Tetamu Kehormat...

May 25, 2008

Penulis bersama Khairy Jamaluddin di pejabatnya, pada tahun lepas.

Khairy Perlu Berundur

Saya masih ingat sewaktu pertemuan saya bersama En. Khairy Jamaluddin di pejabatnya di Bukit Damansara pada tahun lepas, pertemuan itu bertujuan bertanyakan kepada beliau tentang perkembangan Industri Halal di Malaysia. Memandangkan beliau pada ketika itu merupakan Pengerusi Forum Halal Sedunia (WHF). Saya mengenali beliau agak lama juga, tetapi tidaklah terlalu baik. Tetapi beliau agak kurang bernasib baik kerana cuba mengejar jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO dengan begitu gelojoh. Apa yang dapat saya simpulkan dalam pertemuan saya dengan beliau, ialah beliau seorang yang pandai, tetapi tidak bijak. Seorang yang mempunyai perancangan dan strategi, tetapi kurang memahami. Kehadiran beliau dalam UMNO sebenarnya banyak mengundang fitnah. Fitnah terhadap bapa mertuanya, fitnah terhadap UMNO dan fitnah terhadap kehidupannya! Saya percaya, jika beliau mengundur diri daripada politik, UMNO mampu diselamatkan kembali. Generasi muda tidak mahu mendekati UMNO adalah kerana faktor kroni dan pilih kasih. Empat tahun rakyat dihidangkan dengan paparan keluarga Pak Lah yang begitu mudah mendapat kesenangan dan kemewahan, semua ini mengundang fitnah. Khairy sebenarnya sudah menjadi fitnah dan beban kepada UMNO, walauapa pun yang beliau lakukan, orang ramai tetap percaya bahawa "Khairy Jamaluddin ialah Orang yang Tidak Baik" ini merupakan kepercayaan orang ramai. Apabila ini sudah menjadi kepercayaan, adalah sukar untuk kita mengubahkannya lagi. Dan Khairy, perlu berundur!

9 comments:

Ibrahim said...

Patut dah lama dah dia ni berundur. Aku tak faham apa sumbangan dia memajukan bangsa Melayu...

Muhammad Azli Shukri said...

aku setuju

meo188 said...

baik dia join dunia korporat... lg sesuai dgn kebolehan dia. pandai mngambil kesempatan & suke bersaing. stoplah politik.

Muhammad Azli Shukri said...

betul tu meo, aku pun rasa macam tu juga

MAFA8881 said...

emmm....kita perlukan khairy cuma ada sedikit kesilapan!!! dia telah dikelilingi oleh pembodek-pembodek veteran!!! khairy bergerak dengan dibantu oleh PPV ini! dalam tak sedar telah dipergunakan kerana dia menantu PM!!! khairy sebenarnya seorang yg bijak berfikir serta pandai dalam setiap strateginya...sayang kalau kita tidak gunakannya!!! dia mampu membantu kita dalam beberapa aspek!!! ini sekadar pendapat. maaflah jika ada yang terluka....ikhlas....

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih, pandangan yang saya suka..

Harimau-Menaip said...

Ada tak saudara menyuarakan pandangan ini kepada YB KJ? Kalau ada , mungkin ketika itu telinganya kotor kerana tidak dengar suara saudara.

Saya tidak faham kenapa orang dalam UMNO boleh membenarkan YB KJ bermaharaja lela? Mungkin YB KJ berasa yang dia perlu cepat kerana masa Pak Lah telah singkat? Entah..

Muhammad Azli Shukri said...

Kami sudah memberitahu betapa KJ sudah membawa fitnah kepada UMNO, dan terkini, Datuk Mukhriz sudah menyampaikan pandangannya dalam Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO baru-baru ini.

ayie@3bond said...

haraplah pemilihan yang akan datang nanti Datuk mukhris yang jadi ketua pemuda, bukannya KJ ...