Skip to main content
Tinggal kenangan, penulis bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad
pada tahun 2002 di Putrajaya.
Sempena pertemuan tertutup dengan mahasiswa universiti.


Tun Mahathir keluar UMNO


ALOR STAR 19 Mei 2008, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO. Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin. Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk "Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12" di sini hari ini. - Utusan


Analisis Saya : Tun sanggup membakarkan dirinya agar ahli-ahli UMNO yang lain menjadi lebih berani. Berani bersuara dan berani berkata yang benar. Maruah negara kita semakin dipermainkan, kekalahan kita untuk mendapatkan kembali Pulau Batu Putih semakin jelas membuktikan kepimpinan negara tiada kuasa melobi. Malah, dengan mudah kita menerima keputusan tersebut bulat-bulat. Saya percaya jika Tun masih menjadi PM, beliau akan mempertikaikan hakim-hakim yang telah dilantik oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Barangkali ada unsur rasuah yang telah mereka terima daripada Singapura. Dan kita harap agar Anwar Ibrahim boleh mendedahkan pula penyelewengan kuasa di ICJ tersebut, kerana kemenangan yang diperoleh Singapura ini penuh dengan unsur yang meragukan.


Ulasan Gambar : Semasa saya bertemu dengan Tun Dr Mahathir pada bulan puasa tahun 2002 di Putrajaya, sewaktu program PM bertemu Mahasiswa, saya sempat bertanya kepada beliau, apakah beliau tahu semua nama bangunan dan nama kawasan yang berada di sekitar Putrajaya ketika itu? beliau menjawab "Saya tahu semua namanya..." lalu beliau menyebut satu persatu nama-nama kawasan, bangunan dan jalan raya di hadapan saya. Saya amat kagum, mempunyai seorang Perdana Menteri yang teliti dan tahu apa-apa yang sedang beliau lakukan. Dan bagaimanakah pula PM kita yang ada pada hari ini? Tepuk dada tanya iman dan selera kita.

Comments

Anonymous said…
Nampaknya hubungan saudara dengan Tun Dr Mahathir dan anaknya Dato Mukhriz adalah rapat.

Maka tidak hairanlah saudara menjadi penyokong kuat mereka dua beranak.

Saudara telah membuat pilihan yang tepat kerana TDM adalah pemimpin bertaraf dunia.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca
Bagaimanakah Sikap Seorang Jutawan? (Artikel ini sudah disiarkan di dalam majalah Dewan Ekonomi edisi Julai 2008) Oleh Muhammad Azli Shukri Berdasarkan laporan kekayaan penduduk dunia yang dikeluarkan oleh Merrill Lynch dan firma perunding Capgemini, terdapat 9.5 juta orang jutawan (memiliki harta bernilai lebih AS$1 juta) di seluruh dunia pada tahun 2006. Pada tahun tersebut Singapura, India dan Indonesia mencatat pertumbuhan paling tinggi bilangan penduduk yang berjaya mencapai status jutawan. Pada tahun 2007 pula dianggarkan terdapat 415 orang yang bertaraf bilionair di Amerika, 101 orang di Rusia dan 60 orang di Jerman. Menjadi jutawan adalah idaman hampir semua orang, namun demikian, pada tahun 2006 dianggarkan cuma enam peratus daripada penduduk dunia yang berupaya mencapai status tersebut. Soalnya, Di manakah perginya baki 94 peratus yang lain itu?. Ramai yang beranggapan bahawa negara, bangsa, kepandaian dan peluang adalah faktor utama, namun kepercay

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil