Tetamu Kehormat...

June 1, 2008

Penulis Bersama Datuk Mokhzani Mahathir di Pejabatnya.

Mokhzani keluar UMNO


Pada 21 Mei 2008 Bekas Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mokhzani Mahathir, 47, mengumumkan keluar daripada UMNO mengikuti jejak bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Datuk Mokhzani berkata, beliau telah menghantar surat membatalkan keahliannya dalam UMNO kepada Pejabat UMNO Bahagian Merbok, semalam dan berkuat kuasa serta-merta.``Saya akan terus berkhidmat kepada negara, kerana untuk berkhidmat kepada negara tidak semestinya hanya melalui politik,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini-
Utusan.


Ulasan Saya : Nampaknya ramai yang tidak mengenali anak ketiga Tun Mahathir Mohamad ini dengan lebih dekat. Saya agak kecewa apabila orang bercakap bukan berdasarkan sejarah. Benar kata-kata pepatah Arab yang berbunyi, “Manusia akan menjadi musuh dengan apa-apa yang mereka tidak ketahui”. Apabila Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob menggesa Datuk Mokhzani meletakkan jawatan sebagai pengerusi Sepang International Circuit (SIC), mereka tidak ubah seperti orang yang semakin tertekan untuk terus kekal dengan jawatan masing-masing melalui cara membodek. Kita harus ingatkan, jika Pak Lah tidak lagi menjadi PM, menteri-menteri seperti inilah yang harus disingkirkan terlebih dahulu.


Apakah mereka tahu bahawa salah seorang ahli korporat yang merana dan terseksa akibat Krisis Kewangan Asia 1997 itu ialah Mokhzani? Menanggung hutang dan menyelesaikan hutang tanpa bantuan bapanya? Apakah mereka tahu bahawa Tun Mahathir tidak membantu beliau ketika beliau berada dalam keadaan yang tenat dan merana itu? Apakah mereka tahu bahawa Tun Mahathir pernah berkata perihal Mokhzani dengan mengatakan , “Dia tanggunglah sendiri kesusahan dalam berniaga, jika gagal belajar la, tidak ada yang mudah dalam berniaga.”


Mokhzani terpaksa melupuskan 12.6 peratus saham dalam Tongkah Holdings dan 32.9 peratus saham dalam Pantai Holdings semata-mata untuk melangsaikan hutang piutangnya. Tiada sesiapa yang membantu. Kejayaan beliau menjadi rakyat Malaysia ke-20 terkaya bukan kerana bantuan bapanya, tetapi usaha sendiri. Namanya hanya naik setelah bapanya meninggalkan kerajaan. Beliau juga pernah meletakkan jawatan sebagai Penolong Bendahari Pemuda UMNO semata-mata tidak mahu dikatakan mendapat keistimewaan kerana ayahnya ialah Presiden UMNO. Apabila beliau berjaya pada hari ini dengan syarikat Kencana Petroleum bersama pengasasnya En.Chong Hin Loon, beliau tidak dibantu oleh sesiapa. Kejayaan beliau ini adalah hasil usaha mereka berdua yang tidak mengenal erti letih dan gagal. Mereka tidak banyak mengharap kontrak daripada Petronas, kerana bapa Mokhzani merupakan penasihat Petronas. Tun Mahathir menyuruh Mokhzani agar berusaha mendapatkan peluang perniagaan di luar negara dan jangan bergantung kepada kerajaan. Siapa tahu semua ini?


Menggesa agar beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi Sepang International Circuit (SIC) merupakan kerja orang yang tidak faham dan tidak tahu membezakan antara kemahiran yang dimiliki seseorang dengan sentimen politik yang sempit. Ahli korporat kental seperti Mokhzani inilah yang seharusnya ditonjolkan, berjaya dengan usaha sendiri dan bukan berjaya dengan nama bapa mertua atau mencanak naik atas nama SCOMI.


Nampaknya, semakin ramai pembodek-pembodek rasmi yang berada di sekeliling Pak Lah, yang lebih mementingkan perut mereka daripada kepentingan negara dan agama. Malaysia memerlukan tokoh korporat seperti Mokhzani, sanggup meninggalkan politik demi mengelakkan fitnah kepada bapanya dahulu. Tetapi sayang, manusia berkualiti seperti beliau inilah, yang hendak disingkir dan dibuang oleh anasir-anasir perosak di dalam UMNO. Siapakah Azalina Othman dan Ismail Sabri yang begitu lantang menyuruh Mokhzani meletakkan jawatan SIC? Apakah kejayaan dan pengorbanan yang kalian lakukan untuk negara dan rakyat begitu berasa bangga? Jika kalian belum mampu berkorban seperti mana yang dialami oleh Mokhzani dalam perniagaannya, lupakan sahaja. Dan masyarakat lebih menghormati manusia seperti Mokhzani, yang memiliki prinsip dan sanggup menanggung risiko demi menegakkan kebenaran.

20 comments:

sham al-Johori said...

Sdr Azli,
Begitulah sejarah bangsa Melayu. Para penguasa sedang membunuh SAJARAHWAN dan ILMUAN Melayu secara berani. Demi kedudukan kuasa sementara itu, mereka sanggup menongkat langit dan menimba laut. Dan kini, mereka sedang menuju ke pulau impian bergelar kehancuran.

Muhammad Azli Shukri said...

benar sham, kita mesti bertindak dan bergerak, agar segala kemusnahan ini akan dapat kita hentikan..

Zaid@Zaidel said...

Bro, gambar tu mahallah...jeles aku..

Muhammad Azli Shukri said...

murah aje harganya...RM2

Ritah Yahaya said...

Asyik pakai baju merah je dalam kebanyakan sesi dengan tokoh. Baju keramat ke?

tunku said...

very interesting blog, teruskan .

S.YanaZ said...

Mokhzani yg juga 'kebal' spt Tun.

Sy pun perasan...Azli ada beberapa baju keramat;
yg plain-maroon,dark green dan dark grey.Betul tak?

ha.ha.

Muhammad Azli Shukri said...

saya suka baju merah...tak tahu la ngape..

afandi said...

Sdr. Azli
Ex-UM student .. sya pun sama
salam ziarah

Muhammad Azli Shukri said...

selamat bertemu kembali..

Faizal a.k.a Mundarmandir said...

Pembodek-pembodek ni kena baca Dewan Ekonomi Januari 2008 untuk kenal Datuk Mohkzani..

Muhammad Azli Shukri said...

Benar..

ijad said...

salam..

Hawk Tan said...

Sdr Azli,
First time visited your blog, keep up the good work.
Saya setuju benar dengan kenyatan saudara. Kadang kadang sedih melihat sikap sesetengah ahli politik yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja.
Good work Azli, I support you.
By the way terima kasih for your comment on my blog .

kaum muda said...

salam bro, aku pun rasa sedey sekarang, aku dulu punya la pendokong aspirasi ketuanan Melayu, tidak kira masa dan tempat, aku ditempelak untuk untuk tindakan aku, sekarang mereka sibuk dengan ketuanan Melayu, abes yang mereka membuang kawanan melayu hanya kerana yang tak ikut arus ni, tapi yang ikut arus banyak dah hanyut dalam dunia sendiri, aku wat blog aku pun bukan kerana duit, Tok Pah pun tak kenal aku, tapi masih melihat dan mentafsir tindakan mereka, jgn sampai aku wat blog sokong Karpal singh bru mereka sedar kot, huhu

Muhammad Azli Shukri said...

hawk tan, pandangan anda tepat..

Kaum muda...inilah budaya Politik UMNO yang dah lari daripada perjuangan..

bronaga said...

memang dasar pembodek sehingga perkara yang salah pun dianggap benar, sehingga menghalalkan segala cara yang haram untuk mengejar matlamat, setuju dengan mokhzani tidak akan meletakkan jawatan pengerusi SIC itulah nama berprinsip...UMNO bukan hak Pak Lah ia parti warisan nenek moyang kita...siapa diantara kita orang melayu yang berkaliber kita wajib menaikkan mereka setinggi mana yang boleh, cuma melayu bodoh sahaja yang berfikiran seperti 2 menteri yang menyuruh anak Tun letak jawatan, nampak sangat hipokrit aka pelesit bangsa...

Muhammad Azli Shukri said...

betul tu bronaga

Hawk Tan said...

Melihat perkembangan politik negara sekarang, saya berasa sungguh sedih sekali dan tiada lagi kepercayaan kepada pemimpin negara atau wakil wakil rakyat yang dilantik oleh rakyat jelata. Zaman sekarang ini macam kalau hendak status dan kaya masuk politik. Bukan-nya masuk politik kerana hendak membela rakyat jelata dan membangun negara ketahap yang lebih tinggi. Tak kiralah, sama ada ahli politik Melayu, Cina ataupun pemimpin India, semua sama saja.
Selepas Tun Dr. Mahathir. Kenapa sekarang ini tiada seorang pemimpin yang benar benar kita sanjungi, hormati dan percaya yang akan membela dan sanggup berkorban untuk negara dan bukan kerana ingin kuasa, status dan nikmat kewangaan.
Terus terang saya nyatakan. Tiada lagi rasa hormat kepada ahli politik yang sedia ada sekarang melainkan seorang dua sahaja.

Maaf kalau kalau Bahasa Malaysia saya kurang baik, maklumlah BM yang saya belajar lain dari sekarang..mana ada perkataan csnggih,isu dll..
sekian
Salam mesra...saya Cina tapi rakyat setia tanah air ku, Malayisia

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas komen tersebut, inilah yang ahli-ahli UMNO rasai..