara itu lemah, maka akan wujud anasir-anasir lain yang akan cuba mendominasinya. Hal inilah yang berlaku dalam kepimpinan tertinggi UMNO sehingga mengalami kekalahan yang begitu teruk dalam PRU ke-12. Seseorang pemimpin yang lemah, akan cenderung melantik menteri-menterinya yang lemah dan bermasalah juga. Lantaran itu, seluruh struktur kepimpinannya turut menjadi lemah dan tidak akan berupaya menangani isu-isu semasa yang semakin mencabar dan menuntut idealisme yang tinggi.



Keng Yaik merupakan sebahagian kecil daripada pemimpin-pemimpin Cina yang bersuara lantang, tetapi apakah beliau akan bersuara lantang jika UMNO menang besar dalam PRU ke-12 baru-baru ini? Beliau tidak akan berani jika pemimpin-pemimpin UMNO kuat dan bijaksana serta mendapat sokongan rakyat. Malaysia sebenarnya tidak memerlukan pemimpin yang begitu banyak dengan retorik dan tidak menepati janji-janji yang telah ditaburkan. Malaysia akan menjadi lemah dan dijajah jika ditadbir oleh pemimpin seperti Abdullah Ahmad Badawi (AB) atau Anwar Ibrahim (AI).



Kedua-dua jenis pemimpin ini adalah lemah, AB dan AI merupakan pemimpin yang lemah dari segi idealisme, misi dan kebijaksanaan. Walaupun secara zahirnya AI seperti pemimpin besar, tetapi kebijaksanaannya tidak terserlah. Ikutilah blognya, tiada apa-apa idea yang meyakinkan kita bahawa beliau mampu memimpin Malaysia dengan lebih cemerlang daripada sebelumnya. Prinsipnya sentiasa berubah-rubah, bahkan pendiriannya yang samar-samar terhadap Singapura dan Amerika Syarikat menambahkan lagi kesangsian siapakah yang sebenarnya AI ini? Apakah beliau bersifat takiyyah dalam soal ini? Hanya Allah yang mengetahui.



Sewaktu saya bertemu Keng Yaik, beliau cukup berani memberitahu saya bahawa, sepanjang beliau menjadi menteri, beliau tidak nampak pemimpin-pemimpin UMNO menolong bangsanya sendiri, sebaliknya mereka lebih mementingkan diri sendiri. Kenyataan ini membuktikan bahawa terdapat begitu banyak pemimpin-pemimpin UMNO yang lemah jiwa dan semangat perjuangannya. Jika hal ini berterusan, tidak mustahil pada suatu hari nanti, negara Malaysia tercinta ini bakal dilelongkan kepada bangsa asing. Tun Mahathir sudah terlalu letih mengingatkan orang-orang Melayu tentang soal ini. Beliau tidak mampu mengawal segala-galanya dahulu. Tetapi, itu bukanlah alasan untuk kita tidak melakukan transformasi di dalam UMNO. UMNO memerlukan perubahan yang besar, agar strukturnya yang lemah kini, dapat dipulihkan kembali, sekaligus menarik semula sokongan orang Melayu dan dihormati oleh kaum lain.



Sama ada kita sedar atau tidak, Malaysia sebenarnya sedang “sakit” untuk mencari seorang pemimpin yang benar-benar mampu mengawal panasnya rasa perkauman, dan pada masa yang sama turut disegani oleh dunia Barat dan dihormati oleh Umat Islam. Tanggungjawab kita kini adalah mencari seorang Mahathir Baru, yang lahir daripada hati yang ikhlas dan perjuangan yang bermaruah.

Comments

crazyEllysee said…
Lets pray together for Malaysia, hope the god will show Malaysia the right ruler soon.

I like the way you interpreting your articles. It is very nice and details. It is very interesting and easy to understand as well:)
Mr Naim said…
yup..I'm agree with ur statement.UMNO hari ini wujud bukan lagi benar2 memperjuangkan ISLAM dan Melayu...mereka lebih memperjuangkan pemimpin yang lemah..Lihatlah selepas 50 Tahun kita merdeka..dimanakah kekuatan melayu itu sendiri?ekonomi?pendidikan?moral?..Selagi
mana pemimpin2 bersikap mengisi "poket" sendiri dari pada membantu apa pun rencana pembangunan tidak akan berjalan baik.Yang penting "KESUNGGUHAN" niat yang benar2 ikhlas mahu membantu dan membangunkan bangsa pasti akan wujud jika setiap pemimpin menjadikan "tanggungjawab" dan "amanah" sebagai pegangan mereka...
Akar Umbi said…
Sdr Azli

Izinkan saya untuk menumpang di blog saudara dalam memberi pandangan terhadap pencarian Mahathir Baru.

Saya membuat kesimpulan bahawa kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO pasca Mahathir, samada yang pernah bersama mahupun yang menjadi lawan politik, seolah-olah ingin menonjolkan bahawa idealisme mereka lebih baik dari TDM. Saya memandang seolah-olah ingin menunjukkan kepada kita semua bahawa mereka adalah bebas dari bayangan TDM.

Namun, yang terserlah ialah kelemahan utama mereka, menurut hemat saya iaitu kegagalan mengurus krisis. Hal ini merangkumi pencegahan terhadap terbitnya isu-isu baru disamping kegagalan menyediakan formula penyelesaian krisis. Berpunca dari kelemahan ini, ia telah menyumbangkan keberantakan, kegelisahan malah kemarahan disemua peringkat masyarakat.

Hakikatnya, saya amat pesimis dengan kemunculan Mahathir baru, dikalangan pemimpin-pemimpin yang ada, termasuk dari parti pembangkang selagi mereka tidak mahu belajar dan mengambil iktibar dari apa yang telah TDM lakukan. Bagi saya, TDM adalah istimewa kerana telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan ketajaman akal fikiran (seperti dinyatakan oleh TG Nik Aziz). Beliau secara semula jadi memiliki kelebihan itu dan telah mencoretkan misi dan visi beliau (walau pun tidak secara spesifik) melalui 'Malay Dilema',sedekad sebelum beliau menjadi PM.

Mungkin ada yang berkata bahawa 'Mahathirisme' telah berakhir. Saya tidak pasti, terpaculnya kata-kata itu berpunca dari kegagalan TDM dalam memacu negara atau lebih terdorong oleh kecemburuan sanubari terhadap apa yang telah TDM laksanakan. Namun adakah mereka menyedari bahawa 'Mahathirissme' telah sebati pada majoriti kalangan kita dan kata-kata itu akan memakan diri mereka sendiri.

Wassalam.
azlishukri said…
thank crazyell, it nice to see u. Mr Naim apa yang saudara katakan itu sememangnya benar. Saudara Azlan, saya setuju dengan kata-kata saudara memang susah untuk menjumpai pemimpin seperti Mahathir..
Kekadang ini ujian Allah... Dulu bila PM Tun Mahathir memerintah kata dia zalim, walhal, tak pernah pulak kerajaan zaman Tun naikkan harga minyak mengarut-ngarut... Ingat masa kegawatan ekonomi tahun 1997, langsung kerajaan tak naikkan harga minyak..

Kini Allah uji kita pula dengan seorang lagi pemimpin yang katanya mencari Al-Ghazali dan As-Shafie... Tetapi lupa kepada rakyat, dan lupa untuk melihat keadaan orang-orang susah...
Saya sungguh-sungguh tak paham apa yang berlaku kepada ekonomi negara sebenarnya... Kita tak pernah putus bekalan minyak.. Kenapa harga minyak perlu naik? Lainlah kalau bekalan minyak negara habis, maka perlulah naikkan harga minyak.. Atau kalau bekalan beras naik dan kena import masuk beras, perlulah beli beras dipasaran luar.. Kita ade minyak kat Malaysia, dan bekalan minyak masih mencukupi, kenala berkongsi susah dengan rakyat...
Adnan Naim said…
Saudara Azli..Kata pepatah melayu yang patah kan tumbuh dan yang hilang kan berganti tapi dalam soal kepimpinan sesebuah negara pepatah tersebut nampaknya menjadi tidak relevan lagi..Kita sangat tandus dalam menyediakan bakal pemimpin atau pelapis masakini. Fenomena ini bukan sahaja berlaku dalam UMNO malah dalam parti-parti politik yang lain juga. Sehinggakan ada cakap-cakap dikalangan ahli-ahli UMNO atau orangramai untuk menuntut supaya TDM kembali memerintah negara. Begitulah seriusnya masalah ketandusan pemimpin yang kita hadapi kini.
Saya secara peribadi berpendapat bahawa dasar pendidikan dan peraturan berpolitik dalam negara ini sendiri menjadi penyebab utama kepada ketandusan ini.
Akta Kolej dan Universiti terutamanya telah secara langsung mematikan aktiviti politik pelajar-pelajar (bakal pemimpin)ini untuk turut serta bergiat dalam memberi pandangan dan kritikan terhadap isu-isu semasa.
Peraturan yang menghalang penjawat awam kelas A untuk berpolitik juga menyumbang kepada ketandusan kepimpinan ini. Bayangkan lah berapa ramai pensyarah-pensyarah atau pegawai kerajaan yang berkebolehan tidak dapat diketengahkan? Apabila mereka pencen baru nak bergiat cergas dalam politik, saya kira masanya dah agak lambat...sama-sama lah kita fikirkan. Wassallam.
azlishukri said…
saya setuju pandangan saudara itu..dasar ini perlu diubah..
Pada saya pemimpin Malaysia membantu rakyat Malaysia. Membantu saksama dan samarasa. Tetapi bantuan lebih sedikit kepada mereka yang lebih mundur. Maksudnya, guru sekolah umpamanya mengajar semua pelajar sama sahaja, namun membantu pelajar tertentu yang lemah mengeja atau tidak hafal sifir. Natijah akhirnya rakyat Malaysia maju.
Unknown said…
Salam saudara,
Walau pun saya peminat AI, saya bersetuju beliau sukar untuk di fahami.
namun saya merasakan PAS adalah parti yang layak mengeluarkan pemimpin2 yang akan memimpin negara Malaysia ini mengantikan UMNo, bukan PKR,sebuah parti baru yang bercelaru dan tiada wawasan. Wawasannya adalah ANWAR IBRAHIM.

www.muhammadridwanto.wordpress.com
D'Rimba said…
Kami rakyat tidak perlukan mahathir baru tulisan jawi dimansuhkan bahasa Melayu diperkotak katikkan apatah lagi bangsa. Kami rakyat perlukan pemimpin kuat amalan agama Islamnya tidak kira siapa memacu acuan tersendiri bukan barat sana sini riba berleluasa politik demokrasi acuan barat juga tersihir dengan acuan barat sampai bila jadi mangsa.
shaholy_gurl said…
asslamualaikum.. bg sy mmg skr utk mndpt pngganti TDM.. ideologi nya.. prinsip nye. pendiriannya.. mmg jauh meningglkan pemimpin kini.. kpd.. kalian yg mahu membela negara ini... jgn la terlalu myalahkan UMNO.. lihatlah.. hr ini.. persekolah kita dl2 n ank2 kita hr ini.. mn2 sekolah kerajaan dibiayai oleh kerajaan.. kerajaan yg dulunya.. umno.. barisan la yg mnjadikan malaysia hr ini maju berkembang.. terpulang anda mahu mmilih siapa n parti apa.. tp jika dilihat kjayaan mlysia hr ini.. krn apa? TDM tlh mnjdkan m'sia ini terkenal mashyur krn ada nya KLCC, KLTOWER, KLIA.. MCM2 LG.. jika xde sepang f1 tu.. igt org lua knl kita ker? skrg2nya... ekonomi negara ni naik krn keberanian TDM .. kesungguhan n kyakinan dlm stp apa yg dibuat oleh beliau.. sy bangga ngn TDM.. krn hari ini negara kita mmpu berdiri megah... namaun, sy msh sdh krn kita msh berpecah belah.. tidak boleh ditegur.. tdk boleh di nasihat cpt sgt mlntg.. trplg la .. pk la.. demi ms dpn ngr.. a'wy.. TDM U'R THE BEST

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh