Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2008
Penulis Bersama Tengku Razaleigh di Rumah Beliau. Faktor X Dan Kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah Pada 25 Mei 2008 yang lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta bahagian-bahagian UMNO di Sabah tidak takut untuk mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden parti pada pemilihan Disember ini. Katanya, ''Janganlah takut untuk mencalonkan saya, jika rakyat Sabah mahukan perubahan, sekarang adalah masanya untuk menunjukkan keberanian. "Sabah bukan lagi rakyat kelas kedua dan tidak kurang berbanding dengan rakyat di Semenanjung," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada pertemuan dengan para pemimpin peringkat akar umbi UMNO Sabah pada satu majlis di sini malam tadi. Pertemuan yang bermula pada pukul 8 malam itu, dihadiri kira-kira 1,000 ahli UMNO dari seluruh negeri ini dan Razaleigh dikatakan menggunakan majlis tersebut untuk meraih sokongan bertanding jawatan Presiden UMNO. Bagaimanapun, dalam pertemuan yang berlangsung hampir tiga jam
Penulis Bersama Datuk Shahrir Samad ketika Perasmian Forum Ekonomi Islam Datuk Shahrir Samad Cuba Renung Kembali Apabila Datuk Shahrir Samad, Menteri di KPDNHEP mengkritik Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan isu beliau keluar daripada UMNO, Tun Mahathir menjawab dalam blognya seperti berikut, “Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar daripada UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam pilihan raya kecil dengan simbol kunci. Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihan raya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO. Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya. Tepuk dulang paku serpih. Katakan orang awak yang
Penulis bersama Khairy Jamaluddin di pejabatnya, pada tahun lepas. Khairy Perlu Berundur Saya masih ingat sewaktu pertemuan saya bersama En. Khairy Jamaluddin di pejabatnya di Bukit Damansara pada tahun lepas, pertemuan itu bertujuan bertanyakan kepada beliau tentang perkembangan Industri Halal di Malaysia. Memandangkan beliau pada ketika itu merupakan Pengerusi Forum Halal Sedunia (WHF). Saya mengenali beliau agak lama juga, tetapi tidaklah terlalu baik. Tetapi beliau agak kurang bernasib baik kerana cuba mengejar jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO dengan begitu gelojoh. Apa yang dapat saya simpulkan dalam pertemuan saya dengan beliau, ialah beliau seorang yang pandai, tetapi tidak bijak. Seorang yang mempunyai perancangan dan strategi, tetapi kurang memahami. Kehadiran beliau dalam UMNO sebenarnya banyak mengundang fitnah. Fitnah terhadap bapa mertuanya, fitnah terhadap UMNO dan fitnah terhadap kehidupannya! Saya percaya, jika beliau mengundur diri daripada politik, UMNO mampu di
Penulis bersama Datuk Nazri Aziz di Kampung Simpang Lawin, Kuala Kangsar, sewaktu kempen Pilihan Raya ke-12. Nazri dan Mahathir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, sememangnya saya kagumi kerana sikapnya yang lantang bersuara dan sepanjang saya mengenali beliau (sebab hubungan ayah saya begitu rapat dengannya) beliau merupakan seorang ahli parlimen yang bertanggungjawab dan selalu menjenguk kawasan. Namun demikian, sejak beliau begitu lantang mengkritik Tun Mahathir Mohamad, saya kurang senang dengan sikapnya. Walaupun Tun Mahathir bukanlah maksum, tetapi banyak kata-kata beliau terbukti ada kebenarannya. Jika kita sayangkan parti, kita kena bercakap benar, jika Pak Lah membuat kesalahan kita kena tegur, bukan terus berkata kita taat setia kepada pucuk pimpinan. Apabila Pak Lah memegang bahu Michelle Yeoh tiada sesiapa pun dalam kalangan pemimpin UMNO menegurnya. Sedangkan kesalahannya adalah jelas. Datuk Seri Nazri sama juga seperti pemimpin-pemimpin UMN
Tinggal kenangan, penulis bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2002 di Putrajaya. Sempena pertemuan tertutup dengan mahasiswa universiti. Tun Mahathir keluar UMNO ALOR STAR 19 Mei 2008, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO. Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin. Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk "Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12" di sini hari ini. - Utusan Analisis Saya : Tun sanggup membakarkan dirinya agar ahli-ahli UMNO yang lain menjadi lebih berani. Berani bersuara dan berani berkata yang benar. Maruah negara kita semakin dipermainkan, kekalahan kita untuk mendapatkan kembali Pulau Batu Putih semakin jelas membuktikan kepimpinan negara tiada kuasa melobi. Malah, dengan mudah
Bahasa Menimbulkan Konflik Oleh Muhammad Azli Shukri Ramai yang tidak sedar bahawa tragedi rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 adalah berpunca daripada bahasa. Bahasa yang kesat dan penuh penghinaan boleh mengundang musibah dan malapetaka yang tidak dapat dibayangkan. Setelah Dr. Tan Chee Khoon memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Batu di Selangor pada hari Isnin, 12 Mei, beliau telah memohon permit daripada pihak polis untuk mengadakan satu perarakan kemenangan oleh ahli-ahli parti Gerakannya. Polis telah membenarkannya dengan syarat-syarat yang telah dipersetujui. Manakala DAP turut membuat keputusan untuk mengadakan satu lagi perarakan pada keesokan harinya iaitu pada hari Selasa, 13 Mei, tetapi gagal memperoleh permit. Lantaran itu, DAP telah bergabung dalam perarakan Gerakan pada hari Isnin tersebut. Pada asalnya perarakan ini berjalan dengan baik, tetapi apabila perasaan kemenangan sudah tidak mampu dikawal lagi oleh pengikut kedua-dua buah parti,

Cerita yang Tidak Perlu Diceritakan

Penulis bersama Tan Sri Rafidah Aziz, ketika penamaan calon di Dewan Merdeka Kuala Kangsar, Perak Setelah Tan Sri Rafidah Aziz tidak dilantik semula oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kabinetnya, ramai pemerhati politik yang mendakwa bahawa hayat politik “Wanita Waja” itu sudah berada di penghujung. Namun demikian, tidak ramai yang mengetahui bahawa tanda-tanda atau “alamat” politik Rafidah Aziz semakin sepi sudah pun dapat dihidu semasa hari penamaan calon tokoh tersebut di Kuala Kangsar. Catatan ini akan menjadi sejarah bagaimana melihat tanda-tanda karier seseorang ahli politik itu boleh sama ada menuju ke puncak ataupun menghampiri zaman muramnya. Saya dedahkan segala-galanya di sini. Cerita yang Tidak Perlu Diceritakan Oleh Muhammad Azli Shukri (Yang menjadi wartawan untuk kawasan Parlimen Kuala Kangsar, pada hari penamaan calon, 24 Februari 2008). Ikuti peristiwa klasik dan detik-detik cemas bagaimana Tan Sri Rafidah
Penulis bersama Datuk Mukhriz Mahathir " Keris Itu Tersemat Dalam Jiwa Kita." -Datuk Mukhriz Mahathir Ikuti wawancara khas bersama YB Datuk Mukhriz Mahathir bersama saya di Hotel Singgahsana pada hari Rabu 7 Mei 2008 jam 12.00 malam, selepas program Wacana Generasi Muda, anjuran Biro Pengurusan & Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara. Apakah pengalaman Datuk sewaktu pertama kali memasuki Dewan Rakyat sebagai seorang ahli parlimen? Saya tidak tahu bagaimana sidang Parlimen dalam penggal yang lalu. Saya merupakan muka baru dalam parlimen pada kali ini. Tetapi, apa yang saya dapat rasai sepanjang saya menghadiri persidangan parlimen kali ini ialah, saya lihat sikap ahli-ahli parlimen daripada BN sudah kelihatan berubah. Jika dahulu mereka berasa selesa, kini mereka lebih banyak membawa masalah rakyat yang